~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, August 24, 2012

Update Reban.. selepas Lebaran

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Mohon Ampun dan maaf sempena Bulan Syawal ini... Dah hampir beberapa minggu SPB tak sempat nak update blog hehehe... sibuk nak raya ke?? tak jugak... tapi disebabkan takde apa sangat nak di ceritakan... nak cita pasal game... game pun takde yerr dokkk?

Nak cerita pasal breeding.... banyak sangat dah blogger lain dah bualkan... kita ni pun bukan pandai pun.... karang silap cerita ada pulak yang tarik muke... so cam gini jerr lah... kita cerita pasal ayam kite ajerr lah... walau pun tak comel mana tapi dari reban kita... abis cerita....!! hehehe

Ini ajerrlah lagi pewaris yang ada di reban dan yang akan datang Insyaallah... Coming soon...


 Cucu Peon... !! Ada 4 ekor semuanya... Alhamdulillah.




 Ibu Lanun !!



3 jantan 2 betina..



Anak baka Hj. Iskandar & Peon

Nanpak masih ada yang berpotensi kali ni...






Ibu Lanun...



Anak Peon coming soon... insyaallah seminggu lagi!!!



Insyaallah... kalau umur panjang bertemu la kita di Bon Lepas Raya ni...  Itu ajerr untuk kali ini update reban... masih ada pembaka nak di lepaskan.. kalau ada yang berhajat boleh bertandang ke rumah... harga boleh nego sampai lebam... hehehe...

Ok jumpa lagi... bye..bye!!






Penyeri reban... !!!


Friday, August 3, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu lagi kita di Laman Serama Parit Buntar, Terima Kasih SPB ucapkan kepada sahabat-sahabat serta rakan taulan sama ada dari jauh mahupun yang dekat kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini adanya.... 

Ada pun SPB bukanlah  seorang yang pakar dalam memelihara Ayam Serama ni... Sekadar menjadikan ia  hobi dan mencari kenalan, Sungguh pun begitu bagi SPB hobi lumayan ini dapat membina rangkaian sosial ekonomi serta budaya yang dapat mengeratkan hubunggan silaturahim dikalangan peminat-peminatnya tidak kira walaupun dimana kita berada ia sama juga seperti peminat hobi burung, kucing, ikan dan sebagainya lagi.

Okeylah sebenarnya tiada apa sangat info yang SPB nak kongsikan... cuma SPB cukup berbangga dengan pencapaian  Hobi pengemar Ayam Serama ini, kerana pada hari ini dapat kita lihat perkembangannya cukup meluas serta begitu meriah sekali, ditambahkan lagi dengan penyertaan di beberapa buah negara kejiranan yang juga berminat dengan hobi ini menambahkan lagi auranya.

Kini kita boleh lihat pertandingan Kecantikan Ayam Serama di Malaysia khususnya, diadakan pada setiap bulan kecuali bulan Ramadhan.. manakala pertandingan diperingkat Bon besar juga telah semakin banyak diadakan ini kerana telah ada beberapa NGO atau Syarikat yang berminat untuk membuat tajaan. Ini menampakkan sesuatu yang amat-amat positif. Dan jika dibandingkan ketika 2-3 tahun sebelum ini ia sekadar game-game kecil dan agak kurang sambutan dari pelbagai pihak... 

Sekarang SPB dapat merasakan semakin hangatnya hobi ini bila mana semakin ramai breeder dan player yang telah menghasilkan produk-produk yang bermutu hasil dari R&D dan pengalaman mereka. Terus terang SPB dapat melihat penghasilan produk-produk di pasaran sekarang semakin upgred tidak lagi dimonopoli oleh nama-nama besar sahaja, malah ia sudah terbuka dan meluas kepada sesiapa sahaja yang berusaha keras... untuk menghasilkan sang juara. Maju Serama Maju......... 





Anak-anak dari Baka Hj. Iskandar... Produk bulan Ramadhan.. Alhamdullilah.

5 ekor semuanya...  yg bawa anak ni hanya ibu tumpang saje. Anak Peon!




Update Torres !!