~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, January 30, 2013

Game Ipoh 2013! Ayam Serama Megat Panji

 Panji Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Update blog lagi... takde apa cerita sangat nak di hebahkan.. cuma mungkin kalau jadi Game Ipoh boleh bawak ayam, kalau ayam sempat siap turun lah.. haha!

Oh ya.. dapat info dari geng Serama Ipoh akan berlangsung bon kecil (Bon Bawah Pokok) di Taman Meru tempat biasa pada Tahun Baru Cina ni... so kepada sahabat-sahabat serama terdekat, yang dah lama tak turun Bon boleh datang dan bawa sekali ayam serama tambatan yang ada tu, bagi memeriahkan acara... Apa pun SPB mungkin turun biar pun ayam tak siap.. untuk bantu apa yang patut tolong tengok-tengok ayam pun takpa... haha bukan apa sekarang kes curi ayam pun dah makin berleluasa.. Semenjak ayam serama ni dah melonjak harganya makin kerap pulak SPB dengar kes kecurian ayam... kepada empunya ayam yang hilang harap bersabar... Inshaallah yang tumbuh hilang berganti... ! 

Sedikit Update foto Romeo dan Ara Megat Panji alam... keduanya ekor tak siap ha...! Apo Kono Janggg?

Romeo Adik Kandung kepada Torres !




Gaya terkini Ayam Remaja




Okey...! jumpa lagi ..... bye-bye







Sunday, January 20, 2013

Sembang Serama !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama harap-harap pembaca blog SPB tidak bosan dengan penulisan suka-suka hati SPB selama ini.... biar pun sekadar suka-suka tapi Alhamdulillah agak ramai yang dapat SPB pelajari sepanjang menaip didalam blog antaranya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai sahabat baru dan Otai dalam dunia serama.. dan SPB amat berbesar hati dengan semua kenalan baru dan lama yang bersama bergiat dalam hobi memelihara ayam serama... piss Yo!

Okey lah untuk sembang serama kali ini SPB masih lagi tak dapat nak upload gambar-gambar terbaru di game Penang yang telah berlangsung dalam suasana yang meriah. Biar pun Sekadar Game kecil, Bon pemanas, namun sambutan di game Penang agak ramai dengan jumlah melebihi 170 penyertaan untuk game "kecik-kecik anak" namun ia meninggalkan kesan yang baik buat permulaan tahun baru bagi kelab serama Penang khususnya.

Walaupun ada sedikit haru biru bila mana ayam salah seorang sahabat iaitu Saudara Hairi Sik (salah seorang Otai Utara) telah kehilangan ayam tambatan yang telah memenangi banyak game di Semenanjung Malaysia... Ayam yang bertaraf legend ini telah di curi ketika berlangsungnya acara Raja Kebas/Kibas bila mana semua peserta dan orang ramai sedang asyik melihat acara yang sedang berlangsung dan ketika itulah ayam milik saudara Hairi Sik di rembat (dicuri) malah ketika kejadian SPB duduk bersebelahan Saudara Hari yang turut sama bertanding dalam acara Raja Kebas. (takziah saya ucapkan kepada saudara Hairi Sik)

Ayam Ara Khairi Sik

Ayam Ara kepunyaan Saudara Khairi ini pernah ditabalkan BOTB di beberapa Game termasuk di Kelantan pada tahun lepas. Gambar yang tertera adalah BOTB di game Ipoh RTC juga tahun lepas.

Jadi isunya di sini adalah selepas ini semua player-player kena lebih berhati-hati dengan keselamatan ayam ketika di Bon-bon yang berlangsung bukan nak kata apa... sekadar ingat-mengingati ayam yang dibeli bukan lah sedikit nilainya.. jadi berhati-hati lah semua selepas ini. Mungkin pekara ini terpencil namun ia boleh menjadi luka yang dalam kepada pemilik ayam. Kepada player semua berjaga-jaga. Mungkin sebelum ini kita kurang ambil kisah tapi selepas kejadiaan ini ia menjadi pengajaran kepada semua.

Sampai disini dulu SPB menaip berhenti untuk makan malam...
InShaallah ada kelapangan akan di upload gambar-gambar di Bon Penang. Memandangkan Space memori blogspot SPB masih blom upgrad jadi tak banyak yang boleh diupload mungkin bila dah upgrad nanti SPB dapat berikan gambar yang lebih banyak.

Oh ya... Untuk Tahun 2013 SPB dalam perancangan untuk membuat Poster terbaru iaitu Poster "Best Of The Best 2013!" yang mana semua ayam-ayam lagend yang pernah dinobatkan BOTB tahun 2012 inshaallah akan di cetak. Tunggu dan sabar yerrr!!


Terkini di reban SPB Baka Peon adik kepada Torres ayam Anak C. Romeo



Tuesday, January 8, 2013

Ayam Serama : Argotek

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Selamat menyambut Tahun baru SPB ucapkan... walaupun agak terlewat untuk SPB ucapkan dah pun 7 hari berlalu... Pejam celik kita telah masuk ke tahun baru dan ramailah yang berazam sama ada azam baru atau memperbaiki azam lama walau apa sekali pun diharap kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik biar pun tidak sempurna namun percaya dengan apa yang dilakukan inshaAllah akan menemukan kejayaan....

Perhhh... pembuka kata yang agak boring... kan?? 

Biarkan... entah kenapa pagi ni menaip keluar benda-benda ni semua... mungkin disebabkan SPB jadi MC di pembukaan perhimpunan bulanan di jabatan pagi tadi kut... hahaha terbawa-bawa lagi.

Apa-apa pun SPB hari ini masih mahu fokus pada breeding ayam serama dan pelaburan ternakan serama,

Sudah agak lama SPB tak buat isu bual serama... so kali ni SPB nak berkongsi dengan pembaca dengan isu Serama sumber pendapatan lumayan.

Pagi ni SPB ada terbaca Harian Metro dalam ruangan Argotek. dengan tajuk "Arowana Ong" memang tidak dinafikan penjualan Arowana telah mendapat pengitirafan pihak kerajaan khususnya dalam mengeksport ke luar negara antaranya China, Thaiwan, Jepun, Vietnam, Thailand dan Singapura dengan nilai Eksport RM444j tahun lalu. Boleh dikatakan setiap bulan kira-kira 2,000 benih anak ikan dieksport ke negara China dan secara tidak langsung ia menjadi penyumbang sebagai satu bidang berkepentingan tinggi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara sehingga tahun 2020 dalam kategori Ikan hiasan.
 (Arowana Ikan hiasan Lumayan)

So... jadinya apa yang nak SPB kongsikan adalah kenapa agaknya Industri Ayam serama kita ini tidak dapat diketengahkan ke dunia luar seperti industri Arowana....? 

Sememangnya kita sedia maklum ada negara yang tidak membenarkan haiwan yang boleh menyebabkan wabak penyakit seperti bird flu dan sebagainya menular, okeys kita faham! namun sekiranya melalui proses yang betul atau saluran tepat dan pembabitan pihak kerajaan SPB rasa ia lebih mudah diterima dan diiktiraf dunia. Sekiranya Arowana Malaysia dapat menyumbangkan RM600 juta kepada pendapatan kasar negara selain mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan mengapa Ayam Serama Malaysia tidak boleh menyumbang kepada Pendapatan negara dan membuka peluang pekerjaan.

Okeys...! tak perlu jawab persoalan itu, cuma tepuk dada tanya selera... SPB juga tidak memerlukan  cadangan di sini ... nama pun isu sembang serama... namun begitu SPB hanya menyuarakan pandangan SPB mengapa tidak Hobi Ayam Serama Malaysia ini di ketengahkan kepentas dunia seperti Arowana... jangan nanti bila sudah ada negara lain yang telah mendahului kita baru nak tepuk dahi.... ingat Ayam Serama mudah dibiak.... sekiranya Malaysia bersikap sambil lewa mungkin produk Ayam Hiasan ini akan hanya menjadi lagenda seperti nama Jalak Lenteng akan hilang baka Tok uban, baka Ara, Lanun dan lain-lain ia akan terus menjadi sekadar hobi mainan orang kampung sahaja.... wallahhuaklam...!

Sebagai penutup mungkin ada pembaca blog SPB membuat bermacam andaian dan tak kurang juga yang mengutuk artikal ini... well itu semua tak jadi hal pada SPB, selagi penulisan ini jujur dari hati SPB untuk melihat perkembangan dunia serama ke persada dunia... kata lah apa pun ia tidak merubah pandangan SPB. Bermula dengan persatuan... kuatkan persatuan negeri masing-masing, jangan ada yang berpecah belah.... hangatkan BON yang dianjurkan... ramai-ramai kita bersatu dan kepada kelab yang menyinar jangan sembunyi diri.... dedahkan kepada umum akan kewujudan anda supaya membuka mata semua pemerhati.... semoga ia menjadi realiti.... di tahun 2013..!!


Terkenang dekat ayam kita nie...! 
Apa jadi lerr sekarang ni.... yg pasti mesti jadi ayam.