~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, April 26, 2011

Pertandingan Ayam Serama 2011!


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bertemu lagi kita kali ini untuk review pertandingan ayam serama yang telah dianjurkan oleh Serama Penang Group yang telah berlangsung pada 23hb April 2011 yang lalu.

Seperti yang dijanjikan SPB akan membuat sedikit review bekenaan suasana dan kemeriahan pada hari pertandingan tersebut.

Sebelum itu mungkin para pembaca sudah maklum tentang pemenang utamanya iaitu dari Kelantan En. Mahadzir Mohamad dengan ayam yang digelar Mutiara Timur.... ayam kategori muda ini mengalahkan empat lagi ayam masing-masing dari kategori A, B, ABS dan Remaja. Untuk sekali gus menjuarai Best Of The Best (BOTB) pada hari bekenaan.



Mutiara Timur (Serama Muda)





Kelihatan didalam gambar Pemenang iaitu pemilik Mutiara Timur Saudara Mahadzir Mohamad. Gambar ketika menerima hadiah utama dan sekaligus di nobatkan sebagai pemenang Ayam BOTB.

__________________________________________________


Sekitar pemandangan game Penang.... Biar lensa berkata-kata.


Peniaga ayam serama didapati berlegar di sekitar dewan pintu masuk utama ketika pertandingan sedang berlangsung, ini memberikan peluang kepada peminat yang baru ingin berjinak-jinak dan bermain dengan hobi ayam serama. Tahniah di ucapkan kepada peniaga-peniaga yang ada pada hari bekenaan kerana turut serta bagi memeriahkan suasana pertandingan. keep it up!




Khemah Geng Serama dari Timur memasang peluru masing-masing



Dua buah bas persiaran telah pun berada di gelanggang pertandingan sejak dari awal pagi lagi.... Terima Kasih kepada para peserta dari Negeri Kelantan dan Terengganu kerana sudi meluangkan masa dan penat lelah untuk bersama-sama menjayakan aktiviti riadah sebegini serta memartabatkan lagi arena hobi ikon Malaysia ini.



 Papan Keputusan Markah


Antara Petugas di Meja Urusetia (Macam Kenal ja....)
_____________________________________________________________________________


Ruang legar kawasan didalam dewan penuh dengan peminat-peminat serta para peserta yang mengambil bahagian. Namun begitu suasana terkawal dan meriah sekali kerana ruang yang cukup selesa untuk para penonton dengan adanya pintu masuk yang terbuka di kiri dan hadapan dewan lebih memudahkan orang ramai keluar dan masuk.
















Di atas antara gambar Para Pengadil yang bertugas pada hari tu.

_________________________________________________________________


Gambar Pemenang



Johan Anak A (Seri Melor)


Johan Anak B (Zul Pasir Putih)


Johan Kategori ABS


Johan Remaja Pok 8 Dunggun


Johan Serama Muda  (Mutiara Timur)


Johan Induk Hj. Iskandar Keramat


Johan Serama B (Din Buah - Seri Kenari)

P/s: sekiranya ada berlaku kesilapan SPB memohon maaf. Sila info kepada saya secepat mungkin
 Terima kasih

Apa-apa pun Tahniah SPB ucapkan kepada Geng Serama Penang Group kerana berjaya menganjurkan pertandingan ayam serama yang di klas sebagai BON besar ianya boleh dinilai melalui penyertaan yang mencecah hampir 400 penyertaan walaupun angka itu agak sedikit kurang dari anjuran Geng serama Penang sebelum ini di Seberang Jaya yang mencecah angka 400 lebih namun pihak penganjur serta para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan aturcara majlis yang dijalankan dalam keadaan aman dan tersusun biarpun ada kesilapan kecil yang sepatutnya boleh dielakkan namun itu adalah lumrah manusia kadangkala kita sebagai insan mudah melakukan kesilapan...

Biar pun begitu kesudahan yang baik dapat diungkapkan dan di pamirkan oleh skuad Penang yang rata-ratanya dari golongan anak-anak muda yang mahukan kegemilangan Seni Kecantikan Ayam Serama ini terus maju dan berkembang serta dikenali di seantero dunia dan saya sudahi posting saya kali ini dengan Sejuta Tahniah diucapkan.....!! Jumpa lagi...





Thursday, April 21, 2011

Terjah Reban: Pembaka Helang di Negeri Perak

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Sudah agak lama saya tak update blog LSPB kerana banyak urusan yang belum disudahkan dan sebenarnya masih banyak posting yang nak diterbitkan. Jadi untuk kali ini saya nak sambung posting yang teperam lama antaranya lawatan terjah reban ke rumah otai serama di Negeri Perak.

Atas permintaan owner saya tak dibenarkan memberikan lokasi terjah reban saya kali ini dan sekadar hanya berkongsi foto sahaja. Menurut kata pemilik reban, beliau sudah lama memelihara Ayam Serama dan minatnya dikongsi bersama dengan bapanya yang juga salah seorang pengadil yang dipertanggungjawabkan untuk memberi markah dalam pertandingan pada era zaman kegemilangan serama suatu ketika dulu, namun sekarang sudah pun pencen dan jarang sekali ke menu pertandingan pada akhir-akhir ini, cuma yang selalu kegelanggan BON hanya anaknya.(Owner)

Ketika kehadiran saya kebetulan jiran tertangga ada membuat kenduri kesyukuran dan saya di jempur serta untuk menjamu juwadah yang di sediakan... Syukur Alhamdulilah langkah kanan saya kali ini.

Okey! kita sambung semula dengan segmen Terjah Reban kita. Baka helang adalah antara nama baka yang terkenal pada masa kini... Kalau kita perhatikan baka helang (Lang bloodline) mempunyai ciri-ciri yang diketegorikan ayam jenis baka baru yang mana kelebihan ada pada tubuh jinjang, kaki tinggi dada bulat serta mata garang seperti mata helang serta jenis baka cepat matang di awal usia. (sila betulkan kalau tersilap)

Mari kita lihat foto yang disediakan:

















Sungguh pun begitu bukanlah semua ayam disini berdarah Lang namun disinilah antara reban tempat pembiakan Lang di negeri perak yang saya tahu selain Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. (Dengar cerita ada dua lagi reban di Perak ada pembaka Helang) Apa-apa pun saya ucapkan selamat majujaya kepada pemilik reban ini atas usahanya yang sekian lama untuk menaikkan lagi taraf ayam serama sebagai ikon Malaysia dengan kepelbagainya pembaka.

Oh ya! saya ada pinjam ibu kruwak dari pada beliau untuk dimasukkan bersama pembaka yang ada di LSPB, harap-harap menjadi... hehehe!

So sampai disini Terjah Reban saya kali ni bersambung dengan banyak lagi reban yang telah diterjah namun belum sempat di upload gambar jadi selalu-selalu lah datang bertandang ke blog SPB lagi... sekian Terima Kasih!

Tuesday, April 12, 2011

Ayam Serama: Pembaka baru di reban SPB!



Sama Tapi tak Serupa....  !!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Hari ni ada posting baru pasal ayam SPB terkini ....... fuh bepeluh jugak kalau beli ayam warna seakan sama tapi perangai lain2 .... hehehe mana ada sama, yerr tak? manusia lagi la banyak yang tak sama.. "rambut sama hitam, hati siapa yang tahu".

Okey lah takde cerita panjang, hari ni SPB nak memperkenalkan ayam yang sudah selamat berada di reban LSPB bersaiz A, keturunan ayam ni anak-beranak kalau gi Bon selalunya ada dalam rank (1-7) (utara)...Nak tahu dari reban mana SPB rembat boleh PM hehehe.... kalau nak ikutkan susur jalur keturunan memang kedua-duanya dari reban yang terkenal. 

Memandangkan sebelum ini reban SPB banyak pembaka dari sebelah Pantai Timur, namun kali ni SPB nak try pembaka dari Utara pulak... KL pun dah ada... hehehe!

Kalau nak masuk Bon, Sekor kategori Muda sekor lagi ABS.

Kalau tak pun kita taruk induk kasi beranak- pinak je.... hahaha !!

Kalau dah banyak nanti kita letgo, tak laku jugak... kita buat kari.... telur ayam sekarang pun dah banyak yang tiruan.

Wallahuallam.... !

Saturday, April 9, 2011

Ayam Serama: Abang Si Gading !


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.....!

Petang Tadi Abang kepada Si Gading telah pun di bawa pergi oleh tuan barunya saudara Afiq dari Kedah. Semoga ayam ini dapat membanggakan tuan barunya.

Dalam gambar Saudara Afiq yang datang melawat ke LSPB petang tadi sambil pulang membawa Abang Si Gading.... ! Salam Pekenalan buat saudara Afiq.

Kalau Ada Sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...





Friday, April 8, 2011

Pertandingan Ayam Serama 2011 Pulau Pinang (Penang Group)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera........

Untuk Makluman Pertandingan Ayam Serama Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 akan di adakan pada 23/4/2011 
Bagi Mencari Sang Arjuna Raja Serama Mutiara

Hadiah Bonanza RM1000 





Diharap Peminat Jauh dan dekat bersama-sama memeriahkan Acara ini bagi memartabatkan kembali hobi yang dahulunya pernah menjadi kegilaan ramai.

Ayoh ! kita gegarkannya.............
 
 
 

Thursday, April 7, 2011

Ayam Serama di Berita Harian !



Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Pagi tadi masa sarapan pagi seorang teman sekerja tanya saya dah baca ke artikal pasal Ayam Serama dalam akhbar Berita Harian bekenaan tentang penjagaan dan banyak lagi... Apa lagi habis jerr sarapan terus belek Berita Harian dan ceritanya seperti di bawah...:

Abadi cinta dengan membuka ladang unggas

DIA rancak bercerita, memuji-muji betapa cantik ayam serama. Sinar matanya saja, sudah cukup memberitahu, memang benar dia gilakan unggas mahal itu.

Pada mata bukan peminat ayam katik, ia pastinya hanya sekadar ayam mahal, buruan sang pencintanya, yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan seekor untuk dimiliki sebagai haiwan peliharaan atau dijadikan taruhan atas meja pertandingan.

Mardiana Mohd Noor, 33, atau lebih mesra dengan panggilan Diana, bukan nama asing lagi dalam pertandingan ayam serama. Menyertai lebih 30 pertandingan ayam serama dalam tempoh setahun, menunjukkan komitmen tingginya dalam permainan berkenaan.

Menariknya dalam setiap pertandingan disertai, hanya dia seorang wanita.

“Yang lain semua lelaki, justeru tidak keterlaluan dikatakan, saya mungkin wanita tunggal bermain ayam serama di sini,” katanya tersenyum.

Membuktikan kata, kediamannya terletak di Gombak dipenuhi ayam serama. Malah, sekali pandang bagaikan mini zoo. Selain berpuluh-puluh sangkar ayam yang dijaga dengan baik oleh pekerjanya, rumah berkembar miliknya itu, satu bahagian diduduki Diana sekeluarga, sementara satu lagi, menempatkan puluhan ekor kucing pula. Selain serama dan kucing, ada monyet, ikan serta burung kakak tua.

Mungkin berkat sayangkan haiwan itu menjadikan rezekinya semakin bertambah. Diana dan suami turut memiliki perniagaan lain, termasuk kedai haiwan, AD Pet Shop, Kawalan Keselamatan Sentral, AD Andaman dan AD Ternak Jaya.

Minatnya itu sebenarnya banyak dicetuskan suami, Azhar Ngah, kira-kira empat tahun lalu.

Ibu kepada anak perempuan, Putri Eneilly, 13 tahun itu berkata, seekor anak serama yang baik boleh mencecah harga RM800 hingga RM1,000.

Pada mata Diana, ayam itu amat istimewa. Istilah ‘tengok ayam’ sudah serasi dengan beliau. Katanya, menilai ayam bermula balung hingga ke kakinya, selain aktif atau tidak ketika pertandingan berlangsung.

“Memastikan ia kekal sihat, ayam itu diberi makan makjun dan minyak ikan. Ayam, cantik bila dimandikan dan kita pula selalu mengurutnya. Mandi serta menjemurnya, boleh memastikan ia bebas daripada hama. Setiap serama diletakkan dalam sangkar mengelakkan ia daripada digigit nyamuk. Satu sangkar menempatkan jantan dan betina. Saya dan suami sependapat, haiwan sihat dan cergas memerlukan pasangan, sama juga seperti manusia,” katanya.

Biarpun tampak mudah, sebenarnya memelihara ayam tetap menyumbang kepayahan. Kesulitan terbesarnya adalah dalam proses penetasan telur. Cuaca sangat mempengaruhi kesuburan ayam serama. Cuaca yang terlalu dingin boleh menurunkan kemampuan ayam betina untuk bertelur.

Untuk memastikan ia sentiasa hangat dan selesa, setiap sangkar perlu diletakkan mentol lampu. Suhu dalam proses penetasan tidak boleh lebih atau kurang daripada 37.5°C hingga 38°C. Malah, kelembapan udara diambil kira, ia harus selalu disesuaikan dengan usia telur.

Untuk telur yang berumur satu hingga dua minggu, kelembapan diatur pada sekitar 65 peratus hingga 70 peratus. Dua sampai tiga hari menjelang menetas, kelembapan telur harus ditambah hingga antara 95 peratus hingga 100 peratus.

Pengaturan kelembapan sangat penting, sebab keadaan udara terlalu kering akan membuat kulit telur ayam serama menjadi keras. Akibatnya, anak ayam serama susah memecah cengkerang telur, sehingga boleh menyebabkan kematian.

Mencungkil rahsia ayam serama yang cantik, Diana berkata, anak yang ‘dijangka’ lahir perlu dikacukkan antara jantan serta betina dan menjadi ‘pantang’ jika berlaku ‘sumbang mahram’. Kerana itu, setiap telur dan anak baru lahir akan mempunyai ‘sijil kelahiran’ masing-masing.

“Sumbang mahram akan melahirkan anak yang bukan saja tidak cantik tapi tidak panjang umur. Untuk mengacukkan ayam, kita perlu ‘membantu’ ayam itu semasa proses mengawan. Bantuan daripada manusia diperlukan sebab bentuk tubuh badan ayam yang lentik dan kecil, kadangkala menyebabkan ayam jantan tidak mampu melakukannya dengan baik,” katanya.

Begitupun, ayam hasil kacukan tidak semestinya terus ‘menjadi’ cantik melentik. Diana dan suami akan ‘membentukkan’ lentik ayam berkenaan menerusi teknik urut yang diamalkan sejak kecil.

“Kita tidak boleh harap bentuknya akan cantik melentik secara semula jadi, sebaliknya sejak kecil lagi anggota tubuh badannya akan diurut supaya terbentuk cantik. Semakin lentik bentuknya, semakin mahallah ia,” katanya.

Untuk menyertai pertandingan pula, Diana mempunyai sekumpulan serama khusus yang sudah arif beraksi atas meja pertandingan.

“Dalam pertandingan serama, kita tidak boleh harapkan tuah semata-mata. Ayam itu sendiri kita perlu latih dari peringkat awal lagi. Bagi ayam yang sudah biasa beraksi, dia akan terus melentikkan badannya atau berjalan melenggok dengan cantik depan juri,” katanya yang mempunyai berpuluh-puluh piala kemenangan.

Menariknya, selain membela dan menjual, menerusi pertandingan serama, pemilik juga memperoleh keuntungan apabila ayam dipertandingkan, memperoleh kemenangan.

Rumah kediaman Diana di situ sebenarnya tidak cukup menempatkan serama. Dalam usaha meluaskan lagi minat itu, Diana dan suami kini berada dalam peringkat membina ladang serama di Bentong Pahang.

Kini, lebih 70 peratus ladang berkenaan sudah siap dan ladang itu bakal menjadi zoo kecil yang membolehkan orang ramai datang berkunjung. Menariknya kata Diana, setiap haiwan itu dibiar lepas bebas membolehkan orang ramai memegangnya.

Dalam kalangan rakan, Diana tidak segan dikatakan bagai belangkas dengan suaminya. Selain mempunyai minat sama, terhadap haiwan serta sukan badminton, mereka berdua sebenarnya pasangan yang saling menyokong antara satu sama lain.

“Tidak timbul soal saya ‘terpaksa’ mengikut minat suami. Minat yang sama menjadikan ia landasan untuk kami terus menyuburkan lagi ikatan kasih sayang. Pada saya apabila mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri, saya akan melakukan yang terbaik untuknya,” katanya.

INFO : Penjagaan serama

Sangkar haiwan perlu cukup luas menempatkan haiwan ini. Jejaring halus perlu dipasang untuk mengelakkan ia daripada digigit nyamuk. Kebersihan sangkar perlu diberi perhatian bagi mengelakkan jangkitan kuman, hama, kutu atau kulat.

Sangkar perlu dilengkapi mentol lampu yang tidak terlalu tinggi kuasanya. Ia berperanan menyedut udara dalaman supaya sentiasa berada dalam keadaan nyaman.

-Alas bahagian sangkar dengan permaidani. Ia perlu ditukar selalu supaya sentiasa bersih.

-Bekas makanan atau minuman perlu sentiasa dibersihkan dan diletakkan pada bahagian tepi bagi memberi ruang pada ayam melompat-lompat.

-Suntikan vaksin pertama adalah ketika ayam berusia 40-50 hari dan setiap tiga bulan berikutnya, ubat cacing pertama pada usia 30-40 hari dan setiap 2-4 bulan berikutnya.

-Vitamin tambahan perlu bagi membantu kesihatan dan kecantikan serama, kebiasaannya penggemar dan penternak ayam memberikan asid amino, minyak ikan, vitamin B-kompleks dan sebagainya.

-Jika diserang sebarang penyakit, ternakan hendaklah dibawa ke klinik haiwan segera untuk mendapatkan rawatan.


(diambil dari http://www.bharian.com.my)

Wednesday, April 6, 2011

Terjah Reban : Geng Serama Barat Daya !! (Bhg. 1)

Assalammualaikum dan salam Satu Malaysia..... !


Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuhan yang empunya dunia kerananya saya masih lagi sihat untuk meneruskan kerja-kerja seharian dan seperti seadanya ... Alhamdulilah!

Seperti Biasa kalau dah tajuk Terjah Reban maknanya ada sisipan cerita untuk dikongsikan bersama memandangkan pada 23/4/2011 ni ada game besar akan diadakan di Pulau Pinang, maka saya pun bebesar hati nak keluarkan atikal mengenai geng Serama Barat Daya (SBD) Pulau Pinang yang mana saya telah pun melawat ke beberapa buah reban mereka pada petengahan bulan 3 yang lalu, kalau tak silap saya. Saja saya simpan artikal ini untuk panaskan story memandangkan game besar Penang diadakan bulan ini.... sebelum itu saya juga ada ke rumah seorang otai lama, yang juga berada terletak di kawasan Barat Daya di sana saya bertemu Ajon salah seorang orang kuat SBD.

Beliau yang saya maksudkan adalah Pak Den, walaupun Pak Den tidak mempunyai reban yang besar, namun Peluru beliau turut mewarnai game-game sekitar kawasan Utara antaranya game Sik dan Tebengau. Antara ayam yang menjadi taruhan adalah Peluru Hijau... iaitu baka Ara yang diambil dari baka chempion Terengganu. Kata Pak Din dia cukup bergiat aktif pada hujung tahun 90an dulu dan bukan sekadar minat kepada Ayam Serama sahaja, malah turut menjadi kegemarannya pada ketika itu adalah ayam sabong, namun kini beliau hanya sekadar memelihara ayam serama bagi memenuhi masa terluang.

Kata Pak Den "Maaflah ayam tak banyak pun baru nak Mula semula..!"

kata saya kami datang bukan sebab pilih reban aje Pak Den kita sambil berjalan ni nak kenal dan berkenalan di samping cari ilmu, terutama pada orang lama tak kira la ayam banyak ke sedikit ke... janji silaturahim yang utama.

Ada sedikit foto dari Reban Pak Din.........



Kelihatan dalam gambar Pak Den, Brother Mie Kebab, Hazril SBD dan SPB.




Okey... Cerita ni bukan habis disini sahaja masih ada sambungannya... so pastikan anda tidak ketinggalan untuk posting akan datang saya akan bawakan anda melawat sahabat SBD yang lain antaranya Reban Hazril dan Reban SBD yang di gelar Kilang pengeluaran Peluru-peluru kaki Biru... yang terkenal di arena Pertandingan Kecantikan Ayam Serama! Jadi pastikan anda tidak terlepas pandang dan selalu update ke blog SPB.... Jumpa lagi ! Bye...


Tuesday, April 5, 2011

Pertandingan Kesenian Ayam Serama dan Pameran Merpati Tempatan Dan Luar Negeri 2011

Dijemput tuan/puan ke Pertandingan Kesenian Serama dan Pameran Merpati Tempatan Dan Luar Negeri

Tarikh : Ahad, 10 April 2011
Tempat: Lily Garden, Bangi, Selangor (Depan Balai Bomba berdekatan Tol Bangi)
Hadiah-hadiah Untuk Serama A, B, Muda dan Remaja
 
Pertama RM150
Kedua   RM120
Ketiga   RM90
Empat   RM70
Lima     RM50
Yuran Penyertaan RM30

Hadiah-hadiah Untuk Induk, Anak A dan Anak B

 
Pertama RM140
Kedua   RM110
Ketiga   RM80
Empat   RM60
Lima     RM40
Yuran Penyertaan RM25

 

BOTB untuk rebutan Juara Serama A, B, Remaja dan Muda RM100

Jumlah saguhati dan cabutan bertuah bergantung pada penyertaan.


Pameran Merpati yang julung kali diadakan di Malaysia. Saksikan berbagai jenis merpati ~ yang selam, yang dada besar seperti belon dan lain-lain lagi. Dijemput juga bawa merpati tuan/puan untuk pameran.


Pertan
yaan boleh diajukan kepada En Sayuti 013-6070910 dan PokCu 012-9732785
 (Di ambil dari blog Serama Keramat)

Monday, April 4, 2011

Isu Pertandingan Ayam Serama



Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Bertemu lagi dalam posting kali ini, kalau baca tajuk utama memang panas mengenai isu pertandingan ayam serama ada banyak yang nak di khabarkan dari fomat pertandingan, pengadilan, dan isu terkini pasal hadiah. 

Dulu kecoh pasal pengadil berat sebelah yang menjadi salah satu punca terkuburnya hobi memelihara ayam serama, mana idak nya bila orang dah tak nak masuk pertandingan sebab pengadil pilih bulu bahananya takde siapa berani nak anjurkan pertandingan ayam serama lagi bila mana tiap kali buat game tak ramai nak join alih-alih penganjur rugi masuk angin keluar asap dan bila dah takda game maknanya memang hobi terpencil macam ni memang terpinggir terus dari penglihatan umum. 

Itu kisah lama bila semuanya dah okey sekarang timbul pulak isu baru, Hadiah pertandingan 'ciput ya amat'  saya bukan nak mengata tapi resam dunia la kan apa yang buruk nampak je dimata, yang baik buat tak nampak je. Bak kata pepatah "Gajah depan mata tak nampak, semut nun di seberang sungai pun boleh nampak"   

Untuk pihak yang nak menganjurkan pertandingan berpada-padalah juga, jangan sampai ada yang kata 'Aku sekali ni je nak join game dia orang tu lepas ni jangan harap lagi'  ini akibat dari rasa tak puas hati dik kerana hadiah ciput, Iya la kita tahu mana ada penganjur yang nak rugi kalau ada sponsor lain la yer tak.! 

Apa-apa pun saya setuju juga ada penganjur yang mengatakan pertandingan ayam serama ni tak boleh nak buat untung banyak, walaupun saya tak ada pengalaman dari segi penganjuran namun dari pengamatan dan hasil soal selidik serta sedikit pekiraan memang terbukti yang mana keuntungan amat nipis itu pun kalau hadiah boleh bujet kalau tak, memang makan pasir pihak penganjur. Namun begitu saya pun tak boleh nak salahkan para peserta juga kadang-kadang hadiah tak logik sangat, biar berbaloi la orang kata dengan wang pendaftaran setidak-tidaknya saya syorkan adanya sijil penyertaan sedap hati la sikit peserta kita ni, iya la sekurang-kurangnya ada kenangan untuk ditontonkan kepada kawan-kawan dan orang rumah buktinya pun ada. Ini nak jual ayam sampai beribu-ribu johan sana johan sini tapi bukti abuk pun tarak, yerr dokk!

Jadinya saya harap selepas ni pihak penganjur khususnya, sila buat sijil penyertaan seperti zaman kegemilangan dulu-dulu walau pun Bon Kecil tapi ada ole-ole untuk di bawa pulang contonya nombor satu hingga lima atau sampai sepuluh pun okey. Kertas sijil saya tengok satu bundle berapa duit sangat, yang penting ada yang tolong sain ambik EDO daerah mintak tolong sain pun ape salahnya... tak boleh jugak Ketua kampung pun okey janji disahkan, esok ada yang bercakap-cakap kita ada bukti nak tunjuk apa ada hal!

Saya suka cara orang Sabah buat game... hadiah bawak sorang sikit antara peserta yang bertanding...! Janji jadi, tapi kalau ada sijil lagi best kan...kan!

Okey sampai takat ni dulu posting saya kali ni... macam biasa ejaan salah atau gaya bahasa salah jangan harap saya nak tukar balik... ni jenis buah fikiran taip sambil pikir angin lalu jerr kalau silap dan salah harap dimaafkan segala buah fikiran yang bagus-bagus sila hantar ke ruangan komen...Okey ! 

Semoga hobi ini terus Gemilang !

Jumpa lagi Bye!




Sunday, April 3, 2011

Ayam Serama Kuning !

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Bertemu lagi... agak pelahan sedikit posting saya sejak akhir-akhir ini kerana ada tugas hakiki yang agak banyak yang perlu di sudahkan. Dan untuk posting saya kali ini nak perkenalkan ayam saya yang dihadiahkan oleh seorang otai Serama dari KL. Lihat gelagat si Kuning Mas ni !


Masa Dulu.... !!




Sekarang Bulu dah Meluruh.... !! Tapi dia dah mula mengila.........








Terima Kasih banyak kepada Orang Keramat.... Diharap Kuning Mas sempat ke Bon Kenyir.

Jumpa lagi...!