~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, November 30, 2012

Serama Baka Sendiri

 
POPO
Ramai dikalangan breeder/pemain serama kurang senang bila orang orang memanggil ayam di rumahnya dengan nama baka orang lain ( ada juga tidak kisah). Soalnya bagaimana kita mahu menjadikan serama di rumah kita itu dipanggil dgn nama baka kita sendiri? melalui pemerhatian saya ada beberapa faktor yang boleh menjadikan nama kita diperakui dalam dunia serama:-

1 ) seseorang breeder serama
mesti mempunyai pembaka teras ( jangan pulak pakat serbu rumah Tok Teras, hehe) iaitu pembaka yang terbukti telah mengeluarkan ayam yang cantik dengan ciri2 tetentu dan mampu memenangi pertandingan, mampu dijual dengan harga yang melebihi breeder2 lain dan mampu menarik pemain2 serama untuk datang membeli ayam dari reban berulang2 sekaligus mewujudkan kepercayaan orang lain dengan baka kita..

2) Mempunya variasi ayam( dari anak A - dewasa ) dari reban sendiri yg kerap memenangi pertandingan. Ini mampu mewujudkan rasa hormat player2 lain dgn hasil breeding kita..

3)Mempunyai 'personal touch' iaitu teknik tersendiri dlam penghasilan ayam2 yang hebat beraksi . (selalunya ini adalah rahsia yang amat susah untuk di ketahui oleh org lain)
mungkin ada lagi faktor2 lain yang membantu, tetapi bagi saya untuk establish dlam dunia serama bukanlah satu jalan yang mudah..kepada yang ingin dikenali sebagai 'core' dlm dunia serama sya ucapkan selamat berjaya..
p/s.. sekadar pandangan peribadi...MdRoza Awang

(artikal ini di ambil dari pandangan seorang sahabat Fb serta otai lama dan telah mendapat kebenaran daripada beliau untuk dikongsikan bersama pembaca SPB) 

Friday, November 23, 2012

Jom ke MAHA International 2012



Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Bon yang terdekat akan berlangsung di Maha international 2012 yang akan berlangsung di Serdang Selangor.. Bermula pada 23 Nov - 3 Dis 2012.

Pameran dwi tahunan ini diadakan lagi tahun ini selepas di adakan dua tahun lepas yaitu pada tahun 2010..

Pelbagai aktiviti akan ada di MAHA 2012 kali ini yang merangkumi pameran, jualan dan juga seminar yang berkaitan dengan pertanian.

Tidak ketinggalan pertandingan Ayam Serama yang julung kalinya di adakan setelah sekian lama tidak diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Semoga Bon kali ini menjadi titik tolak kepada persatuan ayam serama dan juga pihak penganjur untuk mengetengahkan lagi hobi lumayan ini di mata dunia.

SPB juga berharap agar lebih ramai lagi penglibatan pihak kerajaan dan NGO dalam memartabatkan lagi dunia kesenian ayam serama agar lebih maju di masa hadapan.

Hidup Serama Mania!!!!

Lokasi ke tempat pamiran MAHA.

MAHA atau MALAYSIA AGRICULTURE, HORTICULTURE & AGROTOURISM INTERNATIONAL SHOW kembali lagi..

Update Anak Peon ada rezeki sampai lerr ke MAHA


Jumpa Disana Bye...bye !!!

 

Monday, November 19, 2012

Ayam Serama For Sale

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Yerr memang kena dah tajuk tu.... maksudnya ada ayam serama yang nak di jual...ha ah.
Ini sebahagian dari gambar ayam serama yang nakdi lepaskan ada beberapa ekor lagi induk kandang yang nak di lepaskan. 

SPB nak kurangkan sedikit populasi ayam di reban.. kerana sibuk dengan kerja hakiki... sesiapa yang berhajat boleh call atau nak lebih mudah dan murah boleh bertandang ke reban SPB. Insyaallah harga di reban lebih rendah.... pasal takde kos penghantaran dan menjimatkan masa SPB... hehehe

Sri Aulong (Dah pernah bertelur) (sold out)
kuning tengah meluruh... nk lepas murah-murah

Kubing S .... pun nak jual murah-murah

Pembaka reban pun ada nak letgo.... murah jerr!!(sold out)

Ara selam pun nak lepas jugak....!

Popo kalu kena harga pun boleh tukar geran terus.....!!

Anak c ni pun nak letgo... jugak (sold out)

Tino remaja pun nak letgo...


Dan ada lagi beberapa ekor induk kandang yang nak di lepaskan... antaranya dari baka lanun dan unicon berminat boleh datang yerr!! siapa cepat dia dapat yerr!!

Bye..bye....!!










Monday, November 5, 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali memohon maaf pada pembaca ruangan blog SPB yang tak seberapa ini, kerana dah lama tak ada postting baru... sibuk toq!! hehehe

Okey lah... takda apa yg nak SPB ceritakan sekadar update reban serta nak cerita pasal musim hujan yang semakin galak kebelakangan ni... Ayam SPB juga banyak yang tewas dan mati... tak apa lah kalau dah takda rezeki kita... apa pun dinasihatkan agar memberi lebih perhatian terutama dari segi udara dan kepanasan ayam. Udara yang sejuk juga boleh membuatkan ayam selsema dan mati. Anti biotik atau vitamin juga boleh mengguatkan antibodi serama kesayangan anda. 

Apa pun sila beri sedikit perhatian kepada ayam serama anda ketika ini... sayang jugak kalu beli mahal-mahal mati sia-sia, sekurangnya kalau dah cuba, tapi tak boleh diselamatkan jugak puas hati lah dah cuba yerr dokk?

okey lah... selain dari hari hujan setiap petang sehingga ayam di reban SPB semua tak mandi... keadaan lembab membuatkan banyak yang kena selsema... jadi vitamin bagi memanaskan badan ayam serama menjadi pilihan SPB.

(gambar hiasan)

(maajun )

Atas kerana ayam tak mandi dan kurang form... jadi ada dua game yang SPB tak dapat nak sertai antaranya game bawah pokok di Ipoh Pada 3hb dan game di Melaka 4hb tadi. Takpa mungkin kalau ada rezeki boleh turun lain kali. Untuk sahabat yang pergi... jumpa dilain masa. Okey ada satu lagi Game BON KL yang akan menyusul. 
Tengok Poster terrr!!











Bersama kita memeriahkannya......................!

_____________________________________________________________________________

Untuk masa Update Reban SPB...Pulak!!



 Kuning Raja Nama di beri... walau pun tak mandi tetap begaya... sayap kotor sikit hahaha!! (lawi original okeyss!! haha


Kubing S , kalau dulu ada spb nak sold ayam kubing mas masa remaja yang ini lah dia... memang tepat jangkaan SPB tengkuk S lambat sikit tapi berbaloi.... takde masalah chesing langsung... ekor ori jugak okey!!! (bulu bekilat pun ori.... ayam tak mandi Toq!!


Sri Aulong okeys jangan kata apa..... lepas bertelur dan sekarang tak mandi lagi...!!

Ini namanya Salju..... tak kisah lah salju rindu ka.. puteri salju ka... atau salju di danau rindu pun takpa tak kisah.. hahaha p/s tak mandi jugak!!!

Last sekali nak Update adalah yang ini:

Blackfire..... jangan try nak mintak dah jual ter....! (sold out)


Adik kepada Blackfire.... namanya BlackBolt  Open For Sale!! hah
Baru saja di asingkan dari kawan-kawan. Sekarang semakin bergaya.



Okey jumperrr lagi.... Bye-bye!!!