Utama

Thursday, September 22, 2011

Tips: Kategori Serama B

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk Tips kali ini SPB ingin berkongsi maklumat tentang ciri-ciri Ayam Serama bagi Kategori Serama B. Mungkin ramai yang sudah tahu, namun ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimana rupa dan ciri-ciri untuk ayam Serama B di nilai. SPB sempat belajar dan bertanya-tanya dengan Otai serama tentang ciri-ciri berikut:



Antara ciri-ciri yang diguna pakai bagi menilai ayam serama kategori B adalah:

Berat : 361gm keatas

Tubuh: Bersesuaian dengan berat

Bulu: Siap untuk ayam kategori

Lawi: 2cm atau lebih dari ekor

Kaki: bersesuaian dengan tubuh

Balong: Bersesuaian dengan tubuh

Antara ciri-ciri Ayam Serama B yang boleh dibawa ke pertandingan. 

Kadangkala ada ayam yang beratnya melebihi 360gm namun apabila bertanding kategori B markah agak kurang sedikit walaupun ayam kelihatan cantik kenapa?

Soalan berikut saya ajukan kepada Otai.. dan jawapanya adalah walaupun ayam beratnya melebihi 361gm tetapi ciri-ciri tubuh kecil serta kaki dan balung yang halus menyebabkan banyak markah dipotong kerana ia lebih kepada ciri-ciri menyerupai ayam kategori A, hanya terlebih berat sahaja. (kena diet sikit) Ok!!


Okeylah sampai disini dulu buat kali ini................ jumpa lagi dalam Tips yang lain!!!


Bye....bye!!!!






No comments:

Post a Comment