~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, September 18, 2013

Harga Ayam Serama Semakin bernilai tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan September dan Oktober sememangnya bulan yang agak sibuk bagi player ayam serama khususnya, bila mana setiap minggu ada saja pertandingan dianjurkan dan alhamdulillah rata-ratanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. SPB sendiri bersama Sps Group telah dengan jayanya menganjurkan satu Bon kecil pemanas bagi Bon besar antaranya yang bakal berlangsung adalah Game tahunan tasik Kenyir iaitu pada 21hb September 2013 ini.

Alhamdulillah sekali lagi Sps Group berjaya menganjurkan Bon dan kali ini di Parit Buntar dan berlanjutan kemudian Bon seterusnya di adakan di Kelantan, Pokok Sena, Kajang serta kemuncak adalah di peringkat Antarabangsa iaitu di Tasik Kenyir Terengganu.

Apa-apa pun semakin hari semakin panas hobi serama ini dengan pelbagai aktiviti anjuran pertandingan. Apa bila sudah panas dengan Bon,  secara langsung ia mempromosikan lagi hobi lumayan ini di mata umum dan dunia luar dengan hobi unik bernilai tinggi.

Secara umumnya penawaran harga ayam serama juga kini menjadi semakin meningkat walaupun tiada kena-mengena dengan kenaikan harga minyak yang telah di umumkan oleh kerajaan... hehehe (ok ayat tu memang tak bleh blah....)

Realitinya kini harga ayam semakin meningkat biarpun semakin ramai breeder yang mengeluarkan produk namun yang pasti harga semakin melonjak di pasaran. Tinjauan di buat di beberapa kedai pet shop ayam reject pun dah ada harga, apatah lagi kalau di rumah breeder sememangnya berbaloi-baloi....  Biar pun SPB sekarang agak kurang buat posting sejak kebelakangan ini namun SPB masih ada mengeluarkan produk dan turut serta ke acara Bon. (bukan semua tempat)

Dan yang lebih SPB tidak jangka semakin banyak email yang SPB terima dari peminat seramas di dalam dan luar negara yang sangat berminat dengan serama Malaysia. Jadinya pendedahan hobi ini kini semakin meluas dan menjadi satu tarikkan untuk negara khasnya. Jika kena dengan promosi dan jalannya SPB rasa tidak mustahil Ayam serama akan dapat dipasarkan ke lebih banyak negara luar.

Ok lah cukup untuk posting kali ini.... berjumpa lagi dilain posting...


Maju bersama serama Malaysia

bye!

Sedikit selingan gambar Anak A..... No.3 dan saguhati game Parit Buntar.
 
 
Unlog sudah di lamar..... Tq Buyer

 
 
 

Tuesday, September 17, 2013

Serama For Sale !!

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera.

Tiada apa yang nak di cerita cuma nak posting iklan sikit...ayam muda, baka peon for sale..
sila hubungi saya seberapa segera....  0165047301

oh ya....

pat-pat siku lipat,... siapa cepat dia dapat.

Ayam saiz mini AA sepasang. Bulu kilat warna ara ... Pure baka Peon!

Tq Blogspot... walau pun dah tak bagi kuata free utk upload banyak gambor.. hehehe!!








Induk kecil comel.... blom betelur, silap2  gaya boleh bawa turun Bon.


okey... bye-bye!!