~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, September 27, 2012

Raja Serama Rinting (Ah Gin)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bertemu lagi dalam segmen Terjah Reban buat kali ini, sudah agak lama SPB tidak ke reban Otai2 serama untuk berkongsi tips. 

Untuk terjah reban kali ni SPB telah bertemu dengan seorang breeder dan player berbangsa cina yang mana ayam-ayam beliau telah banyak menduduki rangking yang baik serta penghasilan baka-baka yang bermutu tinggi.

Beliau adalah saudara Ah Gin dari Kulim. Semasa pertama kali saya bertemu beliau seingat saya pada tahun 2010 beliau hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada baka ayam yang berintik atau dikenali dengan baka Rinting.

Pada masa itu beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan baka-baka tersohor dan cantik. Antara ciri-ciri ayam yang menjadi perhatian beliau adalah tubuh tinggi, bulu berkilat kepala balung halus dan berintik.

Balung yang cantik


Biar pun kini setelah hampir dua tahun berlalu beliau sekarang mempunyai puluhan malah ratusan ekor ayam rinting namun bagaimanapun ayam berwarna kuning dan Ara tidak terkecuali. Antara baka kuning beliau yang menjadi kegilaan peminat ayam serama di sebelah utara dikenali dengan baka Unicon.

Baka Unicon Juara Muda Alor Star terkini

Baka Rinting.

Berbalik dengan baka rinting beliau telah ada baka-baka rinting beliau yang menjuarai bon-bon disebelah utara, sedikit antara foto ayam champion beliau :

























Ini hanya sebahagian kecil yang sempat di ambil oleh camera lens SPB... Kalau nak tengok ada beratus ekor lagi boleh bertandang ke kilang beliau... Ha ... kilang kau..!!! gila banyak..
















Gilerrr arrr..... tak tahu mana nak di lihat... banyak nyerrr!



 Sebahagian koleksi Kuning... tapi rinting jugak yang menyerlah

 Anak A



 Setiap Anak yang dihasilkan di tanda dengan ring bar kod



 Contoh Bar Kod yang digunakan.. bagi pengkelasan baka.







Okey sebahagian gambar dari pada induk terpilih oleh lensa SPB:









Antara Peluru berbisa beliau yang pernah mendapat tempat di Bon:

























Terbaru Game Ipoh Johan Remaja
Kenangan Beliau bersama sahabat2 serama di Bon Ipoh. 2012

                          Gambar Raja Rinting di Hadapan Kilang bersama pembantu.

Untuk makluman juga... selain di kilang ini... beliau juga ada menyimpan baka2 terbaik di rumah beliau. Katanya balik rumah boleh tengok ayam ma...... (gambar nanti SPB upload kalau senang)

Okeylah cukup untuk kali ini, nanti tengoklah kalau ade masa... boleh saya cerita lagi pasal Raja Rinting Utara ni.... 

Apa-apa pun SPB mohon maaf sekiranya posting SPB ada menyinggung mana-mana pihak... bukan sengaja nak membuat onar.. sekadah berkongsi ilmu dan hobi. Kalau ada yang tak suka mohon ampun dan maaf sekali lagi.

Oh ya.... untuk menghubunggi beliau boleh terus mendail nom. : 0195612328

Untuk membuat temujanji dengan beliau kalau-kalau nak datang melawat kilang. ok!!

Jumpa lagi bye-bye!!!



Koleksi rinting 2012



3 comments: