~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, August 3, 2015

Reban mini Single Serama 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu lagi di dalam blog LSPB buat kali ini. Diharap para pemca dan peminat ayam serama semuanya berada dalam keadaan baik sihat semuanya.

Postting saya buat kali ini berkenaan Design reban mini yang sudah mula mendapat perhatian kepada pemilik haiwan exotik cilik ini. Pada kali ini saya mahu berkongsi info dan sedikit cara bagaimana ayam serama dapat di pelihara di kawasan persekitaran rumah yang tidak begitu mempunyai keluasan yg besar... contohnya sekitar Flat atau pun rumah Teres yang mana ruang letak almari agak terhad.

Ada beberapa cara sebenarnya untuk kita gunakan selain reban pemanent yang biasa kita gunakan. ada yang membuat 3 hingga 4 pintu secara bertingkat. Dan kebiasaannya yang mempunyai ruang lebih besar kita gunakan 2 bahagian untuk 6 atau 8 pintu. Namun untuk ruang yang agak terhad ramai peminat serama yang agak kecewa untuk menambah koleksi serama kerana keluasan saiz reban yang agak terhad.

Ramai yang bertanya berapa keluasan Ideal untuk sesebuah sangkar serama untuk pembiakkan dan ada juga yang bertanya berapa pula untuk keluasan ayam serama remaja ke muda atau yang sesuai untuk diasingkan... teritama yang berpotensi Game (Ayam cutting Cantik) Supaya bulu dan assesori tidak rosak bila bercampur dengan induk atau ayam lain.

Biasanya dari Anak B ke Muda ayam akan diasingkan supaya dapat dilihat akan potensi anak ayam tadi melalui proses pengasingan, selain itu tujuan utama ayam diasingkan adalah untuk mempercepatkan proses penggalakkan ayam... selalunya ayam yang galak lebih agrasif dan akan menunjukkan gaya yang hebat dan superb. 

Alasan utama ayam ini di asingkan selain penggalakkan adalah untuk melihat akan assesori ayam ini agar tidak rosak apabila bercampur dengan ayam yang lain dan kadang-kadang proses mencampurkan ayam juga mengakibatkan ayam menjadi alah kepada kawan-kawan yang lain yang lebih kuat terutama ayam jantan, ini membuatkan ayam akan berkeadaan kurang bentuk gaya(form) dan melambatkan proses pengalakkan.. berpunca kerana ayam akan berebut pada makanan dan pergaduhan. 

Jadinya untuk mendapatkan ayam yang sihat dan bergaya adalah perlu pengasingan ini di titik beratkan, supaya perkembangan ayam ini mudah di awasi dan di latih. Untuk pengetahuan anda juga, bukan sahaja ayam jantan yang perlu di asingkan, malahan betina remaja yang mempunyai cutting yang baik dan cantek bulunya juga harus diasingkan... tujuan adalah sama. malahan betina yang diasingkan awal menjadi lebih garang dan bergaya.

Ada beberapa kes yang tidak memerlukan ayam ini diasingkan awal... antaranya:

- Apabila anak ayam nampak tidak serasi apabila diasingkan. Seperti meluru keluar dan tidak mahu makan.

- Sakit apabila diasingkan.

- susuk badan yang terlampau selam dan tarik hingga ada struktur badan dah mula rosak.. kerana terlalu form awal. Seperti keadaan rusuk dan tungku belakang terkeluar.

Sekiranya berlaku masalah seperti ini adalah tidak perlu anak-anak ayam ini di biarkan berasingkan, namun begitu biasanya jika di letakkan sekalipun, cukup sekadar sepasang atau pun betina dengan betina supaya tidak berlaku pergaduhan dan berebut makanan.


sedikit gambar design  reban Mini single.


Bersaiz 2 kaki setengah sahaja.....

Ruang untuk Anak B hingga ke Dewasa

Saiz yang sama Cuma pintu atas Hanya untuk Anak B hingga Remaja adalah sangat sesuai...

Berukuran sama saiz dengan meja lipat bersaiz kecil. Mudah untuk dialihkan.

Dan boleh dicantumkan menjadi 2 Tingkat.....

Ada beberapa lagi design tetapi untuk kali ini adalah Single Design.
 
Ini Contoh untuk single dan double
 
 
Sampai disini dulu info buat kali ini nanti kita Up lagi info baru... semoga terus memberi sokongan kepada LSPB untuk terus bersemangat menulis..!
 
Up Sikit Gambar Ayam direban SPB terkini...!!
 
 
(Golden)
 
 
Ayam Muda... Baru Nak marie form... saborrr sikit lagi.!!


Masih Dalam Latihan.....


Namanya (999)


Masih Muda... ekor tengah menyalin ekor Muda.... Saborrr!!


Okey Geng Jumpa Lagi... Bye.. Bye!!







No comments:

Post a Comment