~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, August 28, 2015

Ayam Serama Terkini

Golden terkini!!!

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera!!

Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah ke ruangan Laman Serama Parit Buntar, biar pun dah lama tidak ada info tentang artikal terkini tips penjagaan dan lain-lain info terbaru.

Apa pun inshaAllah akan menyusul artikal yang mungkin menarik minat pengemar serama tentang perkembangan dunia serama pada ketika ini, SPB masih mengumpul info dan maklumat untuk dibuat posting tidak lama lagi. 
Dunia serama ketika ini dilihat agak sedikit muram mungkin juga antara lain di sebabkan faktor-faktor luar berkaitan dengan ekonomi yang menyebabkan harga serama agak sedikit suram. Mungkin juga disebabkan semakin ramai pemilik ayam serama dan lambakan serama yang menyebabkan pasaran ayam serama semakin agak merundum. Bagaimanapun juga sebenarnya pasaran ayam serama adalah tidak seperti di beli dipasar-pasar, ayam serama masih ada harga namun begitu seperti posting sebelum ini ayam serama adalah suatu hobi dan hobi adalah tidak bergantung kepada nilai wang ringgit, ada pun harga ayam serama adalah suatu yang tidak diberi keutamaan yang penting adalah nilai kesenian dan keindahan serta keunikan ayam serama itu yang menjadi tarikan. Biarpun harga ayam serama merundum jatuh bagi peminat tegar ia tidak menjadi kudis kepada pemiliknya. 
Ayam serama juga mempunyai nilai yang tinggi bagi peminat setia (bukan Newbie) kerana seperti yang kita maklum bagi pengemar baru kebiasaannya mahu ayam yang cantik dan murah..... (Fakta) malahan bukan saja newbie ada juga pemain lama yang mahukan harga yang murah... jadi bagi SPB pekara seperti ini tak perlu lah kita besar-besarkan, andai kena pada cara dan gaya tiada masalah untuk menawar harga cuma kena cara lah.... takkan tuan ayam nak makan modal. Beli mahal pembaka tapi orang minta murah-murah pening jugak... !!! 

Apa-apa pun bagi SPB semuanya bergantung kepada niat. Kalau niat kita nak bersahabat dan nak mengembangkan lagi hobi unik ini inshaAllah tidak ada perkara yang mustahil. Yang penting keikhlasan, SPB dah beberapa kali berjumpa orang yang ikhlas dalam berserama....( Penjual, pembeli dan Peminat baru ) ok lain kali saya akan ceritakan .... kisah benar yang saya rasa menjadi pedoman untuk saya mungkin juga untuk para pembaca. InshaAllah kalau diizinkan saya akan membuat posting baru juga mengenai cerita ini. sehingga itu cukup sekadar disini mungkin akan saya update posting dalam masa terdekat nanti..

Jumpa lagi..... bye..bye!!!



Update Ara Hang Tuah namanya....!

Jalak Anak B (sold out) tq Buyer

Anak B, Zam bagan legacy....! (not for Sale)





1 comment: