~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Tuesday, March 19, 2013

Standart markah gaya ayam serama

 Ayam tak mandi hehe


Assalammualikum dan salam sejahtera

Apa khabar agaknya geng serama semua, diharap berada dalam keadaan sihat semuanya. Agak lama jugak blog Spb tidak di upload cerita baru... sebenarnya ada banyak info baru, serta jadual pertandingan yang SPB dapat maklumat, tapi tak berkesempatan untuk dikongsikan bersama... namun apa pun SPB rasa banyak blog serama lain yang telah terlebih dahulu memberikan update informasi pertandingan.. Tahniah dan semoga Kesenian ayam serama terus dimartabatkan sebagai warisan negara.

Oh Spb tak nak menyentuh isu pertandingan walau pun ada dengar-dengar cerita yang kurang enak tapi apa pun kita bersama-sama duduk berbincang .. jangan gaduh-gaduh kita bincang ma... hahaha

Seperti kata Papazola... "kebenaran tidak akan kalah kepada kejahatan" Boiboiboy.

okey itu selingan sahaja.

Spb ada minta pandangan Otai lama dan bekas pengadil, tentang format pemarkahan dari sudut gaya ayam ini...  Apa kata beliau?

kata beliau"

"pengadil seharusnya mempunyai penanda aras untuk mengadili tiap seekor ayam serama yang dipertandingkan...."

Pertama sekali kita kira markah pada gaya.... seharusnya pengadil tahu format markah gaya pada hari itu setelah duduk berbincang dengan ketua penyelaras, berapa maksimum markah gaya pada hari itu... adakah 24 atau 23 atau bawah lagi...? (mungkin penganjur dengan pengadil kena duduk berbincang sebelum game)

Ok....Katakan paras maksimum gaya pada hari itu adalah 24.... Bila mana seekor ayam naik sahaja atas meja... pengadil tadi harus melihat kepada struktur tubuh ayam dahulu... kemudian adakah dia aktif, kalau dia mengibas sekali... pengadil kena letak gaya 20 atau 21... bukan muktamat tapi kita peggang dulu markah yang itu, kemudian sambil melihat pada warna, sayap, balung dan yang lain-lainnya, kemudian ayam tadi mengibas lagi untuk kali kedua dengan gaya yang baik... maka markah tadi dinaikkan kepada 22 atau 22.5... pengadil tak payah tulis la.. kena ingat dalam kepala baru profesional, dalam tempoh 2 minit... katakan ayam tadi mengibas lagi dan lagi serta gaya yang elok dan cantek... maka markah hendak lah dinaikkan had biar pun sehingga had maksimum yang ditetapkan... kalau dah ayam buat kerja atas meja kena bagi la jugak, walau pun kita tak suka warna dia....!

Jadinya... pengadil sudah ada satu standart yang betul dalam mengira gaya dan kibasan....jadi takda lah masalah sangat bila tengok ayam orang buat kerja tapi gaya 20.5 atau 21 ajerr.... banyak yang kita dengar macam tu..... Ayam kita pun biasa kena....! hahaha

Bab gaya ni memang banyak yang dipetikai sebab agak subjektif... jadi kena ada standart la... jangan sampai ada yang berpatah arang tak nak main ayam pulak... kita tak nak macam tu lagi.... meh..kita duduk berbincang muzakarah kalau ada yang baik kita tambah yang tak elok kita tinggalkan apa yang penting hobi ini akan terus di angkat dan dimartabatkan... 

note: Pandangan diatas adalah dari temu ramah saya dengan Bekas pengadil dan saya rasa beliau pun tak bersara lagi cuma beri laluan kepada orang baru.... Jadinya jangan lak nanti ada yang kata SPB ni memandai-mandai....pulak!

Kalau rasa ada betulnya pandangan otai ini sila kongsikan... kalau rasa tidak sesuai.. mana-mana pengadil boleh beritahu apa yang sepatutnya... kita boleh kongsi bersama...!

Akhir kalam dari SPB yang dah 4 minggu takda posting baru....

"Kebenaran akan mengatasi kejahatan..." Paparoza.. hahahaha



Jumpa lagi bye...bye!!



 P/S: Ada beberapa ekor ayam nak letgo... harga bawah paras syiling.... tapi stok buat baka jerr la...!! minat?? datang reban ambik.... penghantaran tidak disediakan!!! TQ