~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, January 26, 2012

Game Alor Star & Pelapis POPO !!!

Assalamualaikum dan Salamsejahtera.....

Terima kasih kepada pengunjung yang datang ke blog LSPB, takde hadiah yang nak SPB berikan.. insyaallah kalu ade rezeki lebih SPB pun nak juga sumbang hadiah kepada pengunjung setia Blog LSPB.....

Okey... untuk game Alor Setar ada sedikit paparan untuk pengunjung blog ini, maaf agak lewat posting game di Alor Setar.... macam biasa alasannya sibuk!!! hehehe,  jangan marehh!










Dari apa yang SPB lihat BON kecil seperti ini bila dijadikan acara sampingan bagi menyerikan majlis memang ada class nye.... contoh pendekatan pihak penganjur yang menganjurkan pertandingan pada kali ini, sempena hari KOKO mereka (hari kantin) acara jualan sekolah, ini adalah suatu tindakan yang sangat bijak. Selain dari pihak ibu bapa dan PIBG sekolah yang hadir, orang luar turut serta memeriahkan acara tahunan itu. Hasilnya banyak gerai makanan yang laris dan mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan.

SPB ada bertanya pada seorang perniaga makanan (mungkin Guru disekolah itu juga) bagaimana dengan hasil jualan pada kali ni?

Katanya lebih lumayan berbanding tahun-tahun sebelum ini, mungkin disebabkan penambahan pengunjung dari luar yang datang pada kali ini. 

Okey lah berbalik kepada menu acara kita kali ini, jumlah penyertaan keseluruhannya, berjumlah 165 penyertaan dan bagi SPB ia sudah cukup memadai kerna bon kecil yang dilakukan di dalam kawasan sendiri, so kos sewa khemah dan peralatan dah boleh dikurangkan dan mungkin berbaloi, tapi SPB tak berani nak kata jugak mungkin ada kos yang lain-lain lagi. Apa-apa pun Game kali ini meriah, berjalan dengan lancar dan sambutan yang cukup meriah terutama anak-anak kecil yang begitu meminati ayam serama. Hahaha.... lepas ni banyak la anak-anak sekolah yang merengek nak memelihara ayam serama pulak...!

Jadi lepas ni cikgu-cikgu semua boleh la dapatkan idea seperti ini, untuk menarik lebih ramai pengunjung luar bagi memeriahkan majlis di sekolah anda nanti....!

Okeylah sampai di sini dulu berjumpa lagi dilain masa..... untuk game yang akan datang!

\
\
\
\
\
\
\
\
\



Lagi anak warna kuning....!

Insyaallah kalau ada rezeki bakal pewaris si POPO....!

Jumpe lagi... bye..bye.

Monday, January 23, 2012

POPO berhasil...!!!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ..



First time... masuk BON dah ada hasil.. !!

Bangga??? 

Gila apa tak bangga... ayam reban sendiri ..... hahaha

Ayam yang pernah di Reject kawan-kawan masa anak B, dan kini terbukti hasilnya sabar itu, memang berbaloi....!!


Gaya lonjak dada... dan berjalan.. memang tak bleh tahan..!!!



Kalau ada yang bekenan boleh call!!! open for sale...!!!


TQ bye..bye!!!

Wednesday, January 18, 2012

Update reban: POPO nama nyerr!!

Assalamualaiku dan Salam sejahtera..!!

Bertemu kembali... setelah menempuhi minggu-minggu yang agak sibuk hari ni teringin nak buat postting baru, tapi ape kita nak cerita yerr? takde benda yang penting sangat pun cuma dah lama rasanya SPB tak turun ke bon, last sekali di Taman Orkid itu pun datang melawat jerr takde peluru baru.... Apa agaknye perkembangan kawan-kawan di sebelah Utara, agak sudah lama SPB tak bertanya khabar dengarnya reban Che Mat Kulim (Otai) dimasuki pencuri, beliau kehilangan dua pasang pembaka reban...ish..ishh masalah jugak kalau orang dah tahu kita bela ayam serama ni rupanya.

Seingat SPB kes kecurian ayam serama ni memang dah banyak berlaku malah kalau dizaman kegemilangan hobi ni dulu, sampai buat report ke balai polis... tapi sekarang ni kurang sikit, mungkin benda ni akan berlaku lagi tak mustahil. Yang pening kepala tuan punya ayam, mana taknyerr berhabis duit kita membeli ayam tahu-tahu di bawa lari dek 'kucing kepala hitam' mak aii, rugi bukan kepalang. Seingat SPB tahun lepas saja hampir 5-6 orang sahabat mengadu kehilangan ayam, ape nak buat ? kata sahabat pada SPB mungkin dah takde rezeki, tak buat report ke? tanya SPB lagi. "Takde" katanya, malas nak panjang-panjang cerita. Apa-apa pun SPB rasa kalau dah rasa kerugian baik dibuat report saja, mana lah tahu kalau-kalau dibelakang hari terjumpa orang yang mengambiknya, senang nak buat claim kat balai. Yerr Dok??

Ada lagi sorang sahabat, lepas jerr ayam kesayangannye kena rembat penyamun, dia terus tutup buku... dah tak mahu main ayam. Katanye dah serik, dah putus harapan... mana idok nye, itu la satu-satu nye ayam yang dibawa bertanding kesana kemari... alih-alih dah kena rembat... baka pun tak sempat turun lagi... simpati betul SPB pada sahabat ni.

 SPB bersimpati dengan mangsa-mangsa kecurian ni semua, mana la tahu hari ni hari mereka.... esok lusa harap-harap jangan berlaku kat diri kita pulak....mudah-mudahan tak jadi camgitu. (SPB pun risau, reban dah makin penuh, bunyi ayam dah makin kuat, ini boleh membahayakan reban dan amat terdedah kepada penyamun) huhuhu...!!! mintak simpang..... walaupun ayam SPB tak seberapa nilainye.. tapi sayang jugak kalau di rembat penyamun..

Pesanan untuk semua sahabat berhati-hati selalu dan kalau boleh tingkatkan lagi ciri-ciri keselamatan reban anda, agar tidak mudah dihampiri penyamun.... Iklas dari SPB.


Update Ayam terkini SPB.



POPO namenye.... sahabat karib yang beri nama,

Ayam nii masa anak B, takde sapa pun yang berminat.... masuk muda baru nak mari gaya....
simpan dulu NOT FOR SALE !!

Gaya nii dalam kedudukan biasa ....


Ayam Muda Baka Reban Sendiri.... Alhamdulillah syukur!!!
Terima Kasih pada Cg. Zul kerana jualkan pembaka asal kepada saya.



Bye...bye !!






Tuesday, January 17, 2012

FoR SaLe !! Murah-murah Jerr ... (SOLD OUT)


Ayam nak masuk remaja.... cutting tinggi dan leher panjang... gaya dah mula nak mari.... boleh datang tengok sendiri... induk remaja pun ada nak letgo... baka sohor... boleh citerr kalu bertandang ke reban SPB..!!! apa-apa pun nak kasi clear sikit reban.....hahahaa!

Wednesday, January 11, 2012

Info: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2011 akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 13hb Januari - 16hb Januari 2012

Masa : 10 pagi - 10 malam

Tempat : Dataran Bandaran Parit Buntar, Kerian, Perak




Apa yang kurang dalam poster ni???? hehehe... harap-harap di tahun-tahun akan datang ada gambar ayam serama menghiasi poster acara di hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan..

Rasa rugi pulak SPB kerana tak dapat menyertai pamiran pada hari peladang kali ni... yang lagi ruginya ia akan dianjurkan di Kampung Halaman sendiri.... tapi salah SPB jugak sebab tak alert dengan acara menu seperti ini dengan lebih awal. Sudahnya semua ruang pamiran sudah ditempah dari awal dan kepada yang berdaftar sahaja, maklumlah ini acara peringkat Kebangsaan bukan kecil-kecilan. Hajat di hati nak join pamiran untuk ketengahkan lagi hobi lumayan Ayam Serama!!! tapi tak apalah dah takda rezeki. mungkin di lain kali.

Apa-apa pun anda dijemput hadir ke acara ini nanti..... kalau berjalan-jalan ke Parit Buntar jangan segan silu datang ke reban SPB.... tapi maaflah ayam SPB tak seberapa pun...!

Jumperr lagi bye..bye!!







Friday, January 6, 2012

Update game Terkini: 21/1/2012 KEDAH

PERTANDINGAN AYAM SERAMA 21/1/2012

Info from Amin Kuala Nerang
 

PERTANDINGAN AYAM SERAMA ANJURAN BERSAMA KELAB SERAMA KEDAH DAN JAWATANKUASA PIBG SEK. KEB MERGONG, KEDAH
TARIKH : 21 JANUARI 2012 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK MERGONG,JALAN LENCONGAN BARAT
ALOR SETAR KEDAH.

KATEGORI :
SERAMA ANAK A (100g KE BAWAH)
SERAMA ANAK B (140g KE BAWAH)
SERAMA REMAJA
SERAMA MUDA
SERAMA A (350g KE BAWAH)
SERAMA B (351g KE ATAS)
SERAMA TAK KIRA LAWI
SERAMA INDUK
HADIAH
TEMPAT PERTAMA : RM 200.00 & PIALA
TEMPAT KEDUA : RM 150.00 & PIALA
TEMPAT KETIGA : RM 100.00 & PIALA
SAGUHATI : BARANGAN ELEKTRIK
CABUTAN BERTUAH
RM 50.00 x 4 CABUTAN
HAMPER DAN BARANGAN
BONANZA
RM 300.00
Best Of The Best
RM 100 dan Piala

YURAN PENYERTAAN : RM 40.00
Bersama kita jayakannya!!!

Thursday, January 5, 2012

Game Tmn Orkid: Kelantan 23 Disember

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 22/12 yang lalu SPB berkesempatan berjalan-jalan ke negeri Pantai Timur (Kelantan) kerana ada sedikit urusan kerja. Bila sudah ke Kelantan ni sambil menyelam minum air lah kita... yerr dokk? setelah habis urusan kerja SPB berkesempatan ke Bon kecil mingguan yang diadakan pada setiap minggu pada hari jumaat. Setibanya SPB di tapak pertandingan rupanya  ramai kenalan SPB dari sebelah Utara dan Selatan Tanah air yang turut serta berada di game pada hari itu... Antaranya sahabat dari Kedah Cikgu Zanora, Sahabat-sahabat dari Langkawi Abang Ishak dan rakan-rakan tidak lupa Saudara Adham serama Sri Gading yang datang bersama-sama sahabat dari Indonesia.

Ada sedikit rangkuman cerita perjalanan SPB ke game mingguan Taman Orkid pada 23 Disember 2011...

Game kecil mingguan (kontes minggu) Kelantan adalah salah satu menu mingguan bagi peminat haiwan peliharan seperti burung dan ayam serama. Pertandingan kemerduan suara burung telah sekian lama bertapak di Taman Orkid ini dan kini taman orkid sudah ada menu baru dengan adanya pertandingan ayam serama bagi menghidupkan seni permainan rakyat. Di negeri Kelantan rakyatnya bukan sahaja terkenal dengan pertandingan suara burung malah banyak lagi pertandingan haiwan yang menjadi permainan mereka antaranya pertandingan Suara Cengkerik dan Suara Belalang sungguh unik bukan?.

Okeylah kita tinggalkan dulu dengan acara-acara lainnya, kita fokus balik kepada game Ayam Serama Taman Orkid. Oh ya... saya ada bertanya kepada pihak penganjur bagaimana mereka boleh menganjurkan pertandingan sebegitu kerap dan hadiah bagaimana?

Dan jawapan penganjur mudah sahaja.... kita berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sama minat... beli hadiah sekadar ole-ole untuk bawa pulang kepada pemenang dan yang penting sekali kami semua dapat berjumpa setiap hujung minggu dan bertukar-tukar pandangan dalam hal Ayam serama ni... selain kami menambah-nambah pengetahuan, kami juga boleh menambah pendapatan. Apa yang penting kata penganjur lagi, Hobi ini mesti dihidupkan kembali.  Dan yang pasti ramai pemain baru yang sudah mula berjinak kembali kedalam arena hobi ini.



Tapak Taman Orkid ini memang sesuai sekali untuk acara pertandingan haiwan... kawasanya juga luas.

Antara peminat-peminat ayam serama yang hadir pada hari tersebut.

di meja pengadilan....


Bahagian Urusetia......


Ayam sedang dinilai... oleh pengadil.



Antara hadiah yang di sediakan oleh penganjur dengan yuran pendaftaran
RM20.00 seekor untuk setiap kategori.





Juara Ayam Muda....



Naib Juara......


Apa yang saya dapat perhatikan game kecil Taman Orkid ini hanya berlangsung selama 4 - 5 jam sahaja. Saya agak teperanjat dengan jumlah penyertaan sebanyak hampir mencecah 120 penyertaan. Fuhhh! bagi saya yang agak selalu ke game ayam serama seperti tidak percaya penyertaan yang sebegitu banyak boleh selesai dengan begitu cepat.... kalau di sebelah utara pukul 2. baru nak tutup meja penyertaan, pukul 4 baru nak bagi cabutan betuah dan pukul... 5 baru nak buat BOTB sudahnya.. game kecil pun kena balik pukul 6 petang.... di sini (Kelantan) game kecil 12.30 tgh dah siap semua... pukul satu dah ada kat rumah untuk bersiap untuk solat jumaat, macam mana? boleh??

Okey macam mana rahsia nak kasi game habis cepat, group-group penganjur kena la berguru dengan orang Kelantan ni... macam mana dia orang bikin.... hehehe.

Sejuta tahniah dari SPB kepada pihak penganjur dengan penganjuran yang seperti ini, SPB dapat rasakan hobi ini akan terus maju dan melangkah kehadapan serta akan menarik lebih ramai peminatnya ke seluruh dunia. Semoga Hobi lumayan ini akan terus berkembang dan terus gemilang.

Okey lah.... cukup sekadar itu dulu info yang nak SPB kongsikan... ada lagi ceritanya tapi nantilah dilain posting. SPB ada buat sesi Terjah Reban dengan beberapa orang Sahabat di Kelantan kalau berkesempatan nanti SPB postingkan yerr... Tunggu...!!!

Jumpa lagi.... bye...bye!!