~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, March 29, 2011

Pertandingan Ayam Serama !

PERTANDINGAN AYAM SERAMA ~ 17 APRIL 2011

Assalammualaikum..... Salam 1Malaysia... Makluman kepada semua rakan-rakan serama seluruh Malaysia, satu Pertandingan Ayam Serama akan diadakan pada tarikh 17 April 2011 (Ahad) di perkarangan Stadium Hoki Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka.

Yuran penyertaan RM30.00...

Johan RM80.00 berserta piala
Ke 2 RM70.00 berserta piala
ke 3 RM50.00 berserta piala
Saguhati RM30.00 (30% daripada jumlah ayam setiap kategori)

**BOTB RM50.00 berserta piala.

**** Hadiah untuk wang tunai akan ditambah mengikut jumlah ayam bagi setiap kategori.

Cabutan bertuah iaitu hamper dan barangan harian.

Friday, March 25, 2011

Ayam Serama: penyambung baka reban !

Lagi gambar penyambung baka di reban Laman Serama Parit Buntar....!

Tok Uban + Ara
Kaki Kuning

Pure Ara
Kaki Hijau


Nampak macam dua beradik... tapi seekor dari Baka Kelantan sekor lagi dari Terengganu !
Kita lihat nanti macam mana perkembangan 2 sahabat ni...!

Thursday, March 24, 2011

Ayam Serama: Anak Lapis Baru SPB!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...



Untuk update blog kali ni SPB nak tampilkan anak muka baru yang berada di reban buat lapis 2011. Nampak bergaya dan harap-harap boleh pergi jauh.... memandangkan masih anak A jadi jantan betina masih diragui... mungkin dalam 2 minggu lagi kita boleh tahu jantinanya dengan lebih tepat... apa-apa pun kita lihat nanti..

Antara baka yang diwarisi adalah Baka Messi the Legend (Cg. Zul Tg. Piandang), Seri Gading , Paklang Kedah dan Baka Limau Madu Pak Sheikh Pendang.... harap2 menjadi anak-anak ni nanti... !









Gading Betuah !!



Ni gambar Si Gading terbaru.... lambat galak jugak.. nampak nyerr!!!


Monday, March 21, 2011

Ayam Serama : Game Progrem Perpaduan Rakyat Negeri Perlis !

Assalammualaikum dan salam Satu Malaysia,

Hari ini SPB meng-update posting untuk Pertandingan Ayam Serama di Progrem Perpaduan Rakyat Negeri Perlis pada 19 Mac yang lalu. Walaupun sambutan di game perlis kali ini agak kurang menggalakkan namun kemeriahan acara pertandingan tetap menyerlah dengan majlis penutupan progrem Perpaduan rakyat yang sepatutnya di rasmikan oleh Y.A.B. DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU Menteri Besar perlis. Namun disebabkan ada urusan yang lebih penting maka tugas itu diamanahkan kepada Setiausaha Politik beliau.

Pelbagai acara menarik turut diadakan pada hari itu antaranya pertandingan Suara Burung dan pamiran dari agensi kerajaan turut diadakan disebelah pagi. Namun begitu apa yang saya perhatikan penyertaan untuk pertandingan ayam serama tidak begitu banyak, mungkin kerana game kali ini game kecil namun hadiah RM300 untuk setiap Johan Ketagori dan RM100 untuk BOTB dan untuk hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai... SPB rasa kalau promosi all out ramai yang nak join. Namun SPB juga ada dengar yang game kali ni pun, bertembung dengan game kecil di sebelah Pantai Timur jadi penyertaan dari peserta Pantai Timur amat kurang sekali pada kali ini.

Apa-apa pun SPB ada sediakan sedikit foto pada game hari itu jom kita lihat sama-sama...!



Suasana sekitar Pertandingan Ayam Serama

 Meja Urusetia

 Suasana lapang dan selesa....

Meja kiraan Markah



 Antara Pengadil yang bertugas

Peminat Suara Burung masih tidak berganjak biar pun pertandingan suara burung telah lama melabuh tirai.





Kubing Bertuah sedang di nilai.
 

Bincang-bincang petang (Mizi Penaga, Che Mat Kulim, Mie Kebab Penang dan SPB)



Antara gambar pemenang- pemenang....!!







hehehe...... ada jugak ambik hadiah Utama. Alhamdulilah!!

Peserta-peserta Chempion menantikan detik BOTB


Bast Of The Bast !!!


Malang sekali ketika pemenang BOTB kamera dah abis beteri ... so tak boleh nak posting juga gambarnya dan tak teringat handphone murah yang duk ada juga... Jadi sejuta Tahniah kepada Cikgu Putera dari Kedah Johan Ketagori A dan BOTB negeri Perlis... Jumpa lagi di game Perlis pada 2hb April nanti Insyaallah... !




Gambar Kubing Bertuah Ketagori B !

Dengan mata Gaya 22.5

Alhamdulilah!!! rezeki SPB bawak yang ini....!!!



Friday, March 18, 2011

Ayam Serama:Tips hari ini!!! Untuk orang baru



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Untuk hari ni takde edisi terjah reban just nak kongsi cerita je... banyak saya dapat call dan msg bertanyakan dimana, bagaimana dan macam mana nak dapat ayam murah dan tak kena tipu...

Huh! kalau semua msg saya nak kena jawab dan balas, jawabnya tokey ayam pun jual reban....sapa la agak2 nak tolong topup kredit hp saya ni... kekeke! begurau ok!

So... camgini lah, saya buat terjah reban... pastu saya bagi no tel dan kadang-kadang dengan alamat breeder lagi saya kasi... tapi iya la mana kita nak tahu breeder ni tipu ke tak, betul jugak.... ! persoalannya sekarang kat mana nak dapat ayam murah dan berkualiti dan yang pasti tak kena tipu...!!! okey saya kasi tip jerr... bukan 100% berjaya ok!

1st. Mula-mula berkenal-kenalan lah dulu dengan breeder ni semua org kata merisik-risik tapi jangan semua ayam nak ditanya dari anak sampai dah siap semua nak tanya alih-alih tak jadi beli, tak angin breeder kita tu... tengok bujet kita la jugak! sebelum buka mulut tu...

2. Kalau rasa nak main ayam dah siap selalunya mahal... terus terang saya cakap. Untuk Ayam Main Game mesti ada 1k baru orang kata bergaya nak pergi game. Harapan nak dapat nombor dalam rank cerah sikit.

3. Tapi kalau rasa bujet tak cukup nak main ayam siap main remaja atau muda...! harga mungkin boleh kurang lagi... tengok potensi la.. kadang2 ayam muda lebih mahal dari ayam siap kerana ayam muda potensi masa depan lebih cerah jika masa muda lagi dah biasa dapat  nombor masa main game, jawabnya jangan ditanya harga. Dan breeder pun susah nak lepas. (jadi harganya mahal)

4. Yang saya syorkan adalah anak B. Ini adalah bujet yang paling ideal dan menjimatkan kos... so kadang-kadang kalau breeder dah banyak ayam direban jadi breeder mudah sikit nak lepas dengan harga patut-patut je.... berbanding ayam muda atau remaja.

5. Kalau beli anak A lagi bagus... dah tentu murah tetapi risiko nya... anak A lebih susah nak nampak potensi jika dibandingkan dengan anak B, begitu juga dengan Muda dengan ayam yang dah Siap. Beza memang berbeza.

Jadi pandai-pandai lah buat pilihan yang mana bersesuainya dengan duit poket anda... jangan sampai dapur tak berasap sudah lah... arr satu lagi jangan kata saya memandai-mandai buat telahan... sebenarnya duit korang, korang punya suka... yerr tak.!!! apa yang penting kepuasan mata, dan hati.....(jangan ikut hati sangat karang merana diri)

So.... itu pandangan dari saya la... kalau ada salah dan silap harap maaf dipohon... ! segala idea yang bernas boleh masuk di ruangan komen kat bawah ni... tak yah lerr masuk chatbox.... tepi tu..! nanti orang lain tak boleh nampak pasal dah tertinggal komen jauh di belakang. okey ye, kalau salah minta betulkan... kalau ejaan salah... lantak lah, ini bukan masa nak ambik kerta BM SPM okey, ini jenis taip tak pandang keybord so jangan cakap banyak....kekekke! salam.




Wednesday, March 16, 2011

Terjah Reban Jas Penang !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu kita kali ini dengan edisi terjah reban yang seterusnya iaitu kereban seorang sahabat dari Penang yang mana ayam beliau terkenal dengan nama Kerismutiara. Tidak lain dan tidak bukan Saudara Jas Penang yang juga antara pengumpul dan peminat ayam serama dari zaman awal kemunculan hobi ini era 90an.

Keris Mutiara

Sahabat kita ni memang ramah dan mudah untuk didekati tambahan bila dah lama diajak berbual kita memang boleh cepat "in" kata mat salleh koboi. Bermula dengan modal yang agak tinggi sekitar 20k sekarang beliau boleh berbangga kerana talah banyak baka dan ayamnya menjadi pilihan dari dalam dan luar nagara.

Disini saya sediakan ada sedikit foto untuk tatapan anda semua.


Ruang reban utama (Gambar sebelah anak2 untuk peyambung baka)


Sembang Serama... Gaya Jas Penang ! (baju hitam Hazril SBD)




Latihan Petang......!



Antara yang menyengat!
Induk Utama !

Bakal mengegar kan Bon!!


Untuk peminat baru! tips untuk anda.... kalau nak cari ayam yang murah dan tak begaya ditambah menyakitkan mata lebih baik jangan dibeli. Baik kumpul lebih sedikit cari baka yang baik-baik dari tempat yang bagus-bagus agar tidak ditipu baru puas hati, puas mata dan puas dompet ! hehehe
 


Kadang-kadang kesian orang baru-baru, ada niat nak main ayam serama tapi bila beli ayam tak jadi langsung, habis patah semangat dan luluh jiwa lihat ayam orang lain begaya di atas meja ayam sendiri hanya tahu mematuk dan berkokok!

Apa-apa pun tips yang paling utama jangan cepat patah semangat dan bawa-bawa bersabar tuah ayam serama siapa yang tahu...!


Rating

Monday, March 14, 2011

Reban Ayam Serama !!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.....

Untuk posting hari ni takde ape sangat nak cerita cuma bila reban dah overload nak kena buat baru... bila buat baru kira nak cepat siap dan cepat ayam masuk reban... hehehe. Kalau ada banyak masa senang nak settle kan... tapi kalau terdesak- terdesak... asal boleh jerr... takde seni-seni nyerr...

Di dalam ni gambar reban yang baru disiapkan.... entah la macam gaya... asal boleh masuk je... hehehe buat hari sabtu dan ahad je... itu pun kalau takde reban yang nak diterjah.... kalau ikut hari, 5 hari siap macam ni...!!! Amacam boleh...?


 Empat ruang ayam remaja,... 4 lagi ruang untuk kelamin... hehehe


Hasil keje tangan sendiri .... boleh la yerr?


Ruang untuk Anak B atau remaja, kalau dah masuk muda macam dah tak sesuai dalam ni.

Lapik kaki........ untuk memudah nak buang najis...!!




Harap-harap dapat membiak dengan baik direban baru ni... reban lama masih okey teguh... pasal guna kayu 2 x 2, yang baru ni guna kayu 1 x 1 entah le macam mana... tapi rasanya okey jerrr  teguh jugak...! ini pun dapat idea bila melawat reban otai-otai tak sia-sia jugak berjalan-jalan ni, luas pemandangan banyak idea... okey berjumpa lagi di lain masa... !












Friday, March 11, 2011

Ayam Serama Saya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya saya ada banyak pekara yang hendak di postingkan dan dipublish, tetapi memandangkan dua tiga hari ni asyik tel berbunyi bertanyakan perihal ayam yang ada direban....

Ada yang bertanyakan kepada saya nak membeli anak ayam hingga ayam yang dah siap buat main, ia lah kot-kot ada yang hendak saya jual ?. Dan memandangkan saya memang tak ada ayam di reban untuk dijual (buat masa sekarang) jadi elok lah saya pekenalkan jerr ayam saya yang ada, yang tinggal nak buat main, itu pun kalau jadi dan tak meluruh.... kalau tak jadi, pakai yang mana ada aje lahh!!

Antara koleksi terbaru saya (ayam belunjur jerrr!!!)



Entah lerr nak jadi cam mana.... ayam Muda baru nak galak pun... saja try letak dengan induk Submerin agak-agak nanti cam mana rupanya! dia punya jack memang gerun !!! baka Orang Keramat Punya... berbanyak Terima Kasih saya ucapkan....




Maka dengan rasminya..... dua ekor ni bakal jadi produk rasmi SPB untuk tahun 2011. Kalau boleh buat main saya buat main game, kalau tak boleh... confirm buat baka! -Not For Sale - Tapi kalau berani letak harga cuba la...!

Dua Beradik! Gading Bertuah






Jadinya moga-moga ada harapan menjadi.... yang si Gading ni nampak ada potensi cerah apa kata anda?

sebenarnya ada lagi yang lain tapi cukup la untuk posting kali ni.... nanti bosan pulak kalau dah semua nak tunjuk sekali  yer dak?

Untuk srama krule sori saya tak MMs gambar jadi saya posting kat sini jerr terus...maaf yerr ! ada masalah teknikal dengan simcard hphone saya....!

Untuk Saudara Fiq terima lah gambar ni..... Emas Pauh 750 A Saiz


Maaf ayam lama tak mandi..tuanya sibuk ke reban orang lain. hehehehe