~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Sunday, November 23, 2014

Serama untuk dijual... (Serama for Sale)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tak ada apa sangat nak dipostkan cuma ada beberapa ekor pembaka di reban yang nak dijual.... ada juga yang sedap dipandang apa-apa pun boleh hello dan klu boleh datang terus lagi baik kita bagi ole-ole sekali mudah kerja.

Selain itu tak lupa juga SPB nak ucapkan salam takziah kepada sahabat serama yang reban mereka dilanda banjir terutama di negeri Terengganu dan Kelantan... Diharap semuanya tabah dan kuat dalam menempuhi ujian yang melanda. Semoga semuanya baik-baik sahaja hendaknya.. Aminnn...!






                  For Sale..... Harga runtuh!! (SOLD OUT)







                              Induk Dara... Murah2....sja...! (SOLD OUT)









                             FOR SALE Harga padan dengan ayam sja.....! (Reserve)








Ada beberapa ekor lagi ayam yang nak di letgo .... klu ada kesempatan datang sendiri tengok, harga patut-patut saja.... untuk newbie pun boleh tanya harga... okey geng ... 


Call 0165047301 Naz SPB



Sunday, November 2, 2014

Tip pembaka reban !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam posting kali ini... sudah lama SPB tak buat posting tentang tip-tip serama... SPB kurang terjah reban sejak kebelakangan ini, kurang juga bertemu dengan Otai-otai serama hanya berjumpa di bon, jadi kurang jugalah tip yang boleh dikongsikan bersama. Di harap dengan adanya tip yang tak seberapa ini adalah dapat memberi manafaat kepada saya dan para pembaca, Tip dari pada otai yang tak perlu lah disebutkan nama namun boleh di manafaat kepada breeder serama terutama yang baru ingin bermula berjinak dengan hobi lumayan ini. 

Ok lah tanpa banyak celoteh bicara kita terus saja dengan tips membiak serama dengan pembaka pilihan anda.

Untuk mendapatkan pembaka yang baik pertama sekali adalah dari jalur darah (blood line) yang terpilih jika berkemampuan... antara ciri2 utama pembaka yang baik selain warna dan kekemasan bulu diambil kira, juga assesori lain seperti balung yang cantek tersusun serta sayap dan ekor tersusun rapi. Selain daripada itu kaki yang halus dan tegap akan menjadikan pembaka itu nampak lebih cantek... tetapi tidak semestinya... (kalau dapatlah) untuk ekor yang senget sebenarnya tidak menjadi masalah ini kerana menurut kata otai, ekor yang senget bukanlah masalah yang besar untuk menghasilkan ayam yang berkualiti tinggi menurut pengalamannya peratusan ayam selam semenangnya mempunyai sedikit masalah tentang ekor sama ada senget atau pun ekor terlalu kedepan sehingga terkena kepala.... lebih 70% masalah kepada ayam selam. Sebab itu kebanyakkan ayam selam terpaksa melalui sedikit tranformasi untuk mendapatkan struktur tubuh yang baik dan cantek.. (bukan semua ayam)

Untuk induk pula sebenarnya lebih lagi.... induk yang baik dari darah yang baik juga. Warna dan assesori serta perangai yang lawan meja menjadi pilihan.... kebanyakkkan breeder agak kurang menitik beratkan induk tentang gaya dan keaktifan induk itu sendiri. Selain daripada assesori yang baik dan cantek dan tinggi slim dan sebagainya gaya induk juga sebenarnya perlu dititik beratkan... kata breeder otai induk yang pandai bergaya dan tidak gayat meja selalunya anak-anak juga tidak gayat bila diatas meja.( teori Otai) kebanyakkan betina yang aktif juga dapat mengeluarkan anak-anak yang sihat serta galak lebih cepat seperti berkokok awal dan perangai cepat datang.

Selain daripada itu juga Tips dari Otai adalah tak perlu ada banyak-banyak pembaka... cukup satu atau dua pembaka yang baik untuk dibuat RnD (induk lebih takpa) bukan apa kalau nak biak sekadar suka-suka mungkin tak jadi masalah tetapi kalau nak dijual dan pentingkan kualiti ini akan mendatangkan masalah.. bukan saja kepada breeder kepada pembeli juga... kesian tak tahu dah baka darah apa. Kalau yang tak kisah tak jadi masalah tapi bila dah selalu di tanya menjadi pening juga akhirnya. hehe

Apa-apa pun ini adalah hanya pendapat dan tip dari orang lama... kalau rasa berguna boleh di ikut rasa tak sesuai tak payah guna dan tak perlu nak pening kepala....


Okey jumpa lagi pada post akan datang Bye-bye!!


Update sikit gambar....

Gaya dalam Serkup !!

Di luar serkup....! Boleh tahan... tunggu ekor siap kita jalan-jalan

Bendahara 5 in action Darah rinting











Wednesday, October 8, 2014

Update...update penyeri reban serama terkini !


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

berabuk dah laman sesawang SPB sebab lama tak update... hehe diharap semua peminat serama masih bersemangat dalam menghasilkan produk bermutu dan terkini... apa-apa pun rezeki biar tuhan yang menentukan kita sekadar berusaha..

Okey... seperti biasa tiada apa yang penting sangat nak dikongsikan cuma sedikit gambar update remaja yang nak kemuda dan beberapa ekor anak... sebenarnya ada banyak juga anak-anak ayam yang menetas direban namun Alhamdulillah semuanya sudah di pinang dan berpindah milik. Biar pun Hobi berserama ini sekadar suka-suka namun jika di aplikasikan dalam bentuk perniagaan ianya mendatangkan hasil.. malahan kadangkala menjangkau dari pendapatan gaji bulanan kita sendiri. 

Setelah hampir 4 tahun berserama secara serius kembali, alhamdulillah tiada putus-putus peminat serama baru dan lama yang bertandang dan membawa pulang ole2 dari reban SPB... Serius juga kalau saya katakan sebenarnya tujuan saya mula-mula bermain serama adalah untuk tujuan hobi dan berkenalan dengan peminat-peminat serama, Otai-otai dan ramai lagi lapisan masyarakat. Tetapi dalam mencari kenalan banyak juga suka duka yang dilalu... sebenarnya bukan dari sudut pemikiran atau tabiat peminat serama itu, namun sebenarnya ia sememangnya lumrah kehidupan manusia yang tidak pernah terlepas dari kilaf dan kesalahan diri. Bukan saja peminat hobi serama saja... yang takda hobi pun ramai berperangai macam tu.. biasalah manusia... hehehe

Ahh... panjang pulak menaip kali ni... apa pun saya tertarik pada pandangan seorang kenalan serama tentang rezeki serama... " Hari-hari kita bagi dia makan dengan baik,jaga dengan baik... memang rezeki ayam tu.... Tapi kadang kala bila kita sesak, dia juga memberikan rezeki kepada tuannya... dengan izin Allah"

Seorang lagi Otai serama berkata... "jika inginkan ayam yang membawa tuah, jagalah ia sebaiknya.. jangan dianiaya insyaallah berbakti ia kepada tuannya..."

Cukup untuk nukilan kali ni... berjumpa lagi dalam posting akan datang...

Oh ya... Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua peminat serama yang beragama Islam.


Bye-bye jumpe lagi.....


Chitos


 Bendahara 5





 Betta





 




Monday, September 1, 2014

Ubat Cacing penting untuk kesihatan Ayam Serama...

Penyeri Reban SPB (Remaja)





Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Sembang serama kali ini adalah sedikit maklumat tentang penyakit kemurungan ayam dan antara lain muka kelihatan pucat lesi serta kurang selera makan.... ini berpunca dari penyakit kecacingan yang dihidapi ayam serama.

ayam kecacingan ni kebiasaan muka jadi pucat, ayam kurang aktif dan hilang selera makan ... mengakibatkan kurus dan seterusnya mati,  Pelbagai jenis ubat cacing sudah ada di pasaran.

Selepas pemberian ubat cacing, sekiranya ayam berkenaan sememangnya ada cacing , ia akan keluar serta merta bersama najis ayam ... 2-3 hari selepas pemberian ubat cacing, ayam anda akan kembali segar dan aktif ..


Antara ubat yg biasa digunakan:...









Update anak di reban SPB

















_________________________________________________________________________

INDUK FOR SALE !!









Smua induk Sudah betelur dan inshaallah boleh mengeram dgn baik!!

(Sementara Stok Masih Ada)




Ada beberapa ekor Anak B dan induk untuk dilepaskan... harga terbaik.... boleh call Naz SPB di nom: 0165047301



Friday, August 1, 2014

Serama 2014



            Assalamualaikum dan salam sejahtera... dan selamat Hari Raya juga saya ucapkan kepada sahabat semua memandangkan hari ini masih dibulan syawal. Agak lama juga SPB tidak ada postting baru, memandangkan ayam direban juga dah semakin kurang setelah di jual dan upgrade... ditambah pula bulan ramadhan ni anak-anak ayam agak kurang menjadi bila 2 induk mengeram hanya dapat 3 ekor yang menetas, apa pun syukur kerana induk pembaka semua masih sihat dan dapat meneruskan legasi serama PB.

Sebenarnya, takde apa yang nak di coretkan hanya nak postting gambar serama yang sempat di simpan dan ada juga sudah di booking sahabat ... Alhamdulillah bulan Ramadhan yang lepas banyak juga yang berminat nak bawa pulang baka SPB untuk buat mainan petang-petang. Terima Kasih SPB ucapkan kepada semua yang sudi membeli ayam serama dari reban SPB.

30hb nanti insyaallah ada Game  yang akan di adakan di Alor Star. Lokasi masih belum pasti tapi tak sabar rasanya nak turun ke game untuk berjumpa sahabat serama yang lain setelah agak lama berehat sempena bulan puasa.

Apa-apa pun SPB sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat sama ada yang lama atau baru sekiranya ada silap dan salah mohon dimaafkan.

 Cucu kepada peon, ekor muda tak siap2 lagi harap-harap boleh berjasa nanti.


 Reserve untuk buat baka.... Aje!!



 
Remaja.... boleh la buat main petang2.



okey geng... jumpa lagi di lain postting!

Selamat Hari Raya  










Thursday, May 8, 2014

Pertandingan Ayam Serama 2014 Penang


Assalamualikum & salam sejahtera. Persatuan Peminat Ayam Serama Pulau Pinang ingin menjemput semua peminat dan penggemar ayam serama untuk menyertai pertandingan anjuran Penang Group. Butir2 pertandingan adalah seperti dibawah:


Pertandingan kecantikan & kesenian Ayam Serama Anjuran Persatuan Peminat Ayam Serama Pulau Pinang

Tarikh: 10 May 2014
Tempat: Dewan Smpg 4 Permatang Buluh
Masa: 9.00pg-3.00ptg (Pendaftaran ditutup pukul 2pm)
 


Kategori;-

Serama A

Serama B

Serama T/ lawi

Serama Muda

Serama Remaja

Serama Induk/ Remaja Betina

Serama Anak Jantan A

Serama Anak Jantan B



Hadiah setiap kategori ;- 

1st RM300.00
2nd RM200.00
3rd RM100.00
Saguhati RM60(Saguhati 30% penyertaan setiap kategori)
BOTB; RM100.00 + Piala
Cabutan Bonanza
RM1000X1
Cabutan bertuah ;
RM 50.00 x 10 cabutan
Hamper

Pendaftaran RM40.00/ seekor ayam
Pengadil ( Terangganu & Kelantan)

Utk pertanyaan lanjut ;

Mee Kebab 0134300693
Zul Serama 0129696703
Dee Poli 0194340968
Ajon SG 0175522557
Paksu Nazri 01127422698
Mizi Penang 0125606004
Wan Janggut 0195545900


 ____________________________________________________________________________



Iklan: Serama Ara Muda For Sale !

 Ayam Serama Muda berserta Induk Tarik untuk di Lepaskan.... Harga Special RM500 dengan penghantaran.... PM Laju-laju...!! Ngammm Hooo






Sila Msg : 0165047301 (Naz SPB)  free ole2 kepada serius buyer!

 

Tuesday, May 6, 2014

Sembang Serama - Serama USA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam nukilan sembang serama, agak lama tak menaip di ruangan ini tapi rasanya blog sahabat-sahabat serama yang lain masih aktif dan meriah. Apa-apa pun tahniah kepada semua peminat ayam serama kerana ketika ini, hobi unik juga exotik ini semakin mendapat perhatian di mata dunia. Terbaru saya mendapati ada peminat serama dari negara Barat yang juga berminat dengan hobi unik serama ini, negara itu adalah dari negara Uncle John iaitu USA ( United State Of America).







Peminat Serama di negara itu telah pun menganjurkan pamiran serta pertunjukkan dan tidak ketinggalan juga acara pertandingan bagi menarik lebih ramai pengemar hobi Serama ini di dalam komuniti mereka. Dari apa yang saya baca dan perolehi dari maklumat yang ada, mereka bermula dengan komuniti Ayam Seramas serta Bantam kemudian kini secara sah didaftarkan dengan nama Serama - USA . Tahniah saya ucapkan kepada persatuan Serama USA kerana memilih serama sebagai Hobi unik untuk komuniti anda.

Sedikit Foto dari Clab serama USA......









 Pamiran Serama dan Pertandingan


Acara Pertandingan BOTB mungkin...?
 







Player Serama USA punya cerita....! Good Bro...

Okeylah hanya sedikit itu sahaja info yang ingin SPB kongsikan... sebenarnya banyak lagi yang nak di ceritakkan tapi masa tak mengizinkan.. posting ni pun dah lama saya simpan baru hari ni saya dapat postingkan... entah sibuk apa la sangat!! hehehe 
Untuk lebih lagi gambar sila ke :





 Selamat Maju jaya Kepada komuniti Peminat Serama - USA,  semoga hobi unik ini menjadi ikutan belia di sana... !!!

Adioos...!!


________________________________________________________________


Sedikit Iklan 

FOR Sale!! 


ARa ........ Anak B sepasang dengan Anak Tina ekor kelabu !

RM450.00 (penghantaran)










Msg 0165047301 (NAZ SPB)



SOLD OUT !!!! 

TQ Buyer 







Thursday, April 3, 2014

BON Alor Star 5.4.2014



Game Anjuran kelab Serama Kedah... ! Bersama kita memeriahkannya....





Untuk maklumat lanjut boleh hubunggi urusetia seperti yang ada di dalam Poster !! Hidup Serama Mania.



Thursday, March 27, 2014

Ayam Serama For Sale !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..!

Disebabkan oleh lambakan kerja dan komitmen, Spb berniat nak kurangkan isi reban dengan jualan yang maksima harga berpatutan asal barang jadi duit...!! jadi kepada peminat baru dan lama yang berminat boleh msg dan tel. ke nombor SPB dengan seberapa sergera.... kalau ada yang nak datang ke reban lebih baik harga boleh kaw team ...... sibuk sampai nak update blog pun takda masa.... !! hehehe kepada yg berminat jangan malu-malu..... siapa cepat dia dapat!!


Naz Spb : 0165047301


Anak-anak A dan B juga ada untuk di jual!


Muda dan Remaja juga ada!


Banyak lagi.... induk2 sudah bertelur juga ada nak letgo!!