~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, January 25, 2011

Abang Hamid - Sanggup apa saja demi ayam !!

Gambar  Rembat dari web Sinar Harian !

Untuk Update hari ni... takde cerita ape pun cuma terbaca dari akhbar Sinar Harian hari minggu, sekarang semakin banyak pendedahan kepada umum mengenai hobi ayam serama... saya berharap agar setiap kali ada pertandingan tak kira kecil atau besar mendapat liputan pihak media masa agar hobi ini kembali seperti di zaman kegemilangannya dulu... ok lah takde cerita panjang baca jerr kat bawah tu...! cerita Brother Hamid Ahmad dari Sik Kedah.


KAMPUNG TELOI TUA - Gara-gara terlalu minat membela ayam serama, seorang penduduk sanggup memperuntukkan wang sebanyak RM5000 untuk mendirikan sebuah reban yang dilengkapi dengan bumbung bersiling semata-mata memastikan haiwan ternakannya selesa.

Pemilik ayam serama, Hamid Ahmad, 43, berkata, dia sendiri sering diusik jiran-jiran sekampung kerana menyiapkan reban ayam terlebih dahulu sedangkan rumahnya sendiri masih dalam proses pembinaan.

Katanya, dia tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya kerana tahu apa yang dilakukan, apa yang penting 32 ekor ayam serama peliharaannya terus membesar dengan sihat serta mampu membiakkan baka.

“Jika diikutkan penglibatan saya dalam dunia ternakan ayam serama bermula semenjak 10 tahun lalu, dan lima tahun kebelakangan ini turut menjalankan aktiviti menjual baka-baka ayam serama kepada sesiapa yang berminat.

“Sewaktu tinggal di Kelantan dan Terengganu kerana bekerja di sana, saya sering aktif menyertai pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama, malah pernah menang dalam pertandingan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamid berkata, namun setelah membuat keputusan kembali pulang menetap di kampung halaman, dia terkejut kerana masyarakat di sebelah utara terutamanya sekitar Kedah kurang menggemari hobi membela ayam serama.

“Saya sendiri hairan kerana jika di tempat-tempat lain, hobi ini sememangnya mempunyai peminat yang ramai terutamanya ketika diadakan sebarang pertandingan melibatkan ayam serama dan pernah ada peserta dari luar negeri turut serta.

“Mungkin ada orang beranggapan kos mendapatkan baka ayam serama amat tinggi dan sukar dijaga, namun tanggapan mereka silap kerana harga bagi seekor ayam serama yang dijadikan haiwan peliharaan atau hiasan sekadar dalam lingkungan RM100 lebih seekor,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, memang diakui harga ayam serama yang layak masuk pertandingan sememangnya tinggi dan dia bersedia menjual sepasang ayam serama A dengan harga RM6000 manakala sepasang ayam serama B sekitar RM4000.

“Kesemua benih ayam tersebut diperoleh dari baka-baka terpilih dan pernah menang dalam pertandingan terutamanya di sekitar Kelantan kerana haiwan tersebut amat popular di sana berbanding Kedah.

“Ayam serama mempunyai keunikan tersendiri, selain daripada cantik, mudah dibela, sifatnya yang suka tinggal berdekatan dengan manusia turut menarik perhatian dan hanya makan dedak ayam serta jagung halus,” katanya.

Menurutnya, hobi ini sememangnya memberi kepuasan kepada dirinya dan sesiapa yang berminat berkongsi hobi tersebut boleh menghubunginya melalui talian 019-4977070. 

Monday, January 24, 2011

Masalah Kaki Ayam Serama Tak Kuat !!

Salam Satu Malaysia, Untuk Postting yang dah agak lama tak update. So kali ni saya nak berbicara tentang satu persoalan yang selalu bermain di minda pengemar ayam serama terutama ayam yang nak dibuat bertanding iaitu persoalan bagaimana nak dapatkan kaki ayam yang kuat dan keras!

Ada beberapa pendapat dan pandangan mengenai masalah ini oleh Otai-otai breeder serama dan cara mengatasinya namun ianya tidak la dapat disahihkan oleh saya namun pendapat yang diberikan ada logiknya.

Beberapa hari lepas saya mendapat satu soalan dari peminat Blog LSPB di Newcastle UK jadi dalam perbualan kami beliau menyuarakan masalah bagaimana cara nak dapatkan ayam yang kakinya kuat dan tidak lembik terutama ketika beraksi.


Jadi melalui sedikit kaji selidik dan bertanya-tanya dari beberapa orang lama mengenai masalah kaki ayam tak kuat, saya dapat sedikit tips bekenaan pekara itu antaranya:

Pemakanan - Ada antara penternak memberi makan ayam mereka dengan siput kondang (selalunya dikawasan sawah  padi, banyak ketika musim kering) dan ada setengah otai lagi beri isi siput babi.... cara ini dikatakan bekesan dan mujarab.

Selain dari segi pemakanan, lapik pada kaki juga memainkan peranan dalam hal ini... ketika ayam muda/remaja  sediakan sedikit palang kayu untuk ayam bertenggek ketika tidur ini membuatkan kaki ayam kuat mencengkam dan dapat menguatkan lagi jari-jari kaki.






Okey !! sedikit gambar Update untuk tatapan nafsu mata.... Ayam dari reban Sahabat SPB :



Kalau nak tahu,  ini anak Beranak......




Memang ikut cutting bapak..... memang baka chempion lah... berbaloi-baloi





Ini antara anak yang yg tinggal.... Dalam reban ada 4 ibu tengah mengeram
(saya dah booking sepasang bila menetas nanti hehehe)


Tuesday, January 18, 2011

Ayam Yeop Cikgu Zul Tg. Piandang!

Salam Satu Malaysia, dah 4 hari tiada postting baru dari SPB, ni kerana ada kematian saudara di sebelah keluarga Arwah ayah jadi tidak la sempat untuk SPB bertandang ke rumah sahabat serama yang dah dirancang awal mengikut jadual yang diaturkan sebelum ini. Insyaallah kalau dipanjangkan umur dan tiada masalah SPB akan membuat beberapa lagi siri Terjah Serama Terbaik Dari Ladang pada hujung minggu ini.

Okey memandangkan tiada terjahan serama pada minggu ini, SPB cuba bertanya pada Cikgu Zul dalam Msg melalui handphon:

"kat mana nak cari bahan lagi ni....?" 

Cikgu Zul balas massage dengan menghantarkan gambar Ayam Serama terbaru melalui MMS.... 

SPB: "ikkk gambar ayam sape pulak ni?"

"Gambar Ayam sapa lagi, saya punya la....." 

balas cikgu Zul. Di samping gambar ada beberapa penerangan mengenainya. 

"okey saya akan masukan dalam blog" balas saya, ringkas melalui msg Hp ! TQ

So kalau tengok dari pandangan mata saya yang tak berapa arif ni ... memang cantek jugak baka Cikgu Zul ni, ada darah Chempion lagi.!!







                            yeop mebius- johan abs/botb bon kecik seberang jaya sekarang jd pembaka

yeop lambak-pembaka sepenuh masa


yeop jijun- no2 anak A bon yan. anak mebius

yeop ara -. adik beradik jijun



Mana messi ? saya dah lama tak tengok Messi... Dulu tengok masa gambar Muda je!!! 
okey, banyak cerita takde saya akan bertandang kerumah Cikgu Zul pada cuti hujung minggu nanti untuk snep gambar yang lebih terang dan jelas.... hehe. (Baru Puas Hati)

Cikgu Zul harap-harap ada masa terluang ye!

Monday, January 10, 2011

PEMBAKA BARU SPB !!

Yang Terbaik Dari Ladang !!




Baka Bapak Dari Terengganu..... Ibu dari kedah (tetapi berkemungkinan besar darah Kelantan) telah selamat berada di LSPB pada Ahad yang lalu.... ni sebahagian gambar baru ada lagi yang akan menyusul nanti, tunggu...!!





Ayam yang sesuai sangat untuk buat baka... badan tinggi... sayap dan bulu kemas... cuma balung besar sikit... tapi lilin beb!!!! bergaya dan amat kuat megibas.... Galak yarabiiii........ taruk ibu tak tunggu seminit... panjat terus... warna merah emas... memang baka yang di cari-cari.....! Buat Cikgu Zul Tg. Piandang... tak nak kasi pinjam ibu ke? anak bahagi 50/50 amacam....!! hehehe






Ini bukan Ayam baka ibu yang di bawa dari kedah.... tapi memang iras dan warna serta susuk tubuh memang sama... nanti saya uploud gambar sebenar... sekali dgn gambar yang lain... Ok!!!



Untuk hiasan sahaja.... Update.. terkini (not for Sale)

Monday, January 3, 2011

Pertandingan Ayam Serama 2011



Salam Satu Malaysia, bertemu kembali... sudah dua tiga hari tak buat posting baru... so kali ni saya nak suarakan hajat hati yang dah lama saya fikirkan iaitu untuk menubuhkan club Serama Bagi daerah Kerian. Namun dari pandangan saya pekara ini agak sukar untuk di usahakan memandangkan masih kurang pendedahan terhadap minat memelihara Ayam Serama di daerah ini.

Saya tidak menolak bahawa masih ramai peminat hobi yang bernilai tinggi ini di daerah Kerian, malahan pada sekitar 2000 - 2002 sebelum kedatangan kegilaan ikan flower horn boleh dikatakan disetiap ceruk rumah ada memelihara Ayam Katik, dari yang di kampung sampai ke rumah taman-taman di pekan ada memelihara ayam Serama, namun apabila badai ikan flower horn melanda peminat Ayam serama di daerah kerian, habis semua ayam di lepaskan bercampur gaul dengan ayam kampung... habis suku sakat keturunan juara hilang entah kemana yang dulu namanya Si Jalak Lenting pun dah tinggal nama saja, bertukar jadi nama ikan pula... akibat demam ikan kepala besar, alih-alih buang ke sungai dan longkang juga akhirnya bila dah tak tahan nak bagi makan dan membiak tanpa mengira musim...dengan akurium pun tak bertukar air. Akibatnya sekarang ni kalau memancing di Sungai Kerian kalau hajat nak pancing Udang, jangan heran kalau dapat ikan berkepala dogol pulak... !


Berbalik kepada rancangan asal saya tadi, ada pun dapatlah kiranya, saya ingin bersama-sama menaikkan semula hobi yang lumayan dari haiwan yang telah di martabatkan sebagai Ikon Negara ini untuk diangkat seperti di zaman kegemilangannya dahulu.

Langkah Pertama yang perlu saya ambil dengan mengadakan perjumpaan dengan pengiat dan peminat Serama di Negeri Perak dan seterusnya menganjurkan Pertandingan di peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat Negeri Perak...! ini adalah matlamat tahun baru dan saya berharap agar peminat-peminat Serama di negeri Perak dan lain-lain negeri dapat turut serta dan segaligus memberi sokongan padu dengan mengambil bahagian di dalam acara pertandingan kecantikan Serama yang akan saya dan rakan-rakan yang lain akan anjurkan nanti, insyaallah tidak lama lagi...

Sebagai penutup posting ini,Saya minta rakan-rakan dari negeri Perak agar menghubungi saya atau Cikgu Zul untuk menjayakan impian diatas...

Salam Satu Malaysia! 

Okey!! oopstt silap upload ini bukan ayam serama ok!! 
kesilapan amat dikesali!! tapi ketegori A jugak ni...


Saturday, January 1, 2011

Pertandingan Kecantikan Ayam Serama 2011

KERISMA 2011

22 Jan 2011 (Sabtu) KELANTAN



Kepada semua peminat dialu-alukan menyertai pertandingan ini dan saya mangambil kesempatan ini mohon kerjasama peminat-peminat supaya dapat sebarkan berita pertandingan ini ke seluruh negeri.Kehadiran peminat-peminat amat dialu-alukan bagi menjayakan pertandingan ayam serama merebut Piala Presiden yang julung kali di adakan di Melor Kota Bharu Kelantan.Sokongan peminat-peminat akan menyemarakkan lagi pertandingan ayam serama di negeri Kelantan.  - Makluman Semua


PERTANDINGAN AYAM SERAMA SATUKAN PELBAGAI KAUM


PERTANDINGAN SATUKAN PELBAGAI KAUM

Menurut Suhasdi, kegilaan peminat ayam serama memuncak pada penghujung tahun 90-an, namun ia sedikit malap pada tahun 2002 hingga 2004.

"Bagaimanapun, sejak 2005, minat terhadap kesenian ayam serama ini kembali pulih dengan adanya pertandingan berterusan di seluruh negara dan turut mendapat sambutan hangat pelbagai kaum.

"Satu Malaysia - Melayu, Cina dan India, minat dan turut serta dalam pertandingan ini dan ada yang sanggup turut serta dalam setiap pertandingan yang diadakan di seluruh pelosok tanahair," katanya.

Suhasdi yang sedang membuat kajian tentang ayam serama di sebuah universiti tempatan, turut merancang untuk menyediakan satu kalendar khas supaya pertandingan ayam serama yang diadakan tidak bertembung.

"Kita akan sediakan jadual, di mana tarikh pertandingan ditetapkan dan kita akan edarkan kepada seluruh peminat ayam serama.

"Rugi kalau tarikhnya bertembung kerana setiap ayam yang menang dalam pertandingan, atau selalu menang, akan naik harganya dan menjadi rebutan peminat," tambahnya. - BERNAMA