~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Sunday, June 30, 2013


 Kokuro

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah hampir 4 bulan Spb tidak update blog sampai ada sahabat yang sms tanya dah tak aktif serama ke?
Sebenarnya masih aktif malah banyak juga produk reban Spb yang keluar dan dah nak habis di lamar kawan-kawan sahabat serama Alhamdulillah, cuma kerana urusan kerja serta masa yg terhad menyebabkan Spb dah tak sempat nak menaip.... tapi yang pasti masih aktif dalam hobi serama.

Selain dari masa yang agak terhad ditambah dengan memori dalam kuata blogspot pun dah terhad menjadikan Spb lagi malas nak upload gambar.... Kalau sahabat yang sudah biasa dengan blog seramapb ini memang mungkin dah tahu Spb sememang suka upload gambar di Bon, tapi bila kuata dah terhad jadinya berabuk la camera kat dalam bilik... hemm

Oklah apa cerita terbaru tentang dunia serama yerrr? dalam 2 bulan tak ada update blog sebenarnya banyak story tentang serama... terutama pertandingan di Bon... sememangnya dari bulan 5 hingga bulan 6 bersusun Bon boleh dikatakan tiap-tiap minggu diadakan memang meriah.... dari kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Penang hingga ke Terengganu.... huh memang penuh jadualnya... ! namun tak semua juga Spb dapat turun.. apa pun sebahagian besar dapat sampai alhamdulillah.... dan SPS group juga semakin menyengat.. Tahniah kepada sahabat yang berjaya!

Sedikit dulu update kali ini nanti kita sambung lagi......