~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, December 15, 2010

Roky Best Of The Best!!

Chan Chin Chuan bersama Roky yang muncul johan pada pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama peringkat negeri Terengganu di Sutera Beach Resort & Spa, Merang, Setiu, baru-baru ini.



SETIU 9 Feb. - Ayam serama milik seorang jurujual, Chan Chin Chuan, 27, dipilih sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama peringkat negeri Terengganu yang julung kali diadakan di Sutera Beach Resort & Spa dekat sini baru-baru ini.

Kemenangan yang berpihak kepada ayam yang dinamakan Roky itu membolehkan Chin Chuan yang berasal dari Alor Setar, Kedah, membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Sutera Beach Resort & Spa, Malizan Abdullah.

Menurutnya, ayam yang dipelihara hampir dua tahun lalu itu dinamakan Roky atas sebab tertentu dan sebelum ini, ia pernah menjuarai tiga pertandingan di negeri lain.

Chin Chuan berkata, dia tidak menjangka Roky akan menjadi juara keseluruhan kerana banyak lagi ayam serama lain yang lebih hebat.

"Bagaimanapun, ini mungkin rezeki saya yang datang dari jauh ini,'' katanya.

Menurut Chin Chuan, Roky dibeli dari seorang penternak ayam di Dungun, Terengganu dengan harga RM1,800 semasa usianya hampir setahun.

Katanya, dia sangat menyayangi Roky dan tidak berhasrat untuk menjualnya walaupun ada yang menawarkan harga sehingga RM30,000.

"Saya sayangkan Roky kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding ayam serama lain milik saya dan kerana itu saya tidak berhasrat menjualnya," ujarnya.

Sementara itu, seorang peserta, Tuan Hassan Tuan Mat, 50, memberitahu, penganjuran pertandingan ayam serama seperti itu sememangnya diharapkan khususnya oleh para peminat ayam serama di negeri ini.

Menurutnya, menerusi program tersebut ia secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan peserta dari seluruh negara.

"Kita mencadangkan pihak kerajaan dapat menyediakan acara sampingan yang lain bagi menarik perhatian orang ramai semasa pertandingan ayam serama diadakan," katanya.

No comments:

Post a Comment