~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, July 25, 2011

Sembang Serama: Terima Kasih Pihak Penganjur!





Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Untuk update blog kali ni, SPB nak ucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada para penganjur Pertandingan Kecantikan Ayam Serama tidak kira Bon besar mahu pun kecil. Bukan nak bodek tetapi sekadar memberi semangat kepada pihak pengajur agar dapat terus memberi sumbangan yang berguna kepada komuniti peminat ayam serama. SPB pernah bertanya kepada Otai mengenai penganjur pertandingan, bagaimana sekiranya ia dibuat setiap minggu. Dan jawapannya agak memeranjatkan jugak... katanya "Bukan tak nak buat selalu, tetapi ada ke orang yang nak datang nanti??" 

Bila difikirkan tentang kos para peserta yang nak datang ke BON kadang-kadang agak memang logik jawapan otai tadi, kena pulak game tengah bulan memang nahas... ayam pulak tengah banyak, yang galak dua tiaga ekor pun... kalau game kecik RM30 kali 3 dah berapa... belum kos duit minyak dan melantak(makan) sebagainya, fuh kalau tak bawak balik hadiah kadang-kadang berpeluh jugak... kena pulak orang rumah tanya bawak balik ape kali ni !!! hehehe... pandai2 lah yerr.

Tapi begitula adat pertandingan yerr dok?? ada kalah dan ada yang menang... bermain dengan minat ni nak kata apa. Cuma SPB dapat lihat sinario sekarang ini dah banyak penganjur yang mula mengorak maju setapak lagi bila rata-rata penganjuran telah ada cendera hati pertandingan iaitu berupa sijil penghargaan, kiranya ada sijil sehingga tempat ke-10, SPB rasa ianya boleh menjadi sedikit pengubat duka.... Selalunya hadiah saguhati setakat no 6-7 jadi bila ada sijil tu rasanya boleh la juga di buat kenangan. hehehe

Namun mungkin ada juga yang tak menyokong pekara ni.... apa pun terpulanglah kepada empunya badan tapi kalau SPB dah orang kasi sijil ambik jerr lah... biar bekapok bawah katil ape ade hal... Bagi pemain baru macam SPB ia akan menjadi dorongan untuk terus memajukan diri serta menaik taraf ayam untuk lebih maju kehadapan. Kadang kalau takda game rasa malas nak uruskan reban, tapi bila ada game yang terdekat macam suis automatik pulak... cuti jerr memang dalam reban la jawabnya hahaha... itu belum cerita bab becakap dengan ayam lagi...  memang begitu lah kalau ada game yang terdekat.

Tapi bukan semua orang macam tu... Ada yang sekadar buat breeder jerr, bab main game ni dia tak berapa minat nak join, ada yang sekadar membela suka-suka je... apa-apa pun terpulang kepada diri sendiri tepuk dada tanya selera, namun bagi SPB sendiri sebenar-benarnya disamping minat dan hobi yang utama adalah mencari lebih ramai kenalan... walaupun ada yang tak suka dengan kita, tapi bersangka baik sahaja... demi kesejateraan bersama... bukan semua orang kita boleh nak puaskan hati yerr dok??? 

.. oh ya untuk semua penganjur dan Urusetia pertandingan SPB nak tabik spring diatas usaha anda selama ini... Jutaan Terima Kasih SPB ucapkan, semoga dengan adanya lebih banyak penganjuran seperti ini Hobi Ayam Serama akan kembali seperti zaman kegemilangnya... malahan menjadi lebih terkenal dari dahulu dan secara tidak langsung ia menjadi industri yang menjanjikan pulangan lumayan kepada para penternak khususnya.

Wallahuallam..........
Jumpa lagi... bye...bye!!





Wednesday, July 20, 2011

Game Perlis !!! 30 Julai 2011


Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama anjuran Kelab Peminat Serama Perlis

Pertandingan bon kecil di Perlis anjuran Kelab Peminat Serama Perlis

Tarikh : 30 Julai 2011 ( sabtu )
Tempat : Tapak Pasar Tani ( FAMA ) Pekan Simoang Empat. Perlis
Penyertaan : jam 10 pagi - 1.00 tghari

Yuran penyertaan : RM 30

Kategori Yang Dipertandingkan

1. Serama anak A ( bawah 100gm )
2. Serama anak B ( bawah 140gm )
3. Serama remaja
4. Serama muda
5. Serama A
6. Serama B
7. Serama tanpa lawi
8. Serama induk / Betina

Hadiah

Johan : RM 120.00
N.Johan RM 90.00
Ke 3 : RM 80.00
Ke 4 dan seterusnya barang elektrik dan hamper

Bonanza RM 300 : 1x cabutan
Cabutan bertuah : Rm 100 = 1x cabutan
RM 50 = 2x cabutan
10 hamper

Syarat-syarat pertandingan

1- Hadiah saguhati 30% dari penyertaan setiap kategori
2- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kematian atau kerosakan disebabkan menyertai
pertandingan ini
3- Keputusan pengadil adalah muktamad

Hubungi
1- Fauzi = 0174205616
2- Hadi PKENPS = 0194885238
3- Pon = 0124511245
4- Own = 0125449884
5- Ghani kraftangan = 0194176090


Mari kita bersama-sama memeriahkan lagi acara ini.... demi memartabatkan kesenian warisan kita di mata dunia.
Terima Kasih !!! 


Tuesday, July 19, 2011

Tips ! Penjagaan Ayam Serama

 Highly Recommended Product !!!

Assalamualaikum... dan salam sejahtera.

SPB banyak menerima msg dan panggilan telefon bekenaan ubat yang harus digunakan untuk penjagaan ayam serama. Sebenarnya SPB adalah sedikit pengetahuan berkenaan ubat-ubatan dan vitamin yang digunakan untuk kesihatan ayam tetapi tidak di tahap pakar jauh sekali doktor... cuma sedikit pengatahuan bila disyorkan oleh kawan-kawan sesama hobi. Disini ada sejenih ubat vitamin yang digelar One drop Persona (PPD) yang saya rasa amat bekesan untuk diberikan kepada ayam kesayangan kita, untuk ayam lebih form  dan cepat galak...serta untuk memanaskan ayam.

Untuk Tips kali ni SPB syorkan produk dari Rahman Persona

Ada 2 produk Persona Serama Farm...yang dalam balang bertutup merah tu adalah makanan serama bermutu tinggi yang namakan "Special Persona", di adunkan makan tersebut khas untuk ayam2 serama yang diletakkan seekor-seekor untuk bertanding, bahan asas makan tersebut adalah dari bijirin biasa untuk ayam dan dicampurkan multivitamin dan mineral.


Special Persona adalah untuk :
1) Ayam tidak menjadi gemuk
2)Ayam lebih galak
3)Najis kering dan kurang berbau
4) Bulu ayam serama lebih berkilat

Special Persona seeloknya di beri seiringan dgn satu lagi produk Persona Serama Farm Iaitu "Persona Power Drop"(PPD),yang botol nya macam eyemo tu.... telah mengunakan PPD ni hampir 2 tahun sebelum di komersialkan, ianya telah mendapat respon yang baik dari pembeli,antara khasiat PPD ialah:

1) Ayam lebih galak,balung lebih merah
2) melindungi ayam dari terlalu mudah dijangkiti penyakit
3)Ubat untuk ayam yang nampak pucat
4)Boleh membantu memulihkan ayam betina yang bertelur lembik.

PPD juga mudah digunakan,boleh dititis terus kedalam mulut ayam atau campur dgn air mnuman.
Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh la hubungi :

Rahman Lang Persona
012-3874898 

Bye...bye...!!

Monday, July 18, 2011

Peon Pembaka kasanova...


Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Hari ini SPB nak Update blog cerita pasal pembaka utama Peon yang telah selamat di letakkan bersama, gundik-gundik pilihan yang mana pernah melahirkan banyak anak-anak yang berpotensi... antaranya baka besi buruk dan Tok Uban (kelantan dan terengganu......). kita lihat macam mana baka peon keluar nanti....!! Dengan keluasan reban 5x4 kaki persegi diharap dapat melahirkan baka terbaekkk!!! Insyaallah.


Makin Bergaya bila diletakkan bersama ibu-ibu berdada besar..... Gataiii.!

Tu dia.... dada bidang...!



Ini salah seekor anak peon dengan baka Besi Buruk ... ramai yang kata anak tino... ! tino pun SPB okey je!!! Untuk tatapan umum saje....!

Bye...bye...!


Thursday, July 14, 2011

Blackbird terkini....!

Antara Ikon Laman Serama Parit Buntar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Okey, update gambar terkini Blackbird sebelum ke Bon Ipoh Alahamdulilah ada lekat nombor dalam Kategori ABS memandangkan bulu ekornya yang luruh satu... namun berpuas hati dengan markah gaya 22.5 Lonjak, lempar sayap dan ketar leher antara senjata utama Blackbird biarpun assesori tak berapa lengkap.. SPB bersyukur penampilan kali kedua membuahkan hasil selepas d' Alor Star. Well done Blackbird !!!






Video yang sempat dirakam sebelum ke Bon Ipoh Perak ..... Maaf gambar senget mungkin kalau dapat download baru puas nak tengok!!! hehehe

Bye...bye!!



Tuesday, July 12, 2011

Game d' Ipoh Bhg. II !



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......

Sedikit sambungan cerita d' pertandingan Bon Ipoh 9/7 yang lalu......

Alhamdulilah cuaca pada hari itu cerah biar pun ada sedikit hujan di sebelah petang namun tidak menggangu perjalanan pertandingan kerana ianya di adakan dalam Dewan... So semuanya berjalan lancar. Cuma ada sedikit komen dari sesetengah peserta yang menyatakan agak sukar untuk mencari lokasi memandangkan tiada papan penunjuk  arah mahu pun poster di tempat pertandingan.. Jadi SPB rasa jika diadakan sekali lagi diharap pihak penganjur dapat memikirkan alternatif supaya para peserta tidak tawaf stadium 2 - 3 kali hehehe... mungkin banner salah satu cara yang sesuai, di samping dapat menarik minat pengunjung dari luar dewan.

Ada juga sebahagian peserta berpendapat kalau diadakan tempat tertutup macam ni, mesti kurang sambutan dari pengunjung luar, mungkin penganjur kena promosi lebih sikit... baru nampak lebih meriah. SPB dapat rasakan kehadiran pengunjung luar agak kurang pada hari itu. Pertama mungkin faktor kawasan yang agak jauh dari penglihatan orang awam dan yang kedua macam yang disebutkan di atas tadi mungkin kurang promosi. Apa pun SPB berharap pihak penganjur mungkin dapat memperbaiki kelemahan itu... memandangkan 1st timer, SPB kira well done job.

Apa pun itu dari kaca mata SPB dan segelintir peserta... harap tak terasa pulak... maklumlah SPB pun tak pernah buat Game... hehehe entah-entah lagi teruk daripada itu. Tapi Insyaallah kalau berkesempatan SPB memang nak buat game di Parit Buntar..... masa tu nanti, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Maklumlah orang kata cakap senang la... guna air liur jer... tapi bila nak tunaikan pekara tu baru tahu..  yerr dok??

Okeylah.. SPB ucapkan selamat Maju Jaya kepada Pihak Warisan serama negeri perak dan semoga Industri Ayam Serama akan terus bersinar dan berkembang pesat seperti zaman di era-90an malah mungkin lebih menyinar lagi.


Sedikit sorotan Gambar para pemenang di hari pertandingan.....






Cikgu Lah Vistana, kategori Remaja (BOTB)




Broter Mie Kebab Induk




Mizi kategori ABS

Wakil Dee Pinang Tunggal Kategori Muda (Zul tok bidan)


Ajon SBD kategori A


Geng Ipoh pun ada Nombor okey!!!




Geng KL pun ada jugak....!

Hahahha... interframe Blackbird pun ada okey!!!!


Okeylah sampai disini dulu untuk kali ni.... berjumpa lagi untuk game seterusnya.....! SPB menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya terlajak taip atau menyinggung mana-mana pihak... untuk itu jumpa lagi!!

Bye...bye!!!



Monday, July 11, 2011

Game d' Ipoh Anjuran Warisan Serama Perak Bhg.1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Bertemu kembali untuk review game di Ipoh Perak. Game kecil yang di anjurkan oleh kelab Warisan Serama Perak yang dibarisi oleh pemuda-pemuda belia yang begitu segak begaya... rata-ratanya muda belia serta berpengetahuan begitu luas dalam hobi ini, ada di antara mereka ini telah berbelas tahun pengalaman dalam kesenian Ayam Serama ini... tidak hairan jika kita lihat mereka begitu bersahaja menganjurkan pertandingan Kecantikan Ayam Serama walaupun Game kecil namun dianggap berjaya dengan jumlah sebanyak 150 penyertaan ini sudah memadai bagi kelab ini memulakan langkah pertama untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan mungkin di peringkat Kebangsaan siapa tahu. Dan dengarnya mereka telah pun bercadang untuk menganjurkan game yang lebih besar pada 3hb Disember nanti begitulah apa yang telah diwawarkan kepada kami di Ipoh SPB ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.

Sedikit sorotan gambar d' game Ipoh...



Iya... Sri Palas Nama diberi, Kepunyaan Cikgu Lah Vistana (on record BOTB KL)
Ayam Kategori Remaja.



Gaya Otai bejalan... ai...ayam blom tanding dah bawak balik hemperr... hehehe


Geng Serama Barat Daya pun ada....!! (SBD)


Bisnes apa ni..... !!! ada oder kut..(Dee, Lebai dan Aiman SU)

Minor surgery... untuk ayam yang ada masalah kecil.


Dari sudut pandangan atas tempat duduk penonton...







Menanti acara pemberian hadiah serta cabutan betuah...


Gambar pemenang BOTB Cikgu Lah Vistana (baju biru), serta ahli jawatankuasa Kelab Warisan Serama Perak.


Bersambung............ bye bye!!!


Wednesday, July 6, 2011

Sembang Serama: Ayam Champion!!

  Sekadar gambar Hiasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Semoga para pembaca blog dalam keadaan sihat hendaknya....... okey untuk posting kali ni SPB ada menyuarakan hasrat untuk bercerita tentang perjalanan game yang mana selalunya lambat nak habis walaupun setengah game tu ayam tak sampai 200 sangkar pun tapi dia punya time habis nak menunggu hadiah bonanza pehhh bukan main lambat nak siap...

Selalu bermain difikiran SPB... kenapa Bon game kecil habis lambat,...? Okey! iya la... kalau game besar mungkin logik... kita faham, pasal ayam banyak... tapi SPB perhatikan game kecil pun balik lambat jugak..... ape ceritanya??? Itulah persoalan yang SPB nak sangat tanya pada Otai-otai serama..... dan untuk itu SPB ada jawapannya... 

Arakiranya SPB sempat bertanya kepada orang lama pasal isu di atas macam mana benda camgini boleh terjadi, sambil tersenyum otai lama berkata "biasa la... ayam elok-elok semua nak masuk last minit macam hero hindustan la....." katanya memecah bicara.

SPB bertanya lagi "patut ke bagi ayam yang lambat masuk tu menang?? macam mana pulak bagi ayam yang dah lama menunggu dua tiga jam... dalam gelangang, kadang-kadang tu tengah panas lagi.... tak ke ayam tu kurang perform atas meja???"

Otai... terdiam....! Sambil senyum hambar otai berkata: " itu la... strateginya......!"

Ia bagi saya cara logiknya... ayam dah duduk dalam sangkar dalam tempat panas dua tiga jam... pastu nak begaya atas meja dalam tempoh masa seminit... fuh..!!. memang payah... kira kalau menang memang ayam hebat la.. kan..kan!!!!

Kata otai lagi isu ni kita dah bincang dari dulu lagi.... kadang kita tengok memang tak adil ! bila ayam peserta yang duk tunggu lama.. pastu dapat markah boleh tahan satu list keluar ayam dah ada nombor..... sejam dua lepas tu tiba-tiba datang lagi satu list... ayam terus takde nombor... terkeluar ke laut terus... ayam member kita tadi langsung tak dak  dalam top ten list pun.... kadang kita tengok kesian pun ada. Abis ayam yang elok-elok semua pakat duk masuk lambat... kadang tu dah tutup penyertaan pun tak bawak masuk lagi.... ada lagi bagus dah habis kira markah dah pun, tup tup.... ada lagi satu list.. tengok semua bagus punya result... nak kata apa???

SPB: "abis tak kan macam tu je sampai bila.. bila???"

Otai: "ha... macam tu la kalau duk tengok sampai sekarang ni....." hehehe

SPB: "Takda apa yang boleh kita buat ke?"

Otai: " benda ni kami ada duduk bincang tapi senyap ja takda apa kata putus atau perubahan....."

SPB: "Buat macam mana tu???"

Otai: " Dulu kita bincang.... untuk bagi adil dan cepat game habis kita buat satu undang-undang dalam sistem permarkahan... kita nak bagi peserta cepat masuk antar ayam masuk gelangang, kita buat sistem pemotongan markah bagi mereka yang lewat hantar ayam... tak kiralah depa sengaja ka atau memang datang lewat ka... kita potong markah...! Kita potong satu atau dua markah... kalau buat macam tu insyaallah kita boleh ubah fenomena ni.... "

SPB: "ishhh dua markah banyak tu......!"

Otai: ha la.... kalau buat macam tu baru kita tau ayam sapa hebat..... sama-sama duduk dalam khemah dua tiga jam... baru adil....!! 

Dari sembang-sembang kosong dengan otai tadi SPB dah pun dapat satu lagi pelajaran... yang SPB rasa bagus untuk dikongsi bersama. Untuk makluman semua Otai kita tu pun dah selalu buat penganjuran game jadi dia pun rasa elok kalau benda ni dilaksanakan... kerana ia  adil bagi semua.
 
Kalau betul-betul ayam hebat... sama-sama kita berpanas..... kita tengok ayam sapa hebat di meja!!!

(harap takde siapa nak marah pulak SPB cerita isu ni....) demi memartabatkan Pertandingan kecantikan Ayam Serama... kalau rasa sesuai boleh pakai.. kalau tak... biarkan luncai dengan labu nya... OK! peace... 

Bye..bye!!





Tuesday, July 5, 2011

Kemana Arah Tuju Ayam Serama Malaysia???


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Sebagai pembuka kata, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu
sekiranya susun kata saya kurang disenangi oleh pihak pihak tertentu.

Kemana Arah Tuju Serama Malaysia ..?? Persoalan ini selalu berlegar

didalam fikiran saya sejak akhir - akhir ini, bila memandangkan minat
rakyat Malaysia terhadap Ayam Serama ini. Kebelakangan ini dapat
dilihat dengan jelas bahawa hobi membela Ayam Serama ini telah
menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan yang amat
lumayan kepada beberapa induvidu. Orang ramai berduyun duyun membeli berbagai bentuk rupa Ayam Serama dan disaat inilah pihak pihak yang berkepentingan mengambil kesempatan menggaut keuntungan diatas kegilaan orang ramai terhadap Ayam Serama.

Disini saya ingin mengajak pembaca pembaca semua merenung kembali,
dimanakah taraf atau "standard" Ayam Serama kita ..? Macam manakah rupa bentuk sebenar Ayam Serama itu sendiri, saya rasa sehingga saat ini belum ada lagi satu piawaian yang betul - betul boleh kita pakai bagi memperakui bahawa itulah bentuk sebenar Ayam Serama. Kalau ditanya kepada orang ramai bentuk sebenar Ayam Serama, kebanyakkan nya akan berkata ayam tersebut mestilah kecil dan ringan serta mendada, ekornya mencecah kepala, kokoknya nyaring dan pendek (tidak mendayu) ... tapi betul kah kenyataan tersebut ?? Saya pasti tidak seorang pun berani mengatakan itulah dia "standard" atau piawaian Ayam Serama sebab kalau silap-silap haribulan Ayam Bhara, Kapan malah Katik pun kalau diubahsuai serba sedikit akan menepati ciri-ciri yang dinyatakan diatas tadi walaupun tidak 100%. Bagi orang yang baru menceburi bidang ini atau yang kurang faham sudah tentulah akan tertipu.

Pada pendapat saya, sekarang ini kita mestilah perlu duduk berbincang

tidak mengira dari persatuan mana sekali pun bagi mencari kata
sepakat apakah "standard"/piawaian yang perlu kita gunakan. Mungkin
kita boleh merujuk kepada beberapa model yang terkenal buat masa ini
untuk kita jadikan rujukkan. Pihak berkuasa seperti Jabatan Haiwan
Malaysia bolehlah memainkan peranan yang lebih pro aktif dalam
menjayakan cita - cita ini. Apabila sudah mendapatkan kata sepakat,
maka setiap peminat diMalaysia ini mestilah mematuhinya setiap
peraturannya dan diharap dimasa akan datang tidak adalah lagi Ayam
Bhara pun dipanggil Ayam Serama.

Contoh mudah yang boleh saya berikan (contoh ajer ni !!) ... baka

Ayam Serama , sehingga kini katakan ada 3 jenis baka terpilih iaitu Darah Hijau/Merak, Darah Merah & Rinting Murai .... jadi bolehlah kita gunakan ini sebagai salah satu daripada jenis Ayam Serama. Lepas itu kita ambil pula baka dari Hussin Kijang yang lebih terkenal dengan baka 2000 dan begitulah seterusnya. Pilih baka - baka yang telah diakui hebat dan iktiraf kehebatan tersebut. Cara ini samalah juga pada kes kucing maupun anjing, buat masa ini kita ada kucing Parsi, Siam dan lain-lain lagi begitu juga dengan anjing ... kita ada baka Bulldog, German Sharperd dan lain lain. Kalau Bulldog dikawinkan dgn G. Sharperd maka anjing itu bukan lagi baka BD atau GS begitu jugalah Ayam Serama baka Darah Hijau kalau dikawinkan dengan baka 2000 .. kita tidak lagi boleh mengatakan ayam itu baka tulin salah satu baka tadi.

Jadi cara atau garis pandu yang jelas perlu juga ada didalam
memperakui satu satu baka itu. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti baka baka serama yang sepatutnya maka pada masa itu nanti setiap pertandingan Ayam Serama hanya akan mempertandingkan kategori baka-baka tersebut saja. Pada saya itu lebih adil sebab pada masa ini berbagai jenis baka dipertandingankan bersama, hanya berat saja yang membezakannya. Setiap baka ada kelebihannya seperti baka Darah Hijau Mat Awang suka mengangkat kaki sebelah ketika sedang beraksi tetapi bagi baka 2000 Hussin Kijang pula suka memperagakan dadanya sebesar yang boleh. Kalau saya adalah pengadil pada masa itu, sudah tentulah saya akan memilih baka Darah Hijau sebab saya lebih berminat pada aksi sedemikian padahal aksi kedua dua baka tersebut mempunyai kelebihannya masing masing. Bukankah itu kurang adil bagi pemilik baka 2000 ..?

Tetapi kalau kita letakkan sesuatu kategori itu berpandukan baka ayam

tersebut maka kita bolehlah membuat garis panduan yang tetap bagi
setiap baka itu, jadi kalau ada yang menggatal pemilik baka 2000 nak
masuk kategori baka Darah Hijau .. dia terpaksalah mengikut garis
panduan pengadilan untuk baka Darah Hijau dan begitulah sebaliknya.
Saya rasa ini penting bagi mengelakkan ketidak ketelusan atau mungkin kekeliruan yang terjadi didalam pertandingan - pertandingan Ayam Serama sekarang ini. Cubalah saudara - saudara lihat didalam
sebarang pertandingan Kucing Cantik .. mereka mengasingkan kucing -
kucing yang masuk bertanding mengikut baka kucing tersebut, bukannya berat kucing tersebut.

Kita memang perlu melakukan sesuatu, tidak boleh lagi berdiam diri.

Saya takut suatu masa nanti, kalau kita tidak menjaga kazanah ini
(Ayam Serama), pihak lain (negara lain) akan menceduk baka - baka
terpilih ini dan memperakui bagi pihak mereka. Jangan terkejut suatu
hari nanti (kalau kita masih berdiam diri) baka Darah Hijau Mat Awang
adalah Ayam Serama Amerika Syarikat ...!!! Ini bukan kata - kata
kosong malah telah banyak produk atau khazanah yang asalnya dari
negara kita telah di hakmilikkan oleh negara lain.

Satu langkah yang lebih praktikal mesti kita lakukan terutama pada

pihak - pihak yang berwajib, sekurang - kurangnya bagi mendraf satu
piawaian khas sebelum kita mengiktiraf satu - satu baka terpilih itu
sebagai Ayam Serama Malaysia. Satu tindakan yang drastik juga perlu
dilakukan bagi membezakan diantara Ayam Serama dengan Ayam Baharu. Ini perlu kerana sudah terlalu banyak/ramai peminat - peminat serama yang terkeliru akan berbezaan kedua dua jenis ayam ini.


Saya harap semua pihak yang terlibat didalam bidang ini sama ada di

pihak berwajib seperti Jabatan Haiwan Malaysia dan juga persatuan -
persatuan Ayam Serama yang banyak di Malaysia ini dapatlah memulakan langkah - langkah yang difikirkan perlu didalam untuk kita mencapai pengiktirafan dunia terhadap Ayam Serama kita. Jangan dilepaskan khazanah kita ini, hargailah dan berbanggalah kerana kita mempunyai anurgerah Tuhan yang tidak ternilai ini.

Sekian, terima kasih.
(diambil dari sumber internet) 

 

Sunday, July 3, 2011

Game D, Keramat... KL memang Keramat!!

Assalamualaikum dan dalam sejahtera...

Gambar Hiasan

Terlebih dahulu SPB minta maaf pada sahabat-sahabat yang rata-rata mahukan info terkini game di KL namun SPB sudah berusaha untuk menyiapkan diri untuk datang ke BON KL salah satu menu game Utama dan Besar pada tahun ini, namun apakan daya kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukannya... di hari terakhir persiapan ada kesulitan dan tugasan yang lebih penting terpaksa SPB selesaikan dan dengan berat hati terpaksa SPB batalkan niat untuk ke BON KL pada kali ini.

Maaf sekali lagi kepada sahabat-sahabat yang ada berjanji dengan SPB untuk berjumpa nampaknya masih belum berpeluang kita bersua muka.

Namun begitu.. blog SPB tetap kena update walaupun tak dapat hadir masih ada cerita yang dikirimkan oleh sahabat2 dari sana, dan sekadar berkongsi maklumat apa yang bolehlah SPB ceritakan....adalah.

Untuk Game kali ini ianya diadakan di Taman Dato Keramat tempat yang pernah SPB buat review ke BON KL sebelum ini, namun kali ini khemah didirikan di tengah padang dan dengan suasana Game besar memang meriah dengah jumlah pendaftaran penyertaan ayam hampir 400 ekor... dan wang pendaftaran rm45, memang berbaloi.

Untuk Game kali ini ayam yang Di nobatkan sebagai  BEST OF THE BEST (BOTB) adalah kepunyaan Cikgu Lah Vistana dari Alor Star kalau nak tengok gambar ayam sila ke blog sahabat saya Serama Jalan Day Ayam yang diberi nama Sri Palas. Ayam kategori Remaja! (memang berpotensi besar)

Apa yang di ceritakan oleh sahabat lagi, game kali ini memang fight (sengit) empat Kategori utama iaitu Muda, Remaja, ABS dan Induk dengan jumlah penyertaan yang agak banyak serta muka-muka lama yang bertanding menghangatkan lagi BON Besar kali ini.

Tapi dengar ceritanya suasana berlangsung memang panas mana taknye khemah tengah padang... memang panas yerr tak?? hehehe

Apa-apa pun tahniah SPB ucapkan dan SPB pun tak boleh nak komen banyak disebabkan kita pun tak berada di sana, namun kalau lokasi itulah yang dipilih... SPB rasanya parking memang penuh sesak. Mungkin SPB rasa tempat Kompleks Muhibah Kg Pandan Selangor adalah yang terbaik untuk game sebesar itu, namun seperti yang SPB katakan diawal tadi,  kita hanya merancang namun tuhan yang menentukannya.... 

Akhir kata  Sejuta tahniah SPB ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menyudahkan apa yang dirancang walaupun dalam keadaan yang genting dapat juga dilaksanakan dengan baik, GOOD JOB BRO!!






Friday, July 1, 2011

Penggumuman Penting... peringkat Merah!!!!

Akum dan salam sejahtera 1 Malaysia, Disini Ss ada kabar berita bt player2,peminat2 dan sewaktu dgn nya,oleh kerana terlampau byk sgt call/sms  yg Ss terima,jadi Ss terpaksa post kan jawapan yg ditanya oleh anda do blog Ss saja,Ss baru saja mendapat makluman dari pihak penganjur ( SERAMA DE AMPANG) Dimaklumkan pertandingan ayam serama BON KL pada esk hari 2/07/2011 SABTU  telah menukar lokasi dari komplek muhibbah ampang ke Taman Tasek Dato Keramat oleh kerana pada sebelah malam ada majlis kerajaan negeri akan berlangsung..oleh itu pihak penganjur terpaksa menukar lokasi ke taman tasik dato keramat..harap maklum

untuk keterangan lanjut sila hubungi en Hairy seramadeampang   013-3949704

(Di ambil dari Blog Serama SiRimsS)