~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, August 1, 2014

Serama 2014



            Assalamualaikum dan salam sejahtera... dan selamat Hari Raya juga saya ucapkan kepada sahabat semua memandangkan hari ini masih dibulan syawal. Agak lama juga SPB tidak ada postting baru, memandangkan ayam direban juga dah semakin kurang setelah di jual dan upgrade... ditambah pula bulan ramadhan ni anak-anak ayam agak kurang menjadi bila 2 induk mengeram hanya dapat 3 ekor yang menetas, apa pun syukur kerana induk pembaka semua masih sihat dan dapat meneruskan legasi serama PB.

Sebenarnya, takde apa yang nak di coretkan hanya nak postting gambar serama yang sempat di simpan dan ada juga sudah di booking sahabat ... Alhamdulillah bulan Ramadhan yang lepas banyak juga yang berminat nak bawa pulang baka SPB untuk buat mainan petang-petang. Terima Kasih SPB ucapkan kepada semua yang sudi membeli ayam serama dari reban SPB.

30hb nanti insyaallah ada Game  yang akan di adakan di Alor Star. Lokasi masih belum pasti tapi tak sabar rasanya nak turun ke game untuk berjumpa sahabat serama yang lain setelah agak lama berehat sempena bulan puasa.

Apa-apa pun SPB sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat sama ada yang lama atau baru sekiranya ada silap dan salah mohon dimaafkan.

 Cucu kepada peon, ekor muda tak siap2 lagi harap-harap boleh berjasa nanti.


 Reserve untuk buat baka.... Aje!!



 
Remaja.... boleh la buat main petang2.



okey geng... jumpa lagi di lain postting!

Selamat Hari Raya