~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, September 26, 2011

Game kecil Perlis 24.9.2011 !!! Bhg I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Update terkini Gambar Game Perlis.... maaf mungkin agak terlewat sedikit untuk update kali ni. SPB agak sibuk dengan hal urusan pejabat. Walau bagaimana pun Blog tetap di update.

Okey! untuk game Perlis kali ni kata penganjur ia sekadar game pemanas gelanggang, game kecil jadi penyertaan juga biasa-biasa saja.. untuk sesi pemanas sementara menanti game besar di Tebengau minggu hadapan, rata-rata yang menyertai game kali ini kebanyakkannya adalah muka lama, namun dengan peluru-peluru baru.... mungkin sesi pemanas badan kali ni ramai yang cuba-cuba peluru baru, untuk ditampilkan ke game yang lebih besar... sekiranya peluru baru mencapai tahap yang diinginkan maka berjumpa lagi kita di game Tebengau..

Dengan jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 109 sangkar sudah cukup membuktikan masih ramai peminat ayam serama di kawasan Utara ini. Walaupun jumlahnya agak berkurangan disebabkan game disebelah Selatan yang berlangsung lewat sehari dari Game Perlis di Melaka iaitu pada 25hb September yang lalu. Jadinya ramai sahabat-sahabat di bahagian Selatan dan Tengah seperti KL dan Perak tidak dapat menghadirkan diri ke game kecil buat kali ini... Namun apa yang SPB dapat ceritakan pada game kali ini semuanya berjalan dengan sederhana dan lancar bergaya.....!!! Tahniah SPB Ucapkan kepada pihak penganjur.... 

Untuk itu sedikit paparan gambar di hari pertandingan untuk tatapan peminat serama !












Nanti SPB sambung cerita lagi... ada banyak lagi gambar....!!! ok


Bye...bye!!!





Thursday, September 22, 2011

Tips: Kategori Serama B

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk Tips kali ini SPB ingin berkongsi maklumat tentang ciri-ciri Ayam Serama bagi Kategori Serama B. Mungkin ramai yang sudah tahu, namun ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimana rupa dan ciri-ciri untuk ayam Serama B di nilai. SPB sempat belajar dan bertanya-tanya dengan Otai serama tentang ciri-ciri berikut:



Antara ciri-ciri yang diguna pakai bagi menilai ayam serama kategori B adalah:

Berat : 361gm keatas

Tubuh: Bersesuaian dengan berat

Bulu: Siap untuk ayam kategori

Lawi: 2cm atau lebih dari ekor

Kaki: bersesuaian dengan tubuh

Balong: Bersesuaian dengan tubuh

Antara ciri-ciri Ayam Serama B yang boleh dibawa ke pertandingan. 

Kadangkala ada ayam yang beratnya melebihi 360gm namun apabila bertanding kategori B markah agak kurang sedikit walaupun ayam kelihatan cantik kenapa?

Soalan berikut saya ajukan kepada Otai.. dan jawapanya adalah walaupun ayam beratnya melebihi 361gm tetapi ciri-ciri tubuh kecil serta kaki dan balung yang halus menyebabkan banyak markah dipotong kerana ia lebih kepada ciri-ciri menyerupai ayam kategori A, hanya terlebih berat sahaja. (kena diet sikit) Ok!!


Okeylah sampai disini dulu buat kali ini................ jumpa lagi dalam Tips yang lain!!!


Bye....bye!!!!






Wednesday, September 21, 2011

Update Reban: Che Anum

Ini Che Anum......... Masa mandi dia suka selam.....



 Che Anum....Masa Tunggu nak Keringkan badan pun dia Menyelam....!!!




Dah Pakai BEdak pun ...  dia Nak Selam Jugak!!!!. Amacam Cantik Tak?????


Alhamdulillah...!! 


Bye...bye!!!




Monday, September 19, 2011

Update Reban: Siti Payung !

Assalamualaikum... dan salam sejahtera.!!

Hari ini SPB nak Update posting reban yang mula ramai kembali selepas musim mengawan yang lalu. Hasilnya ada yang sedap mata memandang bagi mata SPB la.... kalau orang lain, entahlah!

Disini ada sedikit gambar anak pembaka Utama SPB Anak Peon yang terbaru.... ada 6 ekor semuanya, dan masih ada induk yang tengah mengeram... kalau ada rezeki adalah... sebenarnya ada banyak juga yang menetas.. tapi itulah yang dinamanya rezeki, anak peon kebanyaknya keluar dengan saiz sangat kecil jadi banyak yang terkorban selepas menetas.... ada yang bertahan seminggu tapi dari pengalaman SPB anak yang terlalu kecil peratus untuk hidup memang 50/50 antara masalah yang selalu dihadapi adalah penghadaman dan buasir... jadinya untuk menghasilkan baka AA ni memang bergantung pada nasib juga....!!

Sedikit gambar anak Peon terkini untuk tatapan sahabat!

Anak Peon yang mewarisi warna pembaka...... sama macam warna Peon!!


haha.... ni adalah gambar anak peon. Anak A Peon ada lagi 3 ekor, lain kali SPB posting.



 Ingat lagi anak Peon yang ini..........



ini gambar terbaru...... confirm betina!!!!


 Siti Payung nama diberi......... hehehe!!! amacam boleh nama tu??
Siti Payung ada dua beradik.... kakaknya dah dijual kepada sahabat ! ayam super selam. nanti SPB uploadkan gambarnye..!

Cerita panjang pun tak ada.... bersyukur Alhamdullilah kerana diberikan anak2 yang comel. Setakat ini dulu celoteh SPB jumpa lagi di posting akan datang... !!

Bye-bye!!





Wednesday, September 14, 2011

Format Pembahagian markah Pertandingan Ayam Serama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.........

Tip hari ini untuk Format markah Pertandingan Ayam Serama....... !

Kali ni SPB nak berkongsi dengan peminat ayam serama tentang skema pemarkahan pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama. Pada kebiasaannya, inilah pembahagian markah untuk pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama. Ini dikirakan basic format. !!




Markah gaya adalah yang paling tinggi kerana Ayam bergayalah yang paling susah nak dicari. Kadangkala walaupun ayam cantik dan cukup segala assesori namun belum tentu boleh menjadi pemenang, ini kerana ayam yang kurang aktif selalunya akan kalah pada Gaya. 

Ciri-ciri Ayam Bergaya adalah seperti lonjakkan dada, Selam, mengibas sayap dan cara berjalan semasa di atas meja pertandingan (bak kata sesetengah orang macam pertandingan bodybuilder lah). Kemudian diikuti dengan Tubuh 15 %, Sayap 7% yang mana sayap jika terlalu labuh atau terlalu singkat juga akan diambil kira dan sayap tak berserabut bulu serta pecah-pecah... 

Kaki pula di nilai 5%, okey kalau zaman era 90an kaki pendek tak berapa nak kisah, namun pada masa sekarang kaki antara yang menjadi perhatian para pengadil ini kerana kaki memainkan peranan yang boleh menyebabkan markah sayap akan terjejas, selain daripada kaki yang kuat dan tegap yang akan dinilai. Malahan pada masa sekarang ayam berkaki tinggi dianggap ayam era terkini, sejauh mana kebenaran pekara itu kena tanya otai lagi. Seterusnya Balung Kepala 10%, Warna 8%, Lawi 10% dan akhir sekali Bulu 5% .Bagi kriteria-kriteria yang lain tu, Akan SPB kongsikan bersama pada masa akan datang. okey!! Diharap anda mendapat sedikit Info dari LSPB buat kali ini.

Contoh Pemberian Markah Untuk Kategori Ayam A


 Klik Untuk Gambar lebih Besar !!!



Okey !! Bye...bye........ Datang Lagi !!







Monday, September 12, 2011

Game kecil Melaka !!!

 

Mari bersama-sama kita memeriahkannya !!!!


Jumpa Anda di sana............!!!



Monday, September 5, 2011

Update Reban: BlackBird Terkini !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat Hari Raya................. !!

Update gambar terkini Blackbird selepas diasingkan dengan Induk..... pada penghujung bulan puasa yang lalu... makin menyelam nampaknya bila diletakkan dengan induk !!!

Insyaallah akan ke BON yang terdekat!!! perhhh game pun banyak.... lepas raya ni.


Bye bye !!!