~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, December 27, 2012

Game Serama 23/12 Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 
Mat ghaddar

Bertemu lagi dalam review pertandingan ayam serama yang telah di anjurkan oleh kelab Warisan Serama Perak yang telah diadakan di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak pada hujung minggu yang lalu....

Penyertaan pada kali ini agak kurang memberangsangkan sedikit ini mungkin berikutan petukaran tarikh menu yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu iaitu 22hb dan terpaksa di tunda kepada 23hb sehari lewat disebabkan masalah teknikal dalaman. Biar pun begitu sebanyak 217 penyertaan telah direkodkan dan boleh dilihat hampir setiap negeri ada menghantarkan wakil untuk penyertaan kali ini. Tahniah kepada semua pengemar kesenian ayam serama Malaysia kerana sambutan yang diberikan. 

Semua acara berjalan dengan jayanya... penyertaan ayam dalam kategori A dan B juga di lihat mempunyai peningkatan berbanding Bon sebelum ini di Shah Alam, ini mungkin kerana game kali ini adalah  Bon besar jadi penyertaan juga memang dijangkakan lebih.

sedikit Foto dari lensa SPB...

Geng Penang...











BOTB Ara

Okey kali ni Johan untuk "Best Of The Best" adalah dari Kategori B, pesaingan sengit diberikan dari ayam kategori remaja dengan keputusan 3-2.
Okey sedikit sahaja review buat kali ini.. memandangkan Bon kali ini adalah menu Bon yang terakhir pada tahun 2012 ini jadi SPB ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan Azam yang baru.. semoga cita-cita dan azam sahabat-sahabat semua telah tercapai dan terlaksana, Bagi SPB pula tahun 2012 rekod yang cemerlang dalam dunia serama dan diharap pada tahun-tahun mendatang Reban Serama Parit Buntar dapat melahirkan lebih banyak anak-anak serama yang berbakat. Akhir kalam dari SPB majulah Hobi serama di seantero dunia, semoga pengiat hobi ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukwah sesama insan didunia... Peace yo!!


_____________________________________________________________

Update sedikit hasil reban!!! 

Jualan Hujung tahun terrr "FOR SALE"

                           Anak -anak Peon dengan ibu tumpang... ada 5 ekoq lagi Alhamdulillah...!













Anak-anak Ara




Anak kuning pun ada... okeys!!!


Jumpa lagi update tahun depan Inshaallah ! Bye...bye






Thursday, December 20, 2012

Review Game Shah Alam !! (Ayam Serama)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 KUMKUM

Bertemu kembali dalam ruangan review ayam serama, kali ni SPB nak bercerita tentang game di Shah Alam dan ada serba sedikit corat-coret SPB ketika berada di BON kecil ini berlangsung.


Penyertaan bagi BON Shah Alam kali ini sebanyak 120 penyertaan standart game kecil, macam gini jerr puratanya ... namun kalau melebihi 150 adalah suatu pencapaian yang sangat baik. Apa-apa pun game di Shah Alam memang grand di tambahkan lagi dengan 1 penyertaan baru iaitu acara Raja Kebas/kibas,

 Acara Raja Kebas/ kibas buat julung kalinya di adakan pada kali ini nampaknya memberikan impak dan dimansi baru dalam dunia ayam serama di tanah air, dari kaca mata SPB acara ini patut diadakan selalu kerana pertandingan Raja kebas/kibas ayam serama ini merupakan satu tarikkan yang unik kepada para pengunjung selain beri peluang kepada peserta men-joki ayam seperti acara BOTB. Cuba anda bayangkan para joki ayam serama masing-masing bertepuk dan bertempik kuat memberi semangat dan perangsang kepada ayam jagohan mereka untuk terus bekibas ia memjadikan khemah pertandingan menjadi gamat-gempita dan secara tidak langsung menarik perhatian ramai pengunjung expo pada hari tersebut. Cuma SPB nak komen sikit lah... kalau boleh ayam yang nak masuk bertanding acara ni sekurang-kurangnya bagi mandi lah dulu yerr... bukan apa mungkin ada orang-orang baru yang berminat nak bermain ayam serama tapi bila lalu tengok ayam tak berseri tak best la kan.... ayam berlunjur takpa... janji cun hahaha.... acanerr tu??? okey untuk game kali ini sebanyak 15 penyertaan telah diterima oleh pihak penganjur... syabas SPB ucapkan kepada pemenang dan juga pihak penganjur keep it up!









Okey dari acara raja Kebas/kibas acara lain turut di tambah adalah induk remaja apa pun acara ini bukan lah pekara baru so SPB takde nak highlight sangat lah kan... Selain itu ada sedikit perubahan dalam format pemarkahan dalam semua acara kalau tak silap SPB kena tengok semula lah... kalau anda peserta ada perasan... dalam acara kategori Muda SPB perasan markah di kurangkan dalam kolum gaya dan beberapa kolum lagi selain itu susunan kolum juga berubah jadi SPB ada risik-risik juga kenapa format biasa ini diubah? so... kata penganjur ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan penipuan atau pengadil berat sebelah.... so sejauh mana keberkesananya SPB masih belajar... jadi jangan tanya SPB kena tanya pihak penganjur.... Okeys!

Penganjuran kali ini adalah tajaan bersama dari pihak jabatan Veterina dan kelab serama Selangor & KL yang diadakan di tapak expo kanival di Shah Alam ia berlangsung selama 2 hari sahaja. Banyak acara diadakan walaupun SPB tak sempat nak ke semua khemah namun dari perbualan SPB dengan peserta expo atau lebih dikenali dengan macik Esah (yang menjual nasi ayam dan beranika sup kat situ, memang best... ) katanya ditengah padang ada persembahan artis, futsal, game untuk kanak-kanak, pertandingan kucing dan macam-macam lagilah persembahan yang menyeronokkan... amboi cara makcik ni sembang macam expo seminggu pada hal 2 hari jerr kekeke! achanerr tu??

okey last balik kepada pertandingan ayam serama kita tadi semula keseluruhan acara berlangsung dengan jayanya... walaupun ada sedikit kelewatan dalam pemberian hadiah utama kepada pemenang (tunggu Y.B okeys nak beri hadiah) jadinya alhamdulillah semuanya lancar dan meriah walaupun hampir kesemua hadiah cabutan betuah dapat kepada abang mie kebab... hahahaha... iya la dah bertuah badan kita nak kata apa lagi.. yerr dokk?? Tahniah SPB ucapkan... tak lupa juga setinggi tahniah kepada para pemenang dan Pihak Penganjur. Semoga hobi kesenian ayam serama ini terus berkembang keserata dunia... ok jumpa lagi di lain masa.....

Bye-bye..!!





Friday, December 14, 2012

Kes kehilangan ayam serama...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bento

POPO adik beradik lain ibu dengan Bento
 
 
Tajuk lain macam jerr... iye ini pasal kes kehilanggan ayam serama lagi.... bukan ayam saya tapi dari baka reban saya... ayam kepunyaan sahabat yang ambil masa anak A dengan saya dulu telah pun di curi oleh maling... Ayam yang dah masuk kategori muda yang comel ini  sedang di jemur dalam serkup selepas dimandikan seperti di atas telah hilang .... so apa motifnya? 
 
Motifnya semenjak ayam serama menjadi semakin popular sekarang, kes kecurian ayam serama memang banyak didengar. Bunyi macam biasa-biasa saja lah bagi mereka yang tak berminat dengan hobi lumayan ni... tapi bagi yang fanatik ayam serama macam nak luluh jiwa bila hilang ayam serama kesayangan, kalau ayam dari reban sendiri tu takpa lagi, tapi ni dah bermodal beribu-ribu ringgit yang hilang lesap macam itu ja... memang retak hati doh!!!

Apa-apa pun dinasihatkan kepada sahabat serama semua diharap lebih berwaspada dengan ternakan anda... kes ayam hilang semasa dijemur ni dah dua - tiga kali SPB dengar, dah tu pulak ayam yang bagi mandi ni selalunya ayam bawa main game lah... adoii yaii!! Diharap juga saudara RaQidz dari Bm bersabar dan menjadikan ini suatu ujian mungkin anda akan menemui yang lebih baik dan comel masa akan datang... Reban SPB masih terbuka... hahaha melawak jerr!

Kepada sesiapa yang menjumpai atau terbeli ayam yang dinamakan Bento di atas boleh menghunggi saudara Raqidz di nombor 019-4412 766.
 
semoga diketemukan semula kepada yang hak..!
 
jumpa lagi bye-bye!!
 
 
 
 
 

Tuesday, December 11, 2012

Game mini Ipoh Ara d rumah menganas!

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...


Sudah agak lama SPB tak update blog....

Bukan apa kuata space Blogspot dah penuh... dah melebihi 1GB so terpaksa SPB delate gambar2 lama untuk mengemas kini gambar-gambar baru, jadinya macam takde mood nak menaip panjang-panjang hehehe....

okey lah dah berkesempatan nak update blog kali ni SPB hanya nak berkongsi kegembiraan SPB setelah ayam Ara D rumah berjaya mendapat BOTB untuk edisi game mini Ipoh pada 8/12/12 yang lalu... biar pun hanya Bon pemanas badan namun SPB sangat berpuas hati dengan kejayaan dua ekor ayam tambatan di reban telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori ABS dan Johan Muda dan sekali lagi Johan keseluruhan BOTB untuk ayam ABS. Alhamdulillah..

Dengan membawa 3 ekor ayam tambatan ABS, Muda dan Induk, sayang Induk SPB hanya sekadar cabutan bertuah pasal ayam boleh duduk atas meja makan angin hahahha... takpe lah pertama kali induk muda tu dibawa jalan-jalan.

Okey kita bercerita pasal game mini Ipoh pulak....

Penyertaan kali ini agak banyak jika di bandingkan dengan game mini yang diadakan sebelum ini, yang mana ia telah diadakan di tempat yang sama di Taman Meru Ipoh Perak. Ada juga penyertaan dari sahabat dari KL dan Pulau Pinang bagi menghangatkan Bon kali ini. Apa-apa pun objectif game ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk di ketengahkan pada Bon yang lebih besar akan datang iaitu Bon di Shah Alam 15hb dan Ipoh pada 22/12 akan datang.

Biar pun SPB baru pertama kali ke Bon mini ini tapi rasa begitu selesa dengan layanan tuan rumah serta sahabat-sahabat serama dari kelab serama Perak pada kali ini. Apa lagi dengan kemudahan serta tempat makan yang selesa memudahkan para sahabat untuk makan minum serta berkongsi cerita hobi serama... memang best! 

Pada mulanya SPB terbayang Game macam mana bila Wandy beritahu game mini Ipoh bawah pokok jerr!! SPB terbayang mungkin dekat tepi padang bawah pokok-pokok rendang takde canopy bagai... rupanya apa yang dibayangkan tadi meleset jauh memang jauh.... ! SPB siap beli bekalan nak buat makan tu... hahaha 

Apa pun... memang terbaik buat geng Ipoh, good job bro...harus diadakan selalu untuk mencungkil bakat-bakat dan mengetengahkan lagi hobi ayam serama ini lebih jauh ke dasarnya... ramai jugak orang baru yang SPB temui pada hari pertandingan itu...  teringin SPB nak buat game kecik-kecik buat pemanas bon di Parit Buntar tak tahu lah bila baru terlaksana...

Sedikit gambar yang sempat di ambil dari lensa camera. maaf tak boleh taruk banyak-banyak space tak cukup... hehe

Game bawah pokok pisang ke ape nih... hehehe!

Di bahagian Urusetia...

Piala sebagai pembakar semangat... bon kecik2 pun ada piala... terbaik tue!!!

Pengadil dari Ipoh terr!

 Bukan bawah pokok tapi khemah hehe

Gaya Johan Remaja dan di belakang Johan Muda

 Johan Muda....

Baru kena Johan A/B dan Johan Abs 

Ayam Johan BOTB dan Abs Ara D Rumah ... ayam huduh gambar bontot jerr! kehkehkeh

Tahniah kepada pihak penganjur Game Mini Ipoh semoga bertemu lagi 22/12/2012 akan datang. Terima kasih atas layanan anda...!

bye...bye...!

____________________________________________________________________

Update Reban Rinting And Kubing For Sale.. Murah-murah jualan akhir tahun...!

Rinting..mas



Ibu rinting bapak kuning


kubing... bapaknyerr pernah johan di KL

Johan Muda Ipoh pun for sale!!