~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, April 24, 2012

Monday, April 23, 2012

Update Reban: Anak Siti Payong lagi....!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Posting sekadar batuk ditangga... update anak tino Siti Payong....


Pernah SPB posting gambar anak A ni... masa tu tak pasti lagi jantan ke betino...

Sekarang..!!! 





Confirm Tino...! hahaha...

Walaupun warna agak kurang menarik.... tapi alhamdulillah gaya memang puas hati... harap2 bleh telur macam ibunya....ada seekor jerr jantan... kali ni!


Gambar Ibu induk.....

Siti Payong...

Insyaallah nanti SPB update lagi 6 ekor anak A yang masih ada dalam simpanan di reban SPB... kali ni jantan 4 ekor dan  tino 2 ekor jerrr!!! kalau ikut mata SPB anak jantan kali ni sedap mata memandang.... Syukur!!


Jumpa lagi bye...bye!!




Thursday, April 19, 2012

Layan gambar Bon Penang pulak!


Bertukar -tukar pandangan.... ke? atau tengah deal harga ke??

Papan Markah

Semakin lama semakin ramai pengunjung

Penyertaan lebih dari 300 peluru (Okey macam Adik abang)

Kedah team

Abang Omar geng

Doktor haiwan

Pemenang Cabutan Bonanza..... berbaju kuning!!

Peminat Serama Dari Persatuan Serama Belgium turut menyerikan majlis  !!



Poster Terbaik dari reban mesti la aderrr!!


Geng Kelate mare dengan bas..... Terbaik!!


Johan Serama A & Johan Serama Muda

Wednesday, April 18, 2012

Cerita Ayam Serama!!!

Mandi bersyampu, sakit berubat panadol

 

TIGA tahun lalu, Haslizam Abd. Halim, 32, tidak pernah mengambil berat perihal ayam serama. Namun, selepas diminta menjaga seekor ayam serama milik adiknya, kehidupan Haslizam berubah serta-merta. Semenjak itu, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia pertandingan ayam serama. Adiknya pula menyerahkan sepenuhnya pemilikan ayam tersebut kepada Haslizam.

Lelaki yang berasal dari Pasir Gudang, Johor itu tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan kehebatan seramanya. Menerusi satu pertandingan, beliau berjaya menyandang tempat ketiga sekali gus menarik minat beberapa individu yang ingin membeli seramanya.
“Saya tidak terus menjual ayam tersebut, tetapi meminta mereka memberikan masa buat saya mendapatkan baka serupa. Selepas berjaya mendapat bakanya, barulah saya menjualnya pada harga RM2,500,” imbas Haslizam yang kini mempunyai sembilan ekor ayam serama di rumah.

Bagi memastikan serama peliharaannya kekal cantik dan sentiasa bersedia untuk pertandingan, Haslizam sangat menitikberatkan soal penjagaan ayam tersebut. Ia melibatkan hal kesihatan dan kebersihan.
“Tidak dinafikan, mengurus ayam serama amat rumit. Jika kita tidak tahu teknik-teknik penjagaan dengan betul, ekornya boleh rosak. Disebabkan itu, setiap hari saya menjemur ayam serama saya di bawah cahaya matahari selama 30 minit sehingga satu jam.

“Cahaya matahari diperlukan bagi menaikkan ekornya agar tegak ke atas. Selain itu, ia juga efektif bagi mencantikkan bulu mereka supaya kekal berkilat,” jelasnya yang telah menyertai sepuluh pertandingan.
Jika memelihara ayam biasa, si pemilik tidak perlu bersusah-payah memandikan ayam-ayam tersebut, tetapi serama mesti dimandikan sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Proses memandikan serama juga perlu disertakan dengan penggunaan syampu. Pastikan syampu yang dipilih sesuai dengan serama tersebut kerana ia penting dalam mengekalkan kecantikan bulu-bulu mereka.

Vitamin dan panadol

 AYAM serama akan dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan menggunakan syampu untuk memastikan bulu sihat dan berkilat.

Begitu juga dengan pemakanan serama. Meskipun makanan ayam tersebut sama seperti ayam biasa iaitu dedak dan jagung, tetapi bagi mendapatkan serama yang sihat dan hebat, si pemilik perlu memberinya vitamin kesihatan.

Kongsi Haslizam, vitamin biasa ayam serama ialah minyak ikan dalam bentuk tablet. Ia merupakan tablet untuk manusia cuma bezanya, ia diberi dalam potongan kecil dan dimasukkan sendiri si pemilik serama ke dalam mulut ayam tersebut.

Pemberian vitamin itu bertujuan mendapatkan bulu yang cantik dan berkilat. Sebaik-baiknya, vitamin itu diberikan setiap dua minggu sekali.

Cerita Haslizam, sekiranya ayam seramanya tidak sihat dan mengalami demam atau selesema, ubat yang diberikan hanyalah panadol kanak-kanak yang berwarna merah jambu.

“Panadol tersebut saya potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam mulut ayam itu. Pada mulanya memang sukar untuk melakukan semua ini namun, lama-kelamaan serama itu sendiri sudah biasa.

“Serama yang sakit boleh dilihat pada balungnya yang bertukar warna menjadi biru dan hidungnya juga berair.
“Selain memberinya makan ubat, serama yang sakit juga boleh dilapkan dengan tuala basah agar badan mereka menjadi segar,” ujar Haslizam yang memberitahu beliau tidak pernah membeli ayam serama daripada orang lain.

Pencinta ayam serama juga akan memastikan ayam mereka selamat pada waktu malam. Musuh utama serama ialah nyamuk. Oleh yang demikian, Haslizam mengurung ayam seramanya di dalam sangkar bertutup bagi mengelakkan serangga itu menggigit ayam peliharaannya.


“Setiap malam saya pastikan kesemua serama saya disimpan dalam bekas bertutup dan diletakkan di dalam rumah. Jika tidak, nyamuk akan menggigit menyebabkan balung mereka rosak,” jelas Haslizam bersungguh-sungguh.



AYAM serama yang hebat akan dikekalkan bakanya terlebih dulu sebelum dijual kepada pembeli yang berminat.     

 Pengekalan baka


Pengerusi Persatuan Ayam Serama Melaka, Abdul Rahman Yaacob, 38, pula memberitahu, penjagaan yang baik mampu memanjangkan jangka hayat seekor ayam serama.

Kebiasaannya, ayam serama dapat hidup selama lima tahun dan paling lama ia boleh mencapai usia lapan tahun. Teknik pembakaan juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan ayam serama berkualiti tinggi.
“Ayam serama yang hebat perlu dikacukkan dengan baka yang hebat juga agar dapat mengekalkan kualitinya. Seperti contoh, ayam serama jantan akan dipasangkan dengan ibunya bagi mendapatkan baka yang sama hebat.

“Hanya pengalaman dapat menjadikan seorang pencinta serama mendapatkan baka yang baik. Lebih lama seseorang itu bergelumang dalam dunia serama, lebih banyak pengetahuan yang dimilikinya,” ujar Abdul Rahman yang ditemui ketika Pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia di Taman Serama Sedunia, Mukim Durian Tunggal, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Dijual pada harga serendah RM500, seekor ayam serama boleh mencecah harga puluhan ribu ringgit dan ia bergantung kepada kualiti ayam tersebut.

Difahamkan, terdapat dua jenis ayam serama. Jenis yang pertama ialah serama yang dijadikan sebagai peliharaan, sama seperti ayam biasa. Harga serama itu lebih murah dan boleh disembelih untuk dimakan.

 SEBANYAK 300 ekor ayam serama dipertandingkan dalam lapan kategori pada pertandingan Seni Warisan Ayam Serama 1Malaysia di Melaka baru-baru ini.


Menurut Abdul Rahman, serama jenis kedua pula digunakan untuk tujuan pertandingan. Serama itu mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan sangat mahal dalam urusan jual beli.

Milik Malaysia

Penaung Ayam Serama Kelantan, Tengku Mohd. Tengku Yahya Petra, 44, mendedahkan bahawa ayam serama berasal dari Malaysia secara mutlak dan mula mendapat perhatian pada sekitar tahun 1996 di Pantai Timur.

“Serama sebenarnya berasal dari Kelantan dan ia merupakan warisan milik Istana Kelantan. Disebabkan ia jinak dan mudah dibela, serama mula dikomersialkan ke seluruh Malaysia pada era 90-an. Kehebatan ayam ini juga telah menarik minat beberapa buah negara luar seperti Indonesia, Belanda dan Amerika Syarikat.

“Serama menjadi antara identiti negara paling bernilai kerana ia hanya terdapat di sini dan mereka yang ingin memilikinya perlu datang ke Malaysia,” jelas Tengku Mohd. yang turut menyatakan bahawa pertandingan ayam serama di Kelantan memang telah dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan negeri tersebut.

(Sumber Kosmo Online)




Tuesday, April 17, 2012

Piala Best Of The Best : Bon Penang Milik BPR
















During the record:

~ Ke-3 Kategori Serama A di Ipoh, Perak
~ Johan Kategori Serama A di Langkawi, Kedah
~ Naib Johan Kategori Serama A di Alor Setar, Kedah
~ Naib Johan Kategori Serama A di Kelantan
~ Naib Johan Kategori Serama B di Melaka
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Sungai Petani, Kedah
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Kota Baru, Kelantan
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Pulau Pinang

(info dari blog Serama Jalan Day)



Monday, April 2, 2012

Game kelantan 31 mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sedikit koleksi gambar di game Kelate.... nanti SPB upload lagi gambar serta sedikit kisah pengalaman serta review rangkuman game pada hari bekenaan. Layan dulu gambar2 di bawah......



 Piala BOTB !!

Meja Urusetia





Pendaftaran...!




Antara Kategori paling Banyak Anak A




Kategori Serama Muda sengit..... lebih dari 100 penyertaan.





 Wakil Langkawi...!!

 MKG Group....!

 Nizam RC & Co

Cerita apa tu serius sangat!!!

 
Penang & Kedah Group

 hah... orang lama ! Otai Utara



 Jualan... murah!!






Poster Terbaik Dari reban 2012  Turut Berada Di Bon Kelantan pada kali ini....!

Jumpa lagi bye..bye!!