~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, December 31, 2010

National Icon : Ayam Serama Malaysia

Regional Development Minister Datuk Hasan Malek gets up close with an ayam serama at the Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show yesterday. — NST picture by Yong Chee


SERDANG: The ayam serama -- a bantam breed of chicken -- may be on its way to becoming a national icon.
The National Federation of World Serama Organisation yesterday initiated an awareness campaign at the Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show here in support of this goal.

"This campaign is named 'One Million Signatures of Malaysians' and is to support the declaration of ayam serama as an iconic bird," the association's patron, Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Hasan Malek said.

"Upon pledging their signatures, they will also be automatically accepted as the association's member for free," he added.
Hasan said the world's lightest chicken is also a true 1Malaysia icon as it is favoured by Malaysians of all races as a domestic pet.

"We want to show our prime minister, Datuk Seri Najib Razak, that the 1Malaysia concept envisioned by him, can be made a reality through many forms, the ayam serama being one of them," he said.

Hasan said the association would also be working with the Department of Veterinary Services as well as the Agriculture Department to make the highly prized bird a national icon.

Hasan was speaking to reporters after launching the campaign at the Malaysia Agro-Exposition Park Serdang (MAEPS).

A soft launch of a book on the world's smallest chicken was also held.

Entitled Serama Malaysia-Ayam Terkecil Dunia, the 100-page book, detailing the breeding and disease control aspects, as well as the market potential for the bird, was written by the National Federation of World Serama Organisation president, Ahmad Fauzi Mohamed.

The Malaysian serama is the result of selective cross-breeding of many bantam breeds. The champion grade cockerels weigh 0.22kg to 0.34 kg while the weight for hens range from 0.17kg to 0.28kg.

Wednesday, December 29, 2010

Penternakan Ayam Serama Secara Komersil

Gambar hiasan

AYAM serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.

Mengapa ayam serama? Inilah haiwan yang benar-benar berasal dari Malaysia. Haiwan lain seperti harimau dan badak juga ada di negara lain. Orang Utan juga tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan negara ini.

Ayam serama sebenarnya diiktiraf dunia luar sebagai milik Malaysia. Pelbagai pihak di Amerika Syarikat mengiktiraf ayam serama berasal dari negara ini.

 

Ahmad Fauzi asyik melayan dua ayam serama kesayangannya yang pantang melihat air. (Gambar bawah) Reban ayam serama dua tingkat yang cantik dan bersih. Ini yang menyebabkan Ahmad Fauzi yakin ayam serama mampu menjadi ikon kepada Malaysia kerana haiwan ini tidak terdapat di negara lain. 

Usaha menjadikan ayam serama sebagai ikon Malaysia, katanya perlu dipertingkatkan kerana sesetengah negara Eropah bangga dengan baka ayam yang hanya ada di negara masing-masing. Malah, Perancis menjadikan ayam sebagai menjadi lambang negara itu.

“Melalui internet, saya mendapati pemeliharaan ayam serama berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Malah, ada pertubuhan ayam serama dengan laman web masing-masing, iaitu Serama Council of North America dan World Serama Federation,”
 

source: berita harian

Perniagaan Haiwan kesayangan tidak terjejas!



Fuhh... mendengar tajuk jerr dah jelas kelihatan yang hobi memelihara haiwan kesayangan adalah salah satu cabang perniagaan, Ayam serama tak terkecuali turut mendapat perhatian di peringkat lebih global serta dijangka dapat bertahan lama seperti kucing dan ikan hiasan. Minggu lepas dengar pula berita di tv yang mana perniagaan binatang peliharaan tidak terjejas biarpun banyak negara menghadapi inflasi akibat dari kegawatan ekonomi. Paparan di TV memperlihatkan banyak pekedai-pekedai haiwan peliharaan memberikan respon yang bagus dan jawapan yang cukup baik untuk pengusaha haiwan peliharaan... biar pun ekonomi sekarang gawat namun permintaan untuk haiwan kesayangan masih mendapat sambutan dan tiada tanda-tanda ianya mengalami kemerosotan malahan makin mendapat permintaan.. (antara salah satu sebab adalah kerana ramai yang mendapatkan haiwan peliharaan kesayangan untuk menghilangkan tekanan dan rasa kesunyian)

Tapi persoalannya haiwan-haiwan peliharaan yang macam mana?.

Kebanyakkan haiwan yang dijual dikedai-kedai haiwan (di Malaysia khususnya) adalah seperti Kucing, burung, anjing, arnab, ikan... dll yang boleh dicongak dan dibayangkan..dari dulu sampai sekarang sinarionya adalah sama, jarang kita lihat kedai-kedai haiwan peliharaan menjual selain dari yang ada sekarang.  Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan haiwan-haiwan kesayangan exotic untuk peliharaan di Malaysia adalah sesetengahnya memerlukan lesen dan ada pula memerlukan penjagaan yang terlalu rapi dan sukar. Hmm.. dan ada juga yang memerlukan permit dan sebagainya.

Jadi saya rasa, sekarang adalah masa ynag sesuai untuk pengemar Ayam Serama untuk mengetengahkan Pasaran dan produk Malaysia yang sememangnya unik serta indah untuk di usahakan. Malahan harga Ayam Serama Malaysia sudah diketahui ramai mempunyai nilai yang tersendiri... Jadi apa lagi sama-sama kita semarakkan hobi ini menjadi suatu Perniagaan yang internasional dan global ... gunakan internet sebagai bahan penghantar iklan yang saya rasa cukup berkesan dan berbaloi... Ayoh semua mulakannya dari sekarang!!!

Kepada semua pengusaha Ayam Serama Semoga Berjaya dan sukses!

Monday, December 27, 2010

Reban Ayam Serama Alaf Baru

Salam satu Malaysia, untuk update blog saya kali ni saya ingin kongsikan bersama bagaimana membuat reban ayam serama... atau relau... kata orang sebelah utara. So di sini saya sisipkan beberapa keping gambar untuk tontonan saudara. Mungkin ada diantara peminat ayam serama yang baru nak bermula, so disini aderr beberapa tips untuk anda... sekiranya ada salah atau silap harap dimaafkan.


Bermula dengan langkah membuat rangka utama! 

Untuk ruang bujang anggaran keluasan adalah 1 setengah kaki x 1 setengah kaki  dan ada yang buat 1 kaki x 1 setengah kaki lebih sedikit sudah memadai. Manakala bagi ruang pembaka 2 1/2 kaki x 1 1/2 pun dah ok!.


Untuk pelapik bawah bagi memudahkan pembuangan sisa najis Ayam Serama !





Sukatan kena betul-betul tepat, baru memudahkan kerja penyelengaraan... hehehe nanti kalau silap ukur... ada yang berbulan tak tukar lapik!!!




Okey ! dah siap pelapik, tolong siapkan pintu... disini saya beri contoh pintu buka tepi dan buka dari atas bahagian depan... kena ikut kretif la.. kalau nak cun lagi boleh hias dengan kerawang kalau rajin la.!!!





Contoh Reban untuk ruang Bujang!! 

Diantara ruang tengah saya letakkan papan penghadang yang boleh dibuka dan ditutup sekiranya mahukan pasangan pembaka anda hanya perlu buka penghadang! so ia menjimatkan ... betul kan!







Taraaaaaa........ Dah siap unit Kondo!!  6 Single 1 double


Saya juga menerima tempahan secara kecil-kecilan... so kepada yang teringgin nak mencuba Relau dari P.Buntar boleh Msg saya... Tapi untuk makluman saya cuma buat freelance so makan masa sikit tapi kualiti okey!! 

Wednesday, December 15, 2010

Keindahan ayam serama!!

AMIR Zayyani Zahari (tengah), Abdul Rahman Yaacob (kanan) dan Aziz Abdullah bersama ayam serama masing-masing pada Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Port Dickson (PD) 2009, baru-baru ini. 
PORT DICKSON 17 Mac – Ayam serama iaitu ayam paling kecil dan ringan di dunia seringkali digambarkan sebagai haiwan perhiasan yang indah ciri-cirinya.

Apatah lagi saiznya hanya satu pertiga saiz ayam jantan, paling jinak di kalangan spesiesnya dan mudah dipelihara berbanding haiwan perhiasan lain seperti burung mahupun kucing.

Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika hobi memelihara ayam serama cukup popular dan boleh dianggap fenomena terutama di kalangan penduduk Pantai Timur.

Populariti ayam tersebut juga kini menjadikan ia bukan saja digemari oleh orang dewasa tetapi generasi muda daripada pelbagai lapisan peringkat usia.

Kenapa tidak? Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Port Dickson (PD) 2009 yang berlangsung di sini baru-baru ini berjaya menarik perhatian penduduk seluruh Malaysia terutama golongan belia berhimpun dan mempamerkan keindahan ayam serama belaan masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka sanggup berjalan jauh dari Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka untuk menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.

Menurut salah seorang peserta, Abdul Rahman Yaacob, 35, menyertai pertandingan seumpama itu sudah menjadi satu kemestian sehingga beliau sanggup merantau ke mana saja mengusung ayam serama belaan.

‘‘Sudah lebih 10 tahun saya membela ayam serama dan menyertai pelbagai pertandingan di seluruh negara. Ia sangat menyeronokkan apabila dapat mempamerkan keindahan ayam yang kita pelihara,” katanya yang berasal dari Melaka.
Selain itu, katanya, hobi tersebut mempunyai cabaran tersendiri iaitu memelihara di samping menjaga dan membelai haiwan itu sehingga menjadi jaguh.

‘‘Malah kacukan juara ini juga sering dicari oleh penggemar ayam serama yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit,’’ katanya.

Katanya, seekor ayam serama mampu dijual pada harga sehingga RM6,000 mengikut usia dan baka.

‘‘Saya pernah menjual ayam serama jaguh dengan harga RM5,000 hingga RM6,000 seekor. Memang tidak dapat dinafikan perniagaan ayam serama ini lumayan tetapi saya hanya menjualnya kepada rakan dan saudara sahaja.

Seorang lagi peserta yang turut memenangi kategori juara dalam pertandingan tersebut, Amir Zayyani Zahari, 26, berkata, hobi memelihara ayam serama itu timbul setelah dihadiahkan oleh seorang rakan.

‘‘Mula-mula memang tidak berminat langsung walaupun banyak orang cakap hobi ini cukup menyeronokkan. Sehinggalah seorang rakan menghadiahkan saya seekor anak serama lebih setahun lalu.

‘‘Hobi ini memberikan kepuasan apabila melihat ayam serama milik kita jadi cantik dan seterusnya menjadi juara,” kata beliau yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM).

Amir berkata, membela ayam serama juga cukup mudah dan murah perbelanjaannya berbanding dengan memelihara burung atau kucing.

‘‘Untuk makanan saya hanya memerlukan belanja RM5 hingga RM10 saja seminggu. Tetapi apa yang penting adalah saya harus rajin menjaga dan membelainya,’’ katanya.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utusan.com.my    


Info: http://www.utusan.com.my

Pertandingan ayam serama !!

Pelancong asing tertarik melihat kecantikan dan keunikan ayam serama di Sutera Beach Resort & Spa, Merang, Setiu, baru-baru ini.
SETIU 9 Feb. - Kesenian, kecantikan serta keunikan ayam serama akan mula disemarakkan di Terengganu apabila beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama Sutera Beach Resort & Spa akan menganjurkan program itu setiap tahun.

Penganjuran kegiatan seumpama itu yang dianggap sebelum ini seolah-olah 'hidup segan mati tak mahu' akan memberi ruang kepada peminat ayam serama dari seluruh negara untuk mempamerkan kehebatan ayam masing-masing. 

Biarpun suatu ketika dahulu pemeliharaan ayam serama dimonopoli oleh golongan amatur tetapi sejak akhir-akhir ini haiwan yang mempunyai keunikan tersendiri serta pelbagai warna kini menjadi kegemaran profesional.

Bagi mereka dengan memiliki ayam serama yang mempunyai bentuk tubuh, sayap, kaki dan ekor yang cantik bukan sahaja menjadi satu kebanggaan serta keseronokan tetapi mereka sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit disebabkan seekor ayam yang beratnya kurang 500 gram.

Hal ini sudah tentu tidak menjadi kehairanan lagi apabila terdapat haiwan itu yang mempunyai pelbagai ciri istimewa harganya mampu mencecah sehingga RM80,000 seekor. 

Mengikut fakta, ayam serama merupakan ayam paling terkecil di dunia dan haiwan itu dipercayai berasal dari negeri Kelantan manakala namanya pula dikaitkan dengan nama watak wayang kulit iaitu Seri Serama.

Pada mulanya ayam serama juga dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik dan ayam hutan itu dijangka hidup antara tujuh hingga 15 tahun, menjadi peliharaan serta mainan anak-anak raja di istana.

Pengurus Besar Sutera Beach Resort & Spa, Malizan Abdullah memberitahu, pihaknya bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri (Perlancongan) dan Pejabat Kementerian Perlancongan Malaysia bagi menjayakan program itu.

Menurutnya, pertandingan kesenian serta kecantikan ayam serama itu yang turut mendapat kerjasama dari Persatuan Serama Negeri Terengganu bukan sahaja untuk menyemarakkan kegiatan itu sebaliknya ia juga akan menjadi aktiviti tahunan di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun buat masa ini terdapat pelbagai kegiatan lain seperti kesenian serta kebudayaan tetapi dengan penganjuran pertandingan ayam serama yang turut mendapat perhatian dari pelancong asing akan memartabatkan industri pelancongan.

"Biasanya apabila pertandingan ini diadakan ia akan disertai 400 hingga 500 peserta dari negeri ini termasuk negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Ini secara tidak langsung, mereka yang membawa keluarga akan menginap di beberapa hotel sebelum atau selepas menyertai pertandingan itu," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Malizan berkata, sebelum ini ada pihak lain yang menganjurkan pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama di negeri itu tetapi ia hanya melibatkan hadiah keseluruhan bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000.

Bagaimanapun katanya, dalam pertandingan yang diadakan baru-baru ini pihaknya dengan beberapa agensi yang berkaitan telah menyediakan hadiah yang lebih besar iaitu RM40,000.

Menurutnya, pertandingan tersebut disertai hampir 400 peminat serama dari merata negeri itu terbahagi kepada lapan kategori iaitu serama tanpa lawi, serama A, serama B, serama muda, remaja, induk, anak serama A dan anak serama B.  

Para pengadil ayam serama itu akan mengambil kira markah berdasarkan gaya ayam (25 markah), tubuh (15), ekor (13), sayap (7), kaki (5), ciri-ciri (4), kepala balong (8), warna (10) dan bulu (5).

"Kita bercadang menaikkan lagi hadiah itu daripada RM40,000 kepada RM50,000 dalam pertandingan akan datang dan jika tiada masalah kami akan menganjurkan program yang sama pada Mei 2010 depan," ujar Malizan.

Roky Best Of The Best!!

Chan Chin Chuan bersama Roky yang muncul johan pada pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama peringkat negeri Terengganu di Sutera Beach Resort & Spa, Merang, Setiu, baru-baru ini.



SETIU 9 Feb. - Ayam serama milik seorang jurujual, Chan Chin Chuan, 27, dipilih sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama peringkat negeri Terengganu yang julung kali diadakan di Sutera Beach Resort & Spa dekat sini baru-baru ini.

Kemenangan yang berpihak kepada ayam yang dinamakan Roky itu membolehkan Chin Chuan yang berasal dari Alor Setar, Kedah, membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Sutera Beach Resort & Spa, Malizan Abdullah.

Menurutnya, ayam yang dipelihara hampir dua tahun lalu itu dinamakan Roky atas sebab tertentu dan sebelum ini, ia pernah menjuarai tiga pertandingan di negeri lain.

Chin Chuan berkata, dia tidak menjangka Roky akan menjadi juara keseluruhan kerana banyak lagi ayam serama lain yang lebih hebat.

"Bagaimanapun, ini mungkin rezeki saya yang datang dari jauh ini,'' katanya.

Menurut Chin Chuan, Roky dibeli dari seorang penternak ayam di Dungun, Terengganu dengan harga RM1,800 semasa usianya hampir setahun.

Katanya, dia sangat menyayangi Roky dan tidak berhasrat untuk menjualnya walaupun ada yang menawarkan harga sehingga RM30,000.

"Saya sayangkan Roky kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding ayam serama lain milik saya dan kerana itu saya tidak berhasrat menjualnya," ujarnya.

Sementara itu, seorang peserta, Tuan Hassan Tuan Mat, 50, memberitahu, penganjuran pertandingan ayam serama seperti itu sememangnya diharapkan khususnya oleh para peminat ayam serama di negeri ini.

Menurutnya, menerusi program tersebut ia secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan peserta dari seluruh negara.

"Kita mencadangkan pihak kerajaan dapat menyediakan acara sampingan yang lain bagi menarik perhatian orang ramai semasa pertandingan ayam serama diadakan," katanya.

Ayam serama Zulkifli, Aiman muncul juara !!

Ayam serama milik Zulkifli Ariffin yang menjadi johan kategori A pada Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Antarabangsa di Pasar Minggu Kraf dan Flora di Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU 11 Okt. - Penyertaan sulung ayam serama milik Zulkifli Ariffin, 46, dalam Pertandingan Seni dan Kecantikan Ayam Serama Antarabangsa 2009 di sini semalam membawa tuah apabila menjuarai kategori A.
Selain Zulkifli yang merupakan penternak ayam serama, ayam milik pesara polis, Aiman Mat, 58, pula menjuarai kategori B (saiz lebih besar) dan mereka membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik.

Ayam milik kedua-dua peserta itu menewaskan beratus ekor ayam yang diperagakan dalam pertandingan anjuran Kelab Peminat Warisan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kelantan (Kerisma) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK) itu.

Walaupun pertandingan dibuka kepada penyertaan dari negara serantau, penyertaan cuma datang dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selatan Thailand.

Secara keseluruhan, lapan kategori dipertandingkan membabitkan 450 ekor ayam.

Hadiah kepada pemenang serta hadiah cabutan nombor bertuah yang keseluruhannya bernilai RM27,000 disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Kerisma, Shafii Ismail. 

Menurut Zulkifli, ayamnya itu pernah muncul sebagai johan kategori anak dalam pertandingan yang lepas namun kemenangan kali ini tidak dijangka.

''Kali ini tuah menyebelahi saya kerana walaupun pertama kali mencuba, ayam saya berjaya menewaskan juara dalam kategori muda tahun lepas," ujarnya.

Bekerja sepenuh masa sebagai penternak dan pembekal ayam serama, Zulkifli memiliki hampir 30 ekor ayam kategori A di rumahnya di Pasir Puteh yang dijual purata RM8,000 seekor.

Sementara itu, Aiman pula memberitahu, hobi memelihara ayam serama bermula sejak 2000 yang diakui kini mampu menambah sumber pendapatan apabila memelihara induk dan bapa ayam untuk tujuan pembiakan.

''Anak ayam kategori A dan B boleh dijual sehingga RM500 seekor dan selalunya dibeli oleh peminat tempatan termasuk dari Kedah," katanya.

Info: www.utusan.com.my

Iktiraf ayam serama sebagai ikon negara

Hasan Malek (tengah) bersama Ahmad Fauzi Mohamed memegang ayam serama semasa melawatMAHA 2010 di Tapak Maeps di Serdang, semalam. - utusan/Shaifudin Mohd Nor 













KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan disaran supaya mengangkat dan mengiktiraf ayam serama Malaysia sebagai ikon unggas negara kerana secara eksklusif ia hanya boleh didapati di negara ini sahaja.

Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, ayam serama Malaysia merupakan unggas yang istimewa kerana ciri fizikalnya yang cantik berbeza dengan unggas dalam kategori yang sama dan tidak wujud di negara lain.

"Ayam serama Malaysia bukan sahaja diminati oleh orang Melayu malah turut mendapat perhatian kaum lain kerana bentuknya yang berlainan dan istimewa berbanding ayam biasa.

"Selain itu, ayam serama Malaysia juga harus dipromosikan dengan lebih giat lagi kerana ia menampilkan konsep 1Malaysia apabila semua bangsa mula meminati unggas tersebut," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Sejuta Tandatangan Rakyat Malaysia dan pelancaran Buku Serama Malaysia Ayam Terkecil Dunia pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persekutuan Ayam Serama Sedunia Malaysia, Ahmad Fauzi Mohamed.

Kempen itu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak satu juta tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan supaya ayam serama Malaysia diiktiraf sebagai ikon unggas warisan negara dan sesiapa yang menurunkan tanda tangan akan menjadi ahli persatuan itu secara rasmi.

Mereka yang berminat untuk menurunkan tanda tangan boleh mengunjungi lokasi yang dikhaskan iaitu di Galeri Serama Malaysia dan Kedai Serama Malaysia di Ampang, Pusat Kraf Serama Malaysia di Jalan Conlay dan Galeri Seni Kraf Serama Malaysia di Damansara selain di Dewan B, Maeps sempena MAHA 2010.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, ayam serama turut mempunyai khasiat dalam bidang perubatan tradisional selain mampu menghasilkan 25 biji telur setiap bulan.

"Petua orang tua-tua di Kelantan dan Terengganu akan memakan ayam serama terutamanya pada setiap malam Jumaat kerana percaya pada khasiatnya yang tersendiri," jelasnya.

Info: www.utusan.com.my

Tuesday, December 14, 2010