~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, June 30, 2011

Game Kecik D' Alor Star Bhg. II

Gambar Aksi D' BOTB A.Star


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk posting kali ni sambungan game d' kedah minggu lepas... kalau nak ikutkan mungkin agak terlewat rasanya untuk posting gambar ni tetapi memandangkan dah taruk gambar so... kira pos jugak lerr.. nanti aderr pulak yang kata SPB mungkir janji... hehehe.

Okey lah... overall game D' Kedah meriah walaupun tapak lokasi agak sempit... namun saya difahamkan tempat ni dah pernah buat game kecik juga sebelum ni. Ape-ape pun tahniah lagi sekali SPB ucapkan kepada pihak penganjur. Sekurang-kurangnya game seperti ini dapat meyuburkan lagi minat para pencinta serama disamping mengalakkan pembabitan pemain baru di gelanggan pertandingan.

Cuma ada satu pekara .. yang selalu bermain difikiran SPB... kenapa Bon game besar habis lambat,...? Okey! iya la... kalau game besar mungkin logik... kita faham, pasal ayam banyak... tapi SPB perhati game kecik pun balik lambat jugak..... ape ceritanya??? Itulah persoalan yang SPB nak sangat tanya pada Otai-otai serama..... dan untuk itu SPB ada jawapannya... tunggu Postingnya nanti!!!

okey lah untuk sambungan Foto-foto di Alor Star.... Gambar-gambar pemenang!

Ayam Best Of The Best!!! Saudara Majidee Pinang Tunggal! (Ayam Muda)


Majidee Pinang Tunggal... Kategori Muda & BOTB !! (Baju Merah)


Che Mat Kulim Kategori Ayam A


Jas Penang ABS (Keris Mutiara)


Mie Kebab Penang (Induk)
Uncle kategori Remaja


Wakil Geng Kedah Ayam B


Wakil Pak Deen Penang Anak A


Syed Kherol Sik... Anak B



Okey lah.... sampai disini saja posting untuk game D' Alor Star... Insyaallah saya akan ke Kuala Lumpur kalau takde ape halangan dan seterusnya ke Ipoh.... Semoga saya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik serta yang lebih penting ada modal yang lebih untuk terus buat posting ni semua.... sesungguhnya saya hanya sekadar berkongsi maklumat bukan nak melobi sesiapa.... sekiranya ada salah dan silap harap di maafkan... jumperr di mana-mana terjah jerr terus... isyaallah jika di panjangkan usia.... kita bertemu lagi d lain posting...!!! 

Bye bye!!!

Tuesday, June 28, 2011

Info: Penemuan Telur Ayam Berbentuk Bujur Dan Bulat !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....!

Takde ape nak citer saje posting info diambik dari Malaysiakini... isu telur.. takde la pelik mana sangat pun,


Telur Ayam Berbentuk Bujur dijumpai di Melaka. Tak kan dari reban geng ayam serama Melaka kut...??? hehehe.... bukan telur baka Lang yerr???




Yang ini pulak Telur Bulat semua....




Seorang Chef sebuah hotel terkejut beruk apabila mendapati sebiji telur dia ayam di dapur hotel tempatnya bekerja berbentuk bulat. Satu penemuan satu dalam billion!

Kebiasaanya, telur ayam berbentuk bujur dan tidak pernah terdengar ada telur ayam berbentuk bulat. Tapi Chef James Church menjadi manusia bertuah menjumpai telur ayam berbentuk bulat.

okey la... lepas ni kalau ade sesapa dapat telur salah satu dari dua jenis ni bleh la call Malaysia kini.... glemour la reban tu nanti... ambik lakk gambar induk yg selam-selam, confirm naik harga... hehehehe

okey.. bye!


Monday, June 27, 2011

Game Kecik D' Alor Star Bhg. I

Assallamualaikum  dan Salam Sejahtera.


Bertemu lagi untuk report posting game D' Alor Star. Kebetulan SPB hari sabtu, kesihatan agak kurang baik kerana sedikit selsema belanjutan pada hari game.... sudahnya ingat nak bawak 2-3 ekor ayam saat-saat akhir cancel bawak sekor jerr Blackbird dengan reputasi first timer masuk bon.... alhamdulilah gaya, tubuh, warna semua tip top cuma salah masuk kategori sudahnya kena potong markah ciri-ciri... hehehe patut masuk kategori muda takpe lahh kalau nak ikutkan umur masih remaja tapi dah ada ciri-ciri muda... so terima saja keputusan pengadil dengan hati terbuka....

Apa-apa pun pada hari pertandingan persaingan cukup hebat dalam dua kategori... Muda dan Remaja jumlah keseluruhan ayam yang masuk bertanding adalah 139 mengikut maklumat terakhir yang diberikan oleh pihak urusetia dan ini menandakan sambutan agak positif jika dibandingkan dengan dulu game sekecil ini sekitar 90 - 100 penyertaan sahaja. Apa yang dimaklumkan kepada saya hampir 80% mereka yang hadir adalah dari kawasan Utara selebihnya ada dari KL dan sebagainya.

Dan yang lebih terasa kehangatan game kali ini adalah apabila melihat minoriti kaum Cina sudah ada yang menunjukkan belang taringnya apa bila ada dua tiga para peserta kaum berbangsa cina telah memecah monopoli bagi hadiah utama dalam kategori Remaja dan Anak B. Ini adalah satu tamparan hebat bagi para peserta terutamanya otai-otai serama untuk menghasilkan baka-baka champion dan ini satu respond yang positif saya rasa kerana sejak kebangkitan semula game-game alaf baru ini amat kurang pembabitan kaum lain dalam pertandingan Kecantikan Ayam Serama ini tidak seperti tahun di era 90an dulu.

Baiklah untuk paparan seterusnya mari kita lihat foto yang sempat di snep dari lensa kamera buruk saya.... hehe

Pemandangan dari sudut tepi tapak pertandingan


Pandangan dari tepi pintu masuk utama ke tapak pertandingan.


Hahaha.... Otai.. otai lama di tempat urusetia..
(melilau SPB cari tempat pendaftaran.. rupanya di stand teksi dia orang lepak)

 Pengunjung supermarket memang teruja habis lah.. hari tu!!


 Geng baju merah ni... ada saja walaupun dimana Bon diadakan... geng mana ni??


 Perhh... tahap sesak gaban waktu ni..... memang stok makcik-makcik nak balik dari pasar nak siapkan makan tengah hari..... kalau pak cik datang sorang2 pergi pasar, jawabnya memang makan luar hari tu.


 Gambar dari sudut dalam.....

Penggunaan alatan teknologi terkini amat memberikan keputusan yang cepat dan tepat.. syabas!! SPB ingat kalau ada rezeki nak buat game benda ni semua kena ambil kira jugak... baru alaf baru yerr dok?? hehe


Dimeja pengadilan....



Papan keyataan Markah !!!



Okey lah... setakat ini dulu gambar buat kali ni.. Masih ada sambungan SPB akan rangkumkan untuk keseluruhan acara pada posting bahagian kedua nanti.... Syabas diucapkan kepada Persatuan Serama Negeri Kedah atas penganjuran BON kali ini. Apa-apa pun tunggu posting bahagian kedua yerr...!!

Bye-bye!! ......... bersambung...



Wednesday, June 22, 2011

Serama oh serama!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah beberapa hari blog tidak di update... bukan takde isu tapi saja nak jarak-jarakkan posting kalau dah tiap-tiap hari nak buat posting alamat jawabnya saya kena berhenti keja pasal nak moniter blog aje... hehehe (melawak je)

Untuk posting kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai beberapa game yang akan diadakan di penghujung bulan menghampiri bulan ramadhan (puasa), boleh dikatakan hampir setiap minggu ada bon kecil akan diadakan ... pejam celik sudah penghujung bulan Jun dan di awal bulan Ogos umat Islam akan berpuasa ini bermakna akan penuh lah reban dengan pembaka-pembaka chempion yang telah sekian lama tidak di satukan dengan induk, hahaha lepas raya akan keluar pelapis chempion yang baru. Ada masyuk!!!

Okey berbalik dengan cerita kita tadi mengenai game-game sekitar bulan Jun dan Julai ini ada pelbagai cerita dan gosip yang SPB dengar ada yang kata tarikh terlalu dekat, game tak besar tak berbaloi nak datang dan ada juga yang masih berbunyi tentang mutu pengadilan... macam-macam hal. Tapi bagi SPB lebih baik kecil tapi ada selalu dari pada game besar setahun sekali... apa kata anda...?

Ada seorang sahabat peminat Ayam serama menalifon SPB, berkaitan dengan bon-bon kecil yang bagi fikiranya tak berapa berbaloi serta tak dapat menarik banyak penyertaan. (pandangan) Apa yang boleh SPB katakan buat masa sekarang beginilah fenomenanya... kita kurang penajaan dan tidak seperti sesetengah negeri yang ada penglibatan dari badan-badan bekanun dan swasta, jadi mudah bagi mereka untuk membuat perancangan yang lebih grand dan besar... 

Sahabat juga ada memberi cadangan agar kelab serama menglibatkan badan-badan kerajaan untuk sama-sama menjayakan matlamat ini contohnya kementerian pelancongan negeri, pejabat2 belia dan beberapa lagi agensi kerajaan yang boleh mempromosikan hobi ini dimata umum. Namun bagi saya selagi setiap persatuan di peringkat negeri tidak betul-betul bersatu hati serta mendatarkan persatuan mereka dibawah pendaftaran persatuan secara rasmi memang susah nak menjayakan pekara ini. Jadi bagi saya yang utama setiap negeri mesti bersatu dan mengujudkan satu persatuan yang di daftarkan secara sah dan dari situ sumber penajaan akan mudah diperolehi.

Bersambung.........



Sedikit update gambar dara selam SPB... dekat dua minggu tak bawak keluar berdiri diatas meja dah jadi camgini.... apa kata sahabat?

Maaf ayam tak bagi mandi.. dah dekat dua minggu tak pegang!!


Jalan jinjit, lehir ketar. Ada harapan ke nak bawak main ni...? 
Kakaknya dah dilamar orang Johor

Sunday, June 19, 2011

Sembang Serama: Pro dan kontra guna broker Ayam serama!

Kredit pic. Mie Bukit



Salam,
 
Dah lama nak menulis pasal topik tapi x berapa ada masa, saya tertarik email yg dihantar oleh saudara safura pasal broker ayam serama yang saya rasa boleh menyinggung perasaan broker ayam serama yang juga x kurang penting dalam memeriahkan dunia serama. Dari pengalaman saya membeli serama dan juga pengalaman rakan saya di johor dan melaka... tidak semua broker ni menjual ayam dengan harga yang tinggi dan menyembunyikan tuan asal ayam..ada juga broker yang jujur dan dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan begitu baik.
 
Saya ada seorang kawan yg boleh dikatakan berwang dan baru menceburi dunia serama, saya ada beberapa kali rekemen dia dengan seorang broker di kelantan dan seorang broker di terengganu, kedua2 broker ini amat saya kenali dan saya rasa saudara2 pun ramai yg kenal dgn kedua2nya, saya telah menguruskan pembelian seekor serama untuknya melalui salah seorang dari broker ni, bila masuk pertandingan ayam ni telah kalah kerana ekor x siap, mungkin dia rasa kecewa dan tidak berpa faham cara pengambilan markah.. selepas dari pada tu dia mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke kelantan dan terengganu,pergi sendiri ke rumah breeder untuk mendapatkan serama yang baik,setelah lbh kurang 8 bulan berulang alik ke kelantan dan terengganu....dia telah membeli beberapa ekor jantan untuk bertanding dan beberapa ekor betina (untuk bertanding dan baka), kawan saya ni dah menghabiskan lebih kurang 18k untuk ini semua...setelah ada semu senjata ditangan dia pun pergi la berjuang bertanding dan ada beberapa pertandingan saya ada bersamanya... hasilnya sungguh mengecewakan dan bila saya lihat dengan mata sendiri ada beberapa ekor ayam yg beliau beli sendiri dari breeder tidak sesuai dengan harga yang dibayarnya dan ayam yang mula2 saya tolong uruskan beli dengan boker telah mendapat johan di bon besar di terengganu, ini buka cerita rekaan tapi adalah kenyataan yg perlu saya kongsi dengan kawan-kawan.
 
 Pada saya bukan status broker ataupun breeder yang jadi masalahnya.... akhlak seseorg tu penting... broker ada yang jujur dan kurang jujur, begitu juga dgn breeder...ada juga breeder yang kerja sambilannya menjadi seorang broker (ini lah kenyataan yang selalu disembunyikan demi harga diri)...
 
Bersambung.......
  Posting ini di ambik dari sumber internet

Friday, June 17, 2011

Sembang Serama: Breeder Sejati !

 Kredit Raja Kubing
Salam,

Saya ingin mengupas apa yg dikatakan oleh safura, terlebih dulu saya nak minta maaf jika apa yg bakal saya katakan ini menyinggung mana2 pihak dan jika ada fakta yang salah tolong tegur dan perbetulkan..
Kalau mengikut sejarah serama yang saya dengar,pergi krusus dan bertanya sendiri kepada pembaka asal dan orang2 yang lama berkecimpung dalam dunia serama di kelantan dan terengganu..pertandingan serama ni dah bermula dari tahun 70 an lagi...saya pernah melihat slide gambar pertandingan serama / kapan tahun 70an semasa menghadiri krusus pengadilan dan pembelaan serama di awal pembabitan saya dalam serama, masa tu serama/kapan di pertandingkan mengikut warna, warna putih akan dipertandigkan dgn warna putih,begitu jugak dengan warna2 lain, masa tu cuma ada 4 warna saje, putih, kuning, hitam dan rinting(bi-colour), rasanya kaedah pertandingan ini ditiru daripada pertandingan japanese bantam yang lebih lama terkenal dari serama di negara Thailand.
Bila saya bertanya peminat2 lama serama di kelantan dan terengganu,mereka mengakui memang serama ni dah ada di sana dalam tahun 70an, malah kawan saya di johor bahru pun pernah membeli serama sekitar tahun 70an di kelantan dengan harga RM2 seekor, mengikut cerita kawan saya ni dia membelinya dengan seorang pakcik di kelantan yg membela serama dibawah rumah, masa tu dia panggil ayam katik,dia bawak balik ayam tu naik bas kerana terlalu minat, kawan saya ni memang minat burung2 pelik, dalam tahun 2000 saya ada pergi ke rumah kawan di johor bahru ni dan mendapati keturunan asal ayam yang dibawa dari kelantan tu masih ada lagi...cutting ayam kat rumah dia ialah pertengahan antara cutting serama tahun 90an(iaitu yg berdiri tegak je) dgn cutting kapan.Bila saya ke kelantan berjumpa dengan salah seorang pembaka tersohor iaitu Pok Nik Rashid, beliau juga mengatakan sudah membela serama dari tahun 70an, bersama dengan ah wee dll...Seorang lagi otai yang dah bela serama dari tahun 70an yang saya kenal ialah saudara Awang Rashid ataupun di panggil Rashid Marang, dirumah beliau ada piala pertandingan serama tahun 70an(klu x silap saya beliau la orang pertama yang membawa baka limbat dari kelantan ke terengganu)...klu tak silap abg mat awang ada beritahu yang dia bela serama dalam tahun 90an, saya pergi rumah dia dengan nik rizwan, husin pulak saya x pasti sebab belom jumpa,  (ketika itu)

Klu kita tengok dari cerita2 diatas,sudah tentu klu nak diikutkan Pok nik rashid, Ah wee dan Rahid marang la orang sepatutnya mendapat nama pembaka awal , tapi kenapa tidak jadi yang sepatutnya? Baka Husin dan baka mat awang pulak yang tersohor, Pok nik rashid pulak naik nama bakanya sekitar tahun 2000(geliga kundur), selepas era husin dan mat awang. Berapa lama seseorg tu main/bela serama tidak menjamin dia untuk jadi tersohor.Kalau kat terengganu pulak takda pulak dengar baka rashid marang walaupun beliau antara orang yang terawal bermain serama di malaysia, kat kelantan dan terengganu ramai penternak yg mempunyai ayam cantik dan menang tapi masih org x kata baka, maknanya ayam menang pun belom boleh menjamin orang tu jadi tersohor dan disebut2 bakanya, cuma orang akan cakap beli ayam kat rumah sipolan sipolan je, tapi x menyebut baka sipolan, kalau kat terengganu yang selalu saya dengar orang akan cakap baka abg man dagangan(deraman) dan baka syawal dungun...kenapa?
Hasil kajian yang saya buat(ini hanya lah pendapat saya hasil dari melawat tempat ternakan serama), ada beberapa ciri yang menyebabkan baka serama seseorg individu tu boleh kekal dan diingati macam mat awang dan husin.
1)Hasil serama dari reban seseorang tu mesti cantik,selalu menang pertandingan.
2) Kuantiti serama dan Peratusan hasil serama yang cantik kat reban seseorng tu mesti tinggi(klu setakat 1 tahun nak keluar yang cantik seekor pun payah susah la nak supply peminat).
Kedua2 syarat diatas masih belum blh menjamin seseorg tu diiktiraf sebagai pembaka tanpa syarat yg ke 3 ni.....
3)Dan yang paling penting bagi saya jika seseorang tu nak jadi macam husin dan mat awang yang baka mereka sentiasa disebut sampi sekarang selain dari 2 syarat di atas ialah IDENTITI, hasil serama direban kita mestilah berindentiti cantik yang lain dari reban org lain, ayam kita mesti ada identiti tersendiri dan identiti tu mestila kekal, tak kira dari segi asesori, warna ataupun gaya...itu sebab la abang man dagangan dan syawal dungun, orang boleh memanggil ayam mereka dengan nama baka mereka sendiri....cantik dan mempunyai identiti sendiri,
ps- ingat nak sambung pasal beli ayam direct dengan penternak dan orang tengah apa pro dan kontranya...email ni pun da panjang sangat...nanti saya balas lain kali pulak..

Terima kasih
Abd.Rahman
Serama Melaka
(diambil dari sumber internet)


Thursday, June 16, 2011

Update Reban 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Takda ape sangat info kali ni.. just nak update gambar ayam di reban SPB, dah lama juga rasanya tak update gambar ayam sendiri... asyik duk taruk ayam reban orang lain jerr hehe.

Ada satu dua gambar jerr, nanti update lagi... kalau semua nak taruk sekali.... nanti takde ape yang nak di update.. yerr tak?

Harap-harap sudi la melihat ayam SPB yang tak seberapa ni. Ayam biasa-biasa ja......





Ikon SPB `Pek On '(peon)


Remaja Blackbird sekali-sekali dia tarik abis.... Baka Lang


Ingat lagi tak pada anak b yang diberi nama si Gading... hehehe dah remaja AA


Rinting Kubing dengan balung lilinnya...


Pembaka sepenuh masa.... Kuning


anak B


anak A


Induk bersama anak peon dan anak kubing


Nanti saya upload lagi gambar anak A dan B... dah boleh gi antar game selalu..... hehe!





Tuesday, June 14, 2011

Sembang Serama: Baka Oh Baka !! Bhg II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .........

gambar kredit Serama Utara

Saya lanjutkan perbincangan dari GASP kedua2 platform...
 
Baka...penting untuk kita tahu ciri yg ada pada baka dan bagaimana hasil yang kita jangkakan. Kalau baka A kita ketahui bulu lambak dan baka B pun bulu lambak, takkan kita nak kacuk baka A & B utk dapat anak bulu rapat (kemas). Sebenarnya kebanyakan dari kita cuma improve dari baka yg breeder dulu mulakan.
 
Semalam saya dok bincang dengan member pasal ayam tarik. Ayam tarik ni payah dari segenap segi. Menetas 5 ekor belum tentu semua tarik. Kalau tarik dari kecik, chasis lak mudah lari. Kalau tak chasis ekor lari. Pengalaman menjaga anak tarik dari kecik cukup meletihkan. Kejap ekor senget kiri, kejap kanan. Pastu ekor tikam kepala. Ada yg dada timbul sebelah. Fuhh mcm2.
 
Berbalik pada BAKA, memang ada yang fanatik dengan satu baka shj. Kita jangan lupa sejarah membuktikan bahawa Abg Husin, Abg Mat Awang, Pok Nik Rashid kini tenggelam dari arena serama sedangkan mereka pernah berada 'di puncak'. Kenapa terjadi sedemikian??? Saya pun tak tahu kenapa tapi mungkin ramai dari kita menyedari sebab ada sebahagian dari 'kita' pernah mengesyorkan kepada mereka-mereka ni untuk cuba improve serama mereka melalui cross breed tapi siapalah kami yang nak ajar OTAI (orang lama) dalam serama ni.
 
Mungkin hari ni kedengaran baka Limbat dari Terengganu mendominasi trend ayam dari segi gaya, namun saya melihat masih ada ruang untuk ditingkatkan. Biarlah mereka yang arif dengan baka Limbat yg memberi komen part mana yg boleh di'tambah baikkan'.


Nik - kdg terfikir camana nak hasilkan ayam sekecil burung puyuh. Kalau anjing pun org boleh buat 'pocket size' serama lagilah boleh kot.


Komen ini di ambil dari sumber internet.



Monday, June 13, 2011

Ayam Serama untuk di Jual !! (SOLD OUT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Okey hari ni cuma nak bagi tahu ayam dah penuh reban, nak kena letgo mana yang perlu...

Cili Anak masa anak C


Cili Sekarang dah bersedia nak masuk kategori remaja....
boleh hantar game any time... For sale !!



Baka tersohor.. nak letgo..!

Rinting Kubing...! pun nak jual.... jugak.



Induk remaja Ara (selam)


Anak B

Okey sebenarnya ada empat pasang anak B yang nak di letgo (dijual) jadi kepada sesiapa yang berminat boleh tel SPB sendiri atau Msg pun okey la.... tapi kalau terlambat balas harap maklum, mungkin kredit dah abis... hehehe

Selain itu, SPB ada 3 ekor remaja kaler Ara yang nak di letgo... memandangkan SPB dah ada simpanan  kaler Ara dan juga mengelakkan dari reban overload maka dilepaskan juga... walaupun sayang rasanya, nak buat macam mana... nanti takut tak sempat nak dijaga, ayam cantik pun dah tak guna...!

okey panjang cerita takde, kepada yang berminat boleh datang reban terus...! baka saya boleh cerita...! apa ada hal... nego sampai lembik. hehe

bye  bye!






Friday, June 10, 2011

Sembang Serama: Baka Oh Baka !! Bhg I



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni SPB nak ajak kawan-kawan, sahabat serama berdiskusi tentang baka ayam serama. Ada satu pandangan yang SPB terbaca di forum dalam internet mengenai isu baka ni. SPB rasa benda ni bagus jugak untuk renungan kita terutama kepada breeder-breeder sejati dan broker ayam. 

Apa-apa pun SPB harap kalau ada pandangan dan cemuhan sila lontarkan diruangan komen jangan penuhkan di Chetbox hehehe nanti orang susah nak nampak... yerr TQ.

_______________________________________________________

Salam,

Setelah 3 hari Isu Ayam Serama saya kemukakan saya tengok GASP ni dah aktif balik...kalau sebelum ni nampak lembab aje...sekarang ni dah nampak OK sikit ada le email dari GASP dalam 5-6 sehari...

Dalam masa 3 hari ni juga saya nampak tidak ada kesimpulan yang boleh saya buat tentang isu tersebut.... Cikgu Ameran kata baka siapa tak
penting...ciri-ciri ayam serama tu yang penting....Cikgu Faizal pula
kata baka tu penting untuk menentukan cantik atau buruknya anak ayam serama nanti...'confius' saya sebagai orang baru dalam bidang ni.

Cuba fikirkan...kalau BAKA yang menentukan segalanya...
ke mana
menghilang ayam serama Abang Hussin dan Abang Mat Awang. Rasa saya tak ada ayam yang cantik di rumah mereka sekarang....
tak ada seorang pun yang dapat nombor di pertandingan-pertandingan mengatakan mereka mendapatkan ayam tersebut dari rumah mereka berdua. Menunjukkan BAKA bukan penentu segalanya....INOVASI dalam mengacuk ayam serama perlu ada...terjadinya ayam serama hasil dari kacukan demi kacukan dari perbagai jenis ayam seperti japannese bantam, ayam katik ( ayam Thailand yang kecil dan berkaki pendek ), ayam hutan dan pelbagai jenis ayam lagi oleh WEE atau orang Kelantan memanggilnya AWI...abang Hussin dan Abang Mat Awang sendiri pun mengambil ayam serama dari sini bukannya yang mereka buat sendiri...menunjukkan mereka juga MENGUTIP ayam dari rumah orang lain juga....tapi kenapa bila disebut soal BAKA nama mereka yang disebut-sebut bukannya WEE atau AWI yang menciptanya...

Satu lagi saya rasa cikgu Faizal sendiri pun tak beli baka yang
dikatakan baka abang Hussin tu daripada tangan abang hussin sendiri
kan ( Hussin PIAU )...mungkin u dapatkannya daripada rumah
sianu-sianu.
..sepatutnya baka tersebut bukan baka abang Hussin lagi,
ianya dah jadi baka SIANU...sebab dia mungkin dah kacukkannya dengan beberapa jenis serama lain lagi. Tapi dah jadi tabiat kita nak
kekalkan nama Abang Hussin...nak tumpang glamour Abang Hussin
barangkali..
.sebab Abang Hussin sewaktu masa dahulu dapat menjual ayam serama mahal-mahalkan.

Saya mencadangkan.
..tak perlu le disebut-sebut nama mereka berdua
tu...kalau anak ayam terhasil di rumah kita...itu baka kita le...biar
berbaloi wang yang kita keluarkan...
.ni beli ayam lima enam ribu...dapat anak kata baka orang...tak ke rugi tu...lain le BROKER ayam... terpaksa le guna nama abang Hussin dan Mat Awang untuk jual ayam... sebab kalau orang nak cari rumah mereka berdua tu...belum tentu dapat....dia tak akan kata ayam baka cikgu Faizal walaupun kalau betul dia dapatkan dengan cikgu...sebab takut pelanggan mereka berpusu-pusu ke rumah cikgu Faizal...tertutup periuk nasi mereka nanti...Heh..heh..heh

Apa-apa pun...saya minta maaf le kalau kesimpulan saya mengenai isu
ini telah menyinggung perasaan member-member GASP semua, saya orang baru dalam bidang ini....apa yang saya mahu ialah kita sama-sama mencipta ayam serama yang tercanggih..
.dan gunakan nama kita di atas hasil ciptaan kita itu nanti...biar orang tahu itu adalah AYAM KITA..bye


Komen ini di ambil dari sumber Internet........ Harap Maklum !

Monday, June 6, 2011

Review : Pertandingan Kecantikan Ayam Serama Langkawi Bhg. II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu lagi kita kali ni untuk review game di Langkawi baru-baru ini... Overall dari kaca mata SPB pertandingan ini bukanlah event yang besar namun jumlah hadiah yang disediakan adalah besar namun dengan status sponsored by ni, camgitulah puas hati la kepada mereka yang mengambil bahagian, namun begitu bagi pendapat sesetengah peserta hadiah yang berupa Hemper yang besar-besar begitu, amatlah memeritkan apabila terpaksa nak menyeret sampai ke pelabuhan jeti. 

Bayangkan kalau datang berdua hadiah pulak bawak balik 5.....ayam dengan sangkar, belum campur barang dapur pinggan mangkuk periuk belangga segala nak diangkut, orang rumah pun nak diberi hadiah jugak, takut nanti game tempat lain terlepas pulak... hahaha jawabnya sampai di rumah, orang rumah la pulak jenuh kena urut pinggang.... 

 Hadiah yang disediakan memang banyak...

Okey bagi sesetengah para peserta pula ada yang berpendapat mungkin pemberian wang tunai agak berbaloi memandangkan jarak perjalanan dan keadaan tempat pertandingan.. kalau peserta nak beli coklet ke apa pun, pandai-pandai cari kedai.

Selain daripada itu sedikit komen tentang kawasan yang berhampiran dengan tepi pantai yang mana tiupan angin boleh tahan kuat sampai ada ayam yang nampak tak stable tambah pulak ayam muda atau remaja... boleh hilang gaya o.. hehehe 

Manakala pengadilan mungkin lain kali penganjur boleh import dari negeri lain bagi tambah variasi lagi keputusan. Apa-apa pun keputusan dah dibuat, jadi para peserta semua kena berpuah hati okey... cuma SPB nak jugak beri cadangan untuk BOTB lepas ni, apa kata pertandingan yang diadakan tak kira dimana pun atau negeri mana pun, BOTB cuba kita bagi para penggunjung yang hadir beri penggadilan... tak kira la.. kalau Mat Salleh ke minah jepun ke atau Makcik Leha jual goreng pisang ke.. tapi mereka yang ada di situ la... maknanya dia berminat, jadi kita minta diaorang ni yang beri markah dan memilih ayam yang menjadi pilihan Best Of The Best pada hari pertandingan tu.... Baru International ! 

Kalau kita asyik beri kepada yang pakar saja, mungkin ada yang sudah mengenali tuan punya ayam, atau pun ayam dah biasa menang BOTB tak kan member nak beri markah rendah-rendah koman spanar  la (orang utara kata)  ... kalau pikir logiknya memang ada.

Bagi para penggunjung ada juga SPB bertanya-tanya apa riaksi mereka, ramai yang memuji kerana menghidupkan kembali hobi yang dianggap oleh mereka telah lama berkubur. Mat salleh pun ada sempat bergambar dengan SPB dan tanya-tanya harga ayam, SPB ribu-ribukan jerr ayam sendiri.. melopong gak Mat Salleh tu.. apa ingat jual timbang kilo ke ape?

"Best Of The Best " Kasi Pengunjung buat pilihan.

Dan tahniah juga kepada pemenang-pemenang SPB ucapkan, ramai juga muka-muka baru yang naik podium ambik hadiah dan yang lebih membanggakan rata-ratanya lapis-lapis muda dan mereka menunjukkan minat yang tinggi kalau tidak, takkan bawak balik hadiah utama ye dak?... hehehe

Okey apa-apa pun semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan beres.. hadiah pun dah selesai, yang best lagi semua peserta diberikan sijil penyertaan, itu adalah suatu perubahan baik sekali.. sekurang-kurangnya ada kenangan di Langkawi kalau kita datang ke sana bila-bila masa nanti.. boleh bagi tahu anak cucu, atuk pernah pergi Game kat Langkawi dulu, masa muda-muda...tak percaya pergi tengok sijil kat dalam almari besi. kan dah jadi legend tu. hehe

Sedikit gambar para pemenang utama yang sempat di snep... apa-apa pun Langkawi meriah.. hadiah pun meriah.. senget Feri masa nak bawak balik hadiah.

















Senget feri nak bawak balik hadiah... hehehe

Akhir Kalam Dari SPB setinggi-tinggi tahniah kepada Group Serama Langkawi kerana berjaya menganjurkan pertandingan yang cukup meriah dan berjaya menarik ramai pengunjung di dalam dan luar negara. Kalau ada mereka yang menyatakan bahawa bahawa Langkawi tidak sesuai untuk Event sebegini, SPB bangkang sama sekali, mana ada tempat yang paling sesuai kalau bukan di Langkawi kerana di sinilah tempat tumpuan dunia, kenapa kita tak boleh Suport hobi yang menjadi Ikon negara kita, jangan hanya sekadar gah pada nama sahaja. Mengapa tidak kita memberi sokongan padu untuk menaik tarafkan hobi yang lumayan ini di mata dunia? 

Disinilah, ditempat inilah sebenarnya menjadi hot spot untuk kita mengetengahkan hobi ini, agar menjadi international bukan di Ceruk tok Kun, atau di Balik Pulau bukan di Kuala kurau atau ditempat namanya kecil sekali di peta dunia, nah inilah tempatnya dimana event besar seperti De le tour Langkawi, ini lah tempat yang amat sesuai. Cuba kita buka minda dan keluar dari kotak pemikiran this its it.

SPB berharap selepas ini lebih ramai para peserta dari dalam dan luar kawasan yang ingin mengambil bahagian dan bersama-sama mengetengahkan Hobi ini agar ia menjadi tumpuan pada mata dunia dan hobi ini terus berkembang mekar dan mengegarkan seantero dunia dengan Ikon Negara Ayam Serama. 

Iklas dari saya maaf sekiranya ada yang tak kena, apa yang baik kita kongsikan bersama-sama, yang buruk kita tinggalkan, salam kemaafan sekiranya ada yang terasa.

Bye-bye !!