~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Saturday, October 20, 2012

Sembang serama & Jualan Ayam Serama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama... dah agak lama SPB tak buat posting pasal sembang serama ni... bukan takda bahan tapi takda masa yang banyak untuk mengumpul bahan. Kebetulan baru-baru ni dah terlanjur ada seorang otai serama ada buat panggilan kepada SPB mengenai isu Lipat ayam!

Ha ... apa ke bendanyerr lipat ayam ni? lipat kaki kebelakang ke?...

Maksud lipat ayam oleh Otai ni tadi berkenaan dengan game ayam serama di BON. Lipat yang dimaksudkan adalah masuk kategori A lepas tu lipat Ayam tanpa Lawi atau pun sebaliknya....! Tak kiralah ayam A atau B bila tak lekat Nombor atau juara jadi pergi la lipat ayam lagi. Kata orang bawa sekor ayam boleh lipat sampai 3 kategori macam mana tu??? hehhe.. panaskan!!! Panas!!!

Tak tahulah lepas SPB buat artikal ni SPB nak kena bannad ke tidak... tapi yang pastinya SPB pun pernah buat benda ni.... selagi tak ada kata putus oleh mereka yang arif kita ikut jerrr!!

Berbalik kepada cerita pemanggil kita tadi... 

Dia menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pertandingan ayam sekarang, kerana salah satu sebab utama adalah berkenaan isu lipat ayam. Katanya tak adil bagi orang yang sepatutnya dapat johan jatuh di belakang disebabkan pemain Lipat ayam. 

Katakan ayam yang dia lipat tu dah no. 3 di kategori tanpa Lawi (ABS) lepas tu disambung ekor jadi ayam A atau B kemudian masuk balik boleh dapat johan. Jadi secara logiknya kata pemanggil lagi bawak ayam seekor bulih 2 hadiah.... orang lain melopong tak bulih apa. Mana keadilannya??? 

Ha amacam?? 

Panas tak...panas tak???

Jadi katanya mungkin untuk memajukan lagi game ayam serama ni... kena hapuskan lah benda camgini... mungkin dah tak sesuai.... 

"yerrlah ayam tu memang hebat tapi kalau hadiah semua dia nak sapu ayam kita yang tak seberapa nak bulih apa?" baik kita tak payah masuk bagi kat dia semua. hahaha"

Kata pemanggil berseloroh......

Katanya lagi pengadil jangan lah berat sebelah... kalau pengadil dah tahu ayam yang sama, potong la markah kita pun puas hati..." tapi kalau pengadil tak cam ayam, kira pengadil tak berapa cekap lagi lah ... " kadang pengadil tahu ayam tu dah masuk tadi kategori lain, pastu bagi markah jugak yang kali kedua.... jadi kita ayam tak hebat ni... takat tunggu cabutan lah jawabnya.

Ha lebih kurang begitulah sedikit coretan alkisah yang dapat SPB ceritakan.... sebenarnya panjang lagi tapi kita cerita bab yang ini jerr dulu, bab lipat ayam.... Sapa nak jawab ni....???

Kalau tanya penganjur sure tak bleh nak kata apa, pasal penganjur sekadar punggut wang penyertaan... lagi banyak... lagi bagus...! tak tahu lah pulak kalau ada penganjur yang tak benarkan masuk lebih dari satu penyertaan untuk sekor ayam... kalau aderr rugi kut!!!


okey lah SPB tak nak jawab soalan tu biar tergantung.... kalau aderr mereka yang perihatin mungkin benda ni harus dipandang serius.... demi memajukan hobi dan pertandingan ayam serama.

sekian.... 

_______________________________________________________________________________


UPDATE Reban.....









Lady D


______________________________________________________________________________

For Sale........










Tina...








Berminat datang rumah ada laginak letgo.... harga bleh runding...

Anak A ada 10 ekor lagi... hahahaha......

siapa cepat dia dapat ... harga borong kita kira lain...!!! ok

Bye-bye....!!!





Tuesday, October 16, 2012

Game Ayam Serama Menara Alor Star 13/10/2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi dalam Update game dari blog SPB yang tak seberapanya ini.

Maaf sekali lagi kepada sahabat-sahabat serama mania kerana kelewatan SPB untuk upload gambar di game Menara Alor Star yang lalu.... jawapan standard buzy... hahhaha!


Okey lah tanpa memanjangkan cerita SPB hanya mendapat sedikit info bahawa jumlah keseluruhan Ayam yang menyertai pertandingan kali ini adalah sebanyak 217 secara  rasminya.

Dan johan BOTB adalah Pok 8 dari Terengganunya.... ayam Kategori Tanpa Lawi..

Tahniah kepada Pemenang

Rata-rata para peserta mengiyakan kata saya bila saya menyatakan ayam Muda dan Tanpa Lawi pada kali ini sangat mencabar dan didalam kelas yang tersendiri... sudah semakin banyak ayam serama yang di upgred dan pattern terkini boleh kita lihat di meja pertandingan sama ada Bon Kecil mahu pun Bon Besar. Namun walau bagaimana pun Gaya dan lawan meja menjadi pilihan utama pengadil.

Adakah corak pengadilan harus di ubah....? itu kena otai serama yang bincangkan,  ni sekadar persepsi SPB jerr... jangan nak kata SPB menandai-mandai menokok tambah itu ini yerr!!! haha

okey mari kita lihat gambar suasana di Bon Alor Star.

Pok 8 dengan piala BOTB Sumbangan dari seberang (PASIR)























OKEY.... tak payah nak upload semua.... lain kali jerr...!! 

maaf sebenarnya ada byk sangat ayam yang comey-comey di game kali ni... jadi tak tahu nak ambik yg mana satu... jadi lain kali lahh kita posting... !

Jumpa lagi untuk update Bon yang lain pulak.... Dengar cerita Ipoh nak buat game bulan November ni... 3hb rasanya... kalau jadi kita update lagi... ok bye-bye!!
_______________________________________________________________________






Tuesday, October 2, 2012

Pertandingan Ayam Serama Di Selayang 29/9/12 Anjuran Bersama FAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Satu Malaysia

Update Game Selayang... yang telah berlangsung pada 29/9/2012 yang lalu menunjukkan bahawa ayam dari Pantai Timur masih sukar untuk diganggu-gugat. Boleh dikatakan pertandingan kali ini pada mata kasar SPB merupakan pertembungan hebat dari pemai-pemain dari Pantai Timur. Dengan Jumlah Mata 4-2 ketika acara BOTB Saudara Tok Pajak dari Kelantan dengan ayam yang diberi nama Sri Brunai telah menambat hati pengadil pada petarungan akhir itu. Dengan jumlah penyertaan sebanyak 280 Bon Kali ini dianggap berjaya dan meriah sekali...







Sri Brunai ayam kategori muda yang berwarna kubing bersih serta bertubuh halus, balung yang tersusun cantik juga kaki yang mantap dan yang terbaiknya ia cukup pandai bergaya dan megibas.... Taniah kepada tuan punya ayam Tok Pajak!!

Persaingan sengit antara ayam dari Terengganu Pok8...

Sedikit foto dari koleksi pok8:



Juara kategori A dan Tanpa Lawi

 __________________________________________________________________



Antara lain, gambar yang menjadi pilihan SPB adalah dari koleksi saudar Lan Audi... kategori tanpa lawi. Biar pun sekadar no.2 tapi gaya lonjak jalan ayam ini boleh terbawa-bawa kedalam mimpi.... syok habis!!

Foto Ayam Saudara Lan Audi
 







Ayam Gagah.... buat tanding best... buat baka pun best!!
PM pak? hehehe

____________________________________________________________________

okey.... sekarang mari kita lihat foto suasana pada acara ini sedang berlangsung:







Persiapan akhir sedang di lakukan oleh para peserta.



 





Di meja pengadilan.....!

LAWATAN MENTERI ASAS TANI 
Yang Berbahagia, Dato' Noh Omar







Dari riaksi Dato' Noh, beliau begitu tertarik dengan acara yang sedang berlangsung... hampir 10minit beliau berada di meja pengadilan untuk melihat dan bertanya bagaimana sistem pemarkahan sambil disertakan gurauwan oleh beliau..... "ayam ni tinggi dada, kita ni tinggi perut' haha... 

Terima kasih di ucapkan kepada Dato kerana sudi meluangkan masa bagi memeriahkan acara kali ini.

_____________________________________________________________________

Okey lah SPB rasa cukup setakat ini dulu untuk update LSPB bagi BON di Selayang buat kali ini. Insyaallah berjumpa lagi kita untuk update game yang akan datang....

SPB mengucapkan sejuta tahniah kepada penganjur game Selayang kerana berjaya menganjurkan game yang meriah sekali. Biar pun ada sedikit-sedikit bunyi yang kurang enak itu lumrah bagi sesuatu acara yang besar... apa-apa pun good job!!! diharap acara Bon ini menjadi menu utama pada masa akan datang.

Mohon maaf jika artikal ini ada kilafnya.... ! Jumpa lagi.. bye


_____________________________________________________________________


Pencapaian SPB buat game di selayang sekadar di tempat kelima ... bawa balik hadiah saguhati ajerr!!

Apa-apa pun Alhamdulillah. Syukurr.!!

Sri Aulong...

Insyallah bakal dibawa ke pentas pertandingan.... bakat baru dari Melaka ni!! Terima Kasih kepada sahabat Serama Telok Mas.....






Sedang berlatih..... main induk la pulak... hahaha

Jumpa lagi bye-bye!!!!