~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tips!!

Ulasan Skema Permarkahan Pertandingan oleh Sdr Ameran Hassan

Ada dua format untuk pertandingan ayam serama di antara Kelantan dan Terengganu....Kalau di Terengganu markah untuk gaya disatukan menjadi satu manakala di Kelatan dipecahkan menjadi dua...tetapi ini format pengadil Perkas...kalau Kerisma dia sama dengan format markah Terengganu. Gaya A ialah gaya di atas meja dan Gaya B adalah gaya di bawah ( berjalan ).

 



Gaya : Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.

Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.

Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.

Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.

Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

Kaki: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.

p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'W' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'W' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.

Nota oleh Dr Jaafar Abdullah: Markah penuh untuk kreteria diatas adalah 100% dan sebagaimana kita sedia maklum, tidak pernah terjadi dalam sejarah pertandingan seekor ayam mendapat 100%. Ada satu lagi markah yang mungkin Sdr Ameran terlupa nak ulas iaitu markah bagi keseluruhan/kesempurnaan/kecantikan ayam tersebut. Markah bonus ini jarang diberi, tapi pernah dibuat pada suatu ketika dulu bagi mengiktiraf kecantikan/kesenian sesekor ayam. Markah ini diberi atas budi bicara pengadil untuk rekomen ayam yang bermutu. Di lihat dari segi pandangan keseluruhan terhadap kecantikan dan kesenian ayam tersebut.

Kredit for Lawi Emas Ayam Serama Farm (LEASF) 




RUTIN PEMINAT/PEMBELA AYAM SERAMA
- Anak Serama

Kebanyakkan induk Serama tidak pandai menjaga anaknya jadi sekiranya induk serama anda termasuk kedalam kategori ini, anaknya perlulah dipisahkan selewat lewatnya satu(1) minggu selepas menetas. Sebuah kotak yang berukuran 2.5 kaki panjang x 2.5 kaki lebar & 2 kaki tinggi perlu disediakan. Kotak ini perlu di buat ruang udara/pintu yang dipasang net nyamuk. Sebiji lampu berkuasa 5 watt wajib dipasang didalam kotak tersebut & dipasang 24 jam, lebih lebih lagi diwaktu cuaca sejuk. Makanan khas utk anak perlu diberi, ada diantara peminat serama memberi makanan khas utk anak ayam daging. Ini dilakukan bagi mempercepatkan tumbesaran anak serama itu. Semasa anak ini masih kecil (sehingga 2 bulan) tidak digalakkan meletakkan pasir sebagai pengalas kotak kerana dikuartiri pasir itu akan memasuki mata anak - anak serama tersebut jadi adalah lebih baik diletakkan 'carpet' sebagai pengalas. Air minuman yang dicampur dengan Champion SK adalah digalakkan diberi pada anak serama tersebut dan hendaklah dipastikan air sentiasa ada sebab tanpa air kemungkinan anak serama tersebut akan mati kerana kehausan dek kepanasan lampu itu tadi.
- Serama Remaja

Ayam Serama mula belajar berkokok apabila berumur 2 bulan, sewaktu ini kita sudah nampak akan gayanya walaupun bukan sepenuhnya. Bagi Baka Hussin 2000, apabila diurut dadanya akan duduk diam sambil menonjolkan dadanya serta kepak yang lurus kebawah. Sewaktu ini serama remaja ini sudah mula menunjukkan aksi aksi galaknya. Pemberian vitamin sudah boleh dimulakan pada peringkat ini. Diwaktu inilah kita perlu menjaga dengan rapi perkembangan tumbesaran serama ini kerana sedikit kesilapan akan merencatkan tumbesarannya. Seminggu sekali (bergantung pada cuaca) bolehlah dimandikan serama ini, sampoo khas utk serama dicampur dengan air dettol baik digunakan kerana sampoo untuk merapikan bulu bulu serama tersebut sementara itu dettol pula boleh mematikan segala hama yang terdapat dibadan/bulu serama tersebut.
- Serama Muda

Menjadi atau tidaknya seseekor Ayam Serama tersebut bergantung kepada prestasi dikala ini. Tetapi terdapat juga serama yang lambat menunjukkan kehebatannya bergaya dalam bahasa mudah LAMBAT SIAP !!!
Pemberian vitamin secara berkala amatlah diperlukan. Vitamin seperti Pil Minyak Ikan, Vitamin B Complex, Kalsium adalah diwajibkan. Diwaktu inilah LAWI serama tersebut sedang tumbuh jadi bagi mempastikan tumbesaran lawi itu tumbuh dengan baik, sedikit penjagaan perlu diberi. Selain dimandikan setiap minggu,digalakkan setiap pagi & petang perlulah dibasuh pada bahagian ekor serama tersebut. Semasa mengeringkan ekor serama itu, urut lawi itu agar bertaut(p) antara satu sama lain. Ini akan membantu lawi itu tumbuh dengan cara bertaut & tegak (pacak). Pada sebelah malam pula, masukkan serama tersebut kedalam kotak seperti Kotak ISA tetapi bersaiz lebih besar yang berukuran 6 in x 6 in & tinggi 12 in. Ini membantu ekor serama tesebut sentiasa dalam keadaan tegak ... Sewaktu didalam kotak ini, serama terpaksa tidur dengan cara mensandarkan ekornya kedinding kotak itu. Buat pengetahuan semua kotak ini banyak dijual disekitar tempat pertandingan tetapi pastikan dulu saiznya, jangan beli kalau saiz lebih kecil .. besar sikit tak per !!!! 
Tutup kotak tersebut dengan kain agar keadaan dalam kotak itu gelap bagi memudahkan serama tersebut tidur tanpa gangguan. Tidur yang cukup bagi serama muda amatlah penting kerana bagi serama muda pada sebelah siang amatlah aktif .. paham paham jerlahh darah muda ... !!!! Bagi semua serama saya lebih lebih lagi serama jantan, tepat jam 7.00 malam saya sudah masukkan kedalam kotak agKreditar serama itu dapat berehat dan cukup tidur.


Kredit untuk Webmaster : http://serama-ns.tripod.com/info_RutinPeminatSerama.htm