~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Sunday, February 16, 2014

Sembang serama : Ayam warna ARa

Assalaumualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk kesekalian kalinya posting yang sudah lama tak di update kehkehkeh...

Banyak benda nak di cerita... dari kisah di bon hingga ke kes kecurian ayam, memang banyak kalu nak di ceritakan tapi kita bermula dengan kisah Ayam Bon Warna Ara semakin hilang tempat di meja pengadilan.

Semasa di Bon sederhana anjuran Penang Group baru-baru ini, SPB berkesempatan berjumpa rakan-rakan serama, banyaklah kisah dan cerita bila dah berjumpa sebulan atau sekali-sekali ni... Antara topik yang menarik perhatian SPB sendiri adalah tentang kurangnya penyertaan ayam yang berwarna ARA hitam di atas meja pertandingan. Apakah sudah kekurangan baka Ara atau dah ramai breeder yang bertukar citarasa. Mana tidaknya semenjak kebelakangan ini warna kuning terus menerus menjadi pilihan di mata pengadil dan menjadi johan di kebanyakkan Bon. Apakah Warna Ara tidak lagi hebat seperti zaman kegemilanggannya dulu... Antaranya... Ara Khairi Sik... Raja Ara, Mat Ghadar dan beberapa lagi champion hebat yang menjadi buah mulut para peminat serama di satu ketika dulu.... Namun kini warna ini semakin tenggelam dan begitu susah untuk dilihat dimeja BOTB sekali pun. Mengapa??

Antara sembang-sembang serama dengan sahabat yang lain, ada yang mengatakan warna Ara ni susah nak dapat markah penuh tak seperti kuning warna yang sedap mata memandang.. betul juga kalau difikir-fikirkan tetapi bila di fikir kembali dan dihalusi bab warna ni adalah benda yang begitu subjektif... lain orang lain citarasanya... dan ayam serama seharusnya pelbagai warna barulah ada ciri-ciri keunikannya... atau kita nak breed ayam serama ni kena satu kaler saja... KUNING. (ayam serama mesti kuning klu keluar warna lain kira ayam kapan) hehehe tak logik juga kan?

Jadi banyaklah juga pendapat yang diberikan antaranya yang nampak lebih positif iaitu berkenaan markah warna dalam permakahan pertandingan. Ada sahabat yang memberi pandangan bahawa markah warna sememangnya dihapuskan dan tidak sesuai lagi kini, untuk mengalakkan lagi penyertaan dari pelbagai jenis warna ayam serama. Maksudnya bila tiada lagi pemarkahan warna mungkin tiada lagi masalah ayam rinting atau batik untuk muncul BOTB... kerana markah 0.5 sekali pun menjadi salah satu penghalang untuk bersaing dengan jaguh-jaguh lain yang lebih nampak sweet.... biar gaya dan ciri-ciri lain menjadi penanda aras untuk Ayam Serama itu menjadi juara, manakala warna menjadi nombor terakhir. Lagi pun markah bulu juga sudah ada... kalau bulu pecah-pecah dan comot harus di potong markahnya itu nampak lebih praktikal... begitu kata seorang sahabat yang juga player lama.

Bagi saya pula ada positifnya kenyataan sahabat ini, Demi menjadikan keunikan ayam serama, pekara ini harus di ambil kira saya juga risau jika ayam serama hanya terumpu kepada beberapa warna pilihan... akan kurang peminat ayam serama kalau hanya satu warna menjadi simpanan.... buat Poster pun tak comeiii hehehe

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera... bersama kita memartabatkan keunikan hobi berserama ini ke satu tahap yang terbaik, mungkin ia boleh dijadikan warisan kepada anak cucu kita dimasa akan datang. Kepada yang tidak begitu suka dengan posting saya ini bermohon maaf dipinta jangan dikeji jangan dihina, ini hanyalah pandangan sahaja.... yang baik jadikan tauladan yang tidak elok dijadikan sempadan... akhir kata dari SPB..... Hidup Serama Mania!


Jumpa Lagi Di lain Posting!