~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, August 25, 2011

Update Reban: Sri Kijan





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Video untuk tatapan sahabat semua... ayam masih remaja... tapi tak tahu la, masa yang akan datang ni dia nak jadi macam mana, harap-harap boleh pergi jauh....! masih ada beberapa ekor dara remaja blom SPB postingkan. Satu-satu la yerr kita taruk ..... !

Oh ya... ingat lagi pembaka utama di LSPB sekarang dah ada anak yang ramai... 2 ekor ibu dah selamat dapat zuriat... lagi 4 ekor ibu tengah proses.. insyaallah pada minggu raya nanti menetas la semuanya.... memang time cun-cun jerr stok buat anak bulan puasa... hehehe

Peon masih bersama gundik-gundik remaja sekarang ni... belum masanya nak di asingkan... mungkin lepas raya baru tengok macam mana!!!

Nantikan anak-anaknya Peon akan SPB uploadkan di dalam blog.... (bersambung)

bye-bye!!


Monday, August 22, 2011

Sembang Serama: Harga Ayam !!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Salam Ramadhan bagi seluruh umat islam yang sedang menjalani ibadat puasa.... tup..tup jerr dah 20 hari umat islam berpuasa, tinggal lagi 1 minggu umat islam akan menyambut hari lebaran... dan penghujung bulan September banyak game yang SPB dengar akan diadakan....... Kemeriahan Hobi ayam serama akan kembali gemilang dan diharap selepas raya nanti bertambah ramai peminat baru yang akan berkecimpung kembali ke hobi lumayan ini dan sekaligus dapat menambah kenalan baru dari jauh dan dekat.

Okey SPB nak berchit-chat sikit tentang pasaran ayam serama di Malaysia buat masa ini.... (kalau ada komen sila poskan) dari pengamatan SPB serta kawan-kawan dari jauh dan dekat ramai yang menyatakan harga ayam semakin melonjak tinggi... malah sudah semakin banyak ayam jaguh yang menerima tawaran yang tinggi, tapi itulah namanya rezeki dan itulah juga namanya hobi lumayan.... kalau dizaman kegemilangan ayam Serama era 90an kita biasa dengar ayam bernilai puluhan ribu ringgit... malah ada yang ditawarkan kereta dan pelbagai tukaran yang kadang-kadang agak luar jangkaan.. namun itu semua kita dengar pada zaman kegemilangannya dulu !! bagaimana sekarang?

Ia pada pandangan SPB pekara ini tidak mustahil dan mungkin ia akan menjadi seperti di zaman kegemilangannya dahulu... sekarang pun kita sudah biasa dengar harga ayam yang ditawarkan dengan harga yang tinggi hingga puluhan ribu.... namun harus diingat bukan senang nak dapat ayam yang seperti itu.. bak kata otai... beli ayam lima ringgit jangan lah diharap ayam beribu ringgit. selain ayam itu dianggap jaguh (champion) ayam itu juga selalunya boleh menurunkan baka.... tapi tak tahulah pulak kalau ada yang berani beli ayam sekadar buat main game.... namun benda hobi ni kadang-kadang kita tak boleh nak jangka...! apa pun tepuk dada tanyalah hati??

Okeylah ada sahabat yang bertanya... pada SPB ayam masa kecik mudah nak letgo tapi dah besar ya tuhan.... punya susah nak laku kenapa jadi camgini???

Bagi SPB yang baru ni kalau ditanya pekara macam tu SPB hanya boleh kata itulah rezeki namanya... pun begitu breeder kena la tahu jugak.. kalau baka tu baik isyaallah ada juga yang cari, cuma ada beberapa faktor , antaranya walaupun ayam dah masuk kategori tapi ayam kurang potensi nak dibawa main game pun salah satu puncanya. Memang baka baik tapi ramai peminat yang beli ayam dah siap, selalunya pembeli berharap agar ayam yang dibeli mereka ada ciri-ciri boleh dibawa main (game) dan kena dengan harganya juga. Tambahan pula sekarang dah makin banyak baka-baka kacuk yang berada dipasaran.

Kadang kita tahu baka tu baka tersohor tapi takde ciri-ciri boleh dibuat pembaka... ia mungkin sukar nak dapatkan buyer yang sanggup dengan harga yang tinggi. Kecuali mereka yang memang pengumpul baka bekenaan. Dan ramai juga yang kata kalau jual ayam masa anak B boleh dapat duit... ia bagi SPB memang boleh, tapi buat breeder semua berhati-hatilah juga , takut kalau ayam tak jadi anda mungkin menghadapi risiko, kita mungkin akan kehilangan pelanggan. Bukan apa takut peminat baru mungkin tak dapat  menerima kenyataan dengan harga yang dibeli diharapkan ayam akan menjadi chempion dan sebagainaya., P/s untuk peminat baru anda harus faham bukan semua ayam akan keluar seperti pembaka itu sendiri , bak kata pepatah "setandan pisang tak semuanya elok." Namun sekarang peminat serama sudah ramai yang tahu bagaimana menilai ayam... mungkin dari pembacaan dan di  meja pertandingan. Apa-apa pun SPB berharap breeder-breeder bersikap tidak mementingkan diri  sendiri demi menjaga keharmonian kita sesama hobi. 

Ada breeder yang SPB tabik spring ... mereka memang tak akan menjual ayam  baka sendiri kalau tak betul-betul ayam bergaya, malah ada yang sanggup dibuat sup atau digoreng sajerr ayam tu demi menjaga baka dan nama... Bagi SPB perbuatan begitu lebih kelas dan bergaya kerana ada kualiti standard yang tersendiri... Good Job!!
Namun harus diingat untuk dapat ayam dari breeder macam ni amat susah... dan harga juga boleh tahan!

Okey lah.... cukup untuk sembang serama buat kali ini, sekali lagi SPB memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa atau tersinggung dengan tulisan SPB... ia sekadar buah fikiran yang terlintas dan sekiranya silap harap dapat maafkan dan dimaklumkan segera... untuk itu SPB ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.... kita jumpa di game yang terdekat akan datang !! Insyaallah...!

Bye-bye!!!



Friday, August 19, 2011

PERTANDINGAN AYAM SERAMA DI KEDAH 2011


PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA PERINGKAT NEGERI KEDAH , ANJURAN RESTORAN TOK NADOQ TEBENGAU ,KEDAH D.A



TARIKH : 01/10/2011 (SABTU)

MASA : 0800 HRS HINGGA TAMAT PERTANDINGAN

TEMPAT : RESTORAN TOK NADOQ ,TEBENGAU KEDAH D.A

8 KETEGORI DI PERTANDINGKAN

HADIAH2

JOHAN : RM 400
KE2 : RM300

KE3 : RM200

KE4 : RM100

KE5 : RM70

SAGUHATI 30 % : PERIUK NASI 1.8 LTR

CABUTAN BERTUAH :


RM500 X 2

RM200 X 5

RM100 X 10

RM50 X 20

HAMPER


BONANZA


RM1000 X 1


BOTB : RM 100 DAN PIALA SUMBANGAN KUZAI GROUP.


PENDAFTARAN SEBANYAK RM 50

MAKAN TENGAH HARI DI SEDIAKAN OLEH PIHAK PEGANJUR


(PENGADIL DARI KELANTAN DAN TERANGGANU)



UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI:


PAK JANG DIN : 019 4647946

PAK DAK ISMAIL : 016 4403376

KUZAI GROUP : 013 9984666

ABG MAN (TRG)
 
 
Mari kita beramai-ramai memeriahkannya............. ! 
 
 

Thursday, August 11, 2011

Update Cili Padi!! (SOLD)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......

Update Ayam Nak masuk Muda......... Saiz AA kena dengan Namanya Cili Padi berdarah Tok Uban Ganu...

Boleh bawak main ke cam gini???

Wednesday, August 10, 2011

Testing...testing...! Video




Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Update blog... saje testing buat video.... insyaallah akan datang nak taruk gambar- gambar BOTB tahun 2011! maknanye ape??? maknanye kalau 2011  ... kena tunggu hujung tahun la yer! hehehe

Bye..bye!! selamat menonton.






Monday, August 8, 2011

Cerrr Cite...cerr cite!!! Bhg II

Ramadhan 2002 - Universiti Tronoh

Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (gua ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas gua ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah.Gua memang style payah menolak pelawaan kawan kawan. Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maap la wahai sang makwe, lain kali lah kita dating.

Persoalan gua pada Malek,"kejadah lu nak pegi sampai Batu Gajah?, Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih, baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.


"Gua nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon gua tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.


Gua panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab. Malek memang baik. Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong. Hari tu gua ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut. Tak banyak ragam. Kalau gua ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya bebaloi la hidup kat dunia ni.


Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang gua pundit kan. Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek, lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas, ditambah dengan pemanduan berhemah Encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.


Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam. Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang. Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas moto di celah celah makcik Bihun Sup."Bagi tiga ringgit... kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan. Gua awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan gua.Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir,bukannya nak merewang saja saja.


Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah,gua dan Malek pun bergegas untuk pulang. Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu.Nak buat show tunjuk juboq.Kalau lambat nanti marah pula. Radio hitz FM dalam kereta gua kilas pegi ke Radio Perak. Pukul enam setengah, dengarla mengaji pulak.Orang putih orang putih juga Malek.

Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh,halangan yang serupa gua dan malek tempuhi sebagaimana kami datang. Lembu lembu, lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek. Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah. Perangai dengki yang bikin gua sakit hati rasa nak penerajang. Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam gampang. Ahh,ujian dibulan puasa.

Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang.Alang alang, gua ikut bebuka dirumah malek saja lah senang cerita. Kalau gua jalan kaki balik ke rumah gua pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan bebuka puasa.Takkan gua nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?,sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang.Hah gelagat gelojoh lagi tak matang. Bukan begitu sikap yang ibu gua terapkan.

Sampai dirumah Malek, budak budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip, Kobeng dah ready bersila atas surat khabar. Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.

"Mana lauk gua?" - Suara Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.

KLIMAKS stori ini bermula di sini..,

Sesi berbuka puasa hari tu gua saspek telah menjadi legenda bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.

"TOMYAM lu tu, esok sumpah gua pegi cari, biar sampai ke Ipoh pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir. Gua tak sampai hati nak kupas situasi konfuse antara Malek dan Shabir pada hari tersebut. Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam. Kahkahkah!!!

p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari,mau si Malek ajak gua pegi carik nasi kangkang. Palat sungguh!

Friday, August 5, 2011

Terjah Reban: Sri Enam Alor Star!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Okey! SPB lupa nak beritahu pada game Perlis yang lalu SPB sempat berjalan ke reban Otai lama yang juga berbangsa Cina siapa lagi kalau bukan Ah Keat pemilik ayam serama baka Sri Enam...

Sedikit Info mengenai Baka Sri Enam: Sri Enam merupakan dari Baka Submarine satu sarang dengan pembaka Asal Submarine yang terkenal satu ketika dulu... Dari penceritaan Ah Keat Submarine hanya ada 4 orang sahaja yang dapat baka asalnya (pure) termasuk beliau dan juga Cikgu Lah.

Di sini ada sedikit gambar di upload untuk tontonan LSPB, maaf jika kualiti gambar agak kurang memuaskan... 







Antara gambar reban2 utama


Submarine terkenal dengan warna dan bulu keemasan serta dada yang bulat selam.



Seri Enam terkini hanya sekadar pembaka Utama... Namun begitu masih mengekalkan gaya Selam lonjak memang terbaek...dari ladang!


Antara Pelapis Sri Enam ... sebenarnya ada beberapa ekor lagi ayam muda dan remaja, tetapi memandangkan SPB tak bawa camera DSLR jadi SPB hanya mengambil beberepa pose  untuk tatapan pengunjung blog. Kata Ah Kiat lagi buat masa sekarang Induk tengah mengeram so produk agak kurang namun masih ada beberapa ekor yang nampak berpotensi, ada beliau simpan.......... Oklah setakat ini dahulu Jumpa lagi!! Bersambung........

Bye...bye!!!



Thursday, August 4, 2011

Cerrr Cite...cerr cite!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dah agak lama tak update blog! memandangkan dibulan Ramadhan ni tak ada game, atau pun segmen terjah reban.. jadi SPB hanya meng-update cerita semasa. Ada cerita renungan, kisah lucu dan kisah lawak bersahaja.... mungkin ada yang suka, mungkin juga ada yang menyampah...... apa-apa pun SPB berharap selalu2 intai blog sampah LSPB .!!  hehehe



Kemalasan Di Bulan Puasa

Ramadhan,Kelas Pendidikan Islam 2 Bukhari - 1994

Masa tingkatan dua, gua belajar di kelas yang nama dia Al-Bukhari.Al Bukhari kalau ikut cakap intenet merupakan seorang ahli Hadith yang muktabar dan disegani sepanjang zaman.Jadi lu orang boleh buat analisis lah macam mana rupa perangai budak budak kelas Al-Bukhari.Masa belajar dulu,masing masing nak jadi Al-Bukhari,tak dapat jadi Al-Bukhari, jadi Ulama' pun dah sedap.Dua tiga brader lain siap meleleh air liur nak jadi Mufti.Paling gua tak boleh blah..ada juga kutu yang semangat nak jadi Khalifah.Rasa nak lempang pun ada dengar cita cita macam tu.Tak reti nak agak agak langsung.Jenis nafsu takdak batas.Gua saja cita cita tak agama, nak jadi Fashion Designer.Amacam?

Satu hari, Ustaz Arshat masuk kelas macam biasa nak mengajar pendidikan islam.Masa tu dah tengahari dalam pukul dua belas lebih.Bulan puasa..mana ada tenaga nak belajar,selera lebih nak tido letak kepala atas meja.Kalau Megat dia siap berdengkur buat tak tahu saja.Dia kira apa, bulan tak puasa pun dia tido,ini pulak bulan Ramadhan yang mulia,kena la kerja tido lebih gigih demi menambah pahala.Masa masa macam ni , kutu kutu yang nak jadi Al-Bukhari, Mufti serta Ulama' dah hilang punca,mereka turut tewas di medan tido tanpa ragu ragu.

Ustaz Arshat pun gua rasa dapat mesej halus yang ulama' ulama' kelas gua sampaikan.Biasala,Ulama' ulama berkomunikasi dengan Ustaz ustaz, teknik dia bukan macam orang biasa macam gua.Makam perbualan mereka guna batin,sambil tido entah apa apa mereka berbual dengan Ustaz Asrhat.Kutuk gua nak jadi fashion Designer la tu.Gua boleh dengar juga sikit sikit.

Ustaz Arshat suruh budak budak pegi basuh muka kasi segar.Menderu semua keluar kelas.Ahh gua konfem dua tiga Mufti mesti keluar fatwa boleh teguk air pili dalam singki tandas tak batal puasa.Para ulama' takkan nak membantah,begitu juga prodigi Al-Bukhari.Ulama Wahab, mufti Ijok, Taparudin Al-Bukhari dan Khalifah Megat kembali ke kelas dengan wajah berseri seri.

Gua duduk sebelah Wahab."lega..!" kata Wahab pada gua.Hamjadah btoii.Balas gua dalam hati.Sikap fashion designer memang macam tu, kritik dalam hati.Kehkehkeh.

Ustaz Arshat kata dia tak nak mengajar hari ini sebaliknya dia nak tanya soalan rilek rilek berkaitan bulan Ramadhan.Budak budak angkat kepala tegak sedikit tanda berminat dengan saranan bijak Ustaz Arshat.

"Anak nak bagitahu,sikap paling payah kita nak buang masa bulan puasa adalah sikap MALAS.Jadi ana nak tanya..siapa yang rasa rasa dia makin malas masa bulan puasa ni?" - Ustaz Arshat mula pengajaran rilek rilek beliau.

Para mufti, ulama',Al-Bukhari,Khalifah serta fashion designer malas malas angkat tangan..Biasa la, takkan gua nak mengaku rajin pulak.Palat apa rajin,suruh hapal surah pendek pun gua terkial kial.

"Haa kamu Wahab, apa yang malas kamu ni, malas macam mana..cuba cerita" - Ustaz Arshat mundar mandir depan papan hitam sambil tuju soalan pada Ulama' Wahab.

"saya malas baca Quran,saya malas terawikh sampai dua puluh rakaat..saya malas bangun sahur" - Wahab jawab ringkas beserta fakta fakta kemalasan beliau.

"Kamu pulak Tapa?" - Kena giliran Tapa pulak.

"Saya pulak Ustaz,saya malas buat kerja sekolah sebab penat puasa.Saya malas angkat dobi bawak naik atas dorm.Saya juga malas balas kad raya yang saya dapat" - Jawapan Tapa, bunyik separa kurang ajar namun ikhlas.

Ustaz Arshat hangguk hanguk,menunjukkan beliau masik rilek:
"Boleh tahan malas...hah kamu pulak macam mana Megat,tadi angkat tangan separuh?"

Megat yang dah sedap sedap sambung tido atas meja angkat kepala balik dengan muka mamai.

"Saya rasa saya paling malas la Ustaz"- Megat buat statement kejutan dengan wajah masih mamai walaupun baru kejap tadi dia bantai air singki tandas.Semua budak budak pasang telinga.Khalifah Megat sudah mula bersuara.Ini orang cita cita dia nak jadi khalifah lu orang jangan main main.

"Apa yang malas sangat kamu ni Megat?,cuba kongsi dengan kawan kawan."- Ustaz Arshat jadi eksaited.

--
Muka Megat masih dalam keadaan tak fit untuk berbicara.Muka busuk baru bangun tido.Kelas masih menumpukan perhatian pada Megat.Dia memang malas.Kerja sekolah meniru,dalam kelas prep dia tido juga,ajak pegi beriadhah pun dia malas.Baca buku lagi la malas.

Dalam kemengantukan Megat bersuara lemah:

"Saya nak cerita pun malas Ustaz"

Khalifah Megat jatuhkan kepala semula atas meja lalu lelap.

Cilakak punya malas!!

Bye...bye....!!

Tuesday, August 2, 2011

Game d' Perlis: Game penutup Ramadhan....

Assalammualaikum dan salam sejahtera... SPB ucapkan, masih belum terlewat juga agaknya untuk SPB mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan, bulan kemulian, bulan mencuci hati dari dosa dan juga bulan menambahkan berlipat ganda amalan kita.

Apa-apa pun SPB memohon maaf kerana posting di Game Perlis agak lewat di postkan kerana maklumlah awal-awal bulan banyak pulak kerja yang perlu di sudahkan, tambah lagi dengan kedatangan Ramadhan. Okey lah disini ada sedikit paparan foto yang sempat diambil ketika pertandingan Game d' Perlis berlangsung, penyertaan seperti yang dijangkakan meriah-meriah-meriah biar pun ia game kecil, namun bagi game penutup ramadhan memang ramai yang ingin menyertainya. Maklum saja lepas ni berehat sebulan bagi menghormati bulan puasa.

Penyertaan para peserta kali ni kebanyakannya dapat dilihat ramai dari pemain lama, jadi tidak hairan jika SPB katakan persaingan amat sengit serta begitu mendebarkan dan penentuan BOTB juga terpaksa di jalankan dua kali kerana markah yang diberikan oleh para pengadil terikat dengan keputusan seri. Setelah dibuat botb semula ternyata Sri Palas masih mengekalkan gaya lonjak selamnya untuk sekaligus merangkuli kejuaraan kali ini. Tahniah SPB ucapkan sekali lagi.!!!

Sedikit paparan foto yang sempat dirakamkan:


Mantap...!

Ketika persiapan sedang dilakukan, masa ini lahh... ramai sahabat handal datang melihat-lihat peluru kawan-kawan yang dibawa. kadang2 kena arr gi tengok dekat. Kena dengan harga pulak, boleh bawak balik... hehehe


Ketika acara cabutan bertuah sedang dijalankan.... hahaha best jugak acara ni.


Penyertaan agak memberangsangkan.... maklumlah game penutup.


pengiraan markah sedang dijalankan...


Pening kepala jugak Pengadil hari tu.... ! ayam hebat2... d perlis.


Di meja Urusetia




Sedikit gambar para pemenang kategori yang sempat di rakamkan.... maaf ada juga yang SPB tak sempat tembak.











Sedikit gambar ketika BOTB dijalankan........



Okeylah.... setakat itu sahaja yang sempat dirakamkan oleh kamera cabuk SPB. Maaflah yerr!! Gambar tak berapa nak jelas sebab tak guna DSLR hanya guna kamera biasa-biasa  je... boleh la dari takde.. hehehe yerr dok??

Okey kesimpulannya game d Perlis Best... cuaca pun Best... Ayam pun Best-best....!! Hadiah ok, tapi kalau ada sijil pun lagi-lagi best... hehehe... apa-apa pun all the best kepada semua peserta yang mengambil bahagian... dan akhir kalam dari SPB untuk pengunjung Blog LSPB selamat menyambul bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan .... MERDEKA !!

Bye-bye semoga jumperrr lagi d' BON yang akan datang. Terima Kasih !!