~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, February 23, 2012

Ayam Serama Lagi!! Gorgon de Legend


Gorgon... sori ayam ni blom kasi mandi lagi!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dah lama SPB tak update reban .... di dalam blog apetah lagi.. Ada sahabat bertanya tak main ayam dah ke? jawapan SPB ... hahaha... jer!!

Masih dengan hobi bernilai ini.

Sebenarnya masih bergiat dalam hobi lumayan ni... cuma barang dah kurang jadinya update pun dah jarang-jarang. Nak cerita pasal ayam orang nanti kena banned pulak... hahaha! 

Ape-ape pun semakin hari makin meriah bila mana ada banyak Bon yang dianjurkan, tak kira kecil atau besar ianya memberikan keuntungan kepada semua pihak dari penjual ayam hingga ke penganjur pertandingan... namun atas sebab pertandingan menang atau kalah memang adat la yerr!! 

Tetapi kalau ada yang tak puas hati, kena buat bantahan ditempat yang betul lah yerr.... takut nanti disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga. Marahkan nyamuk kelambu dibakar...  arrrhhh SPB merapu lagi.

Lupakan pasal benda tu semua... SPB malas nak ulas lagi ....... yang penting sekarang... tu dia gambar atas tu... nampak tak??

Anak B warna kuning lagi....

Oleh kerana berbulu huduh dan muka garang, sahabat berikan nama Gorgon!

Nak tahu ape maksudnye kena google sendiri... hehe

ni ada lagi ni anak A pulak...


 Yang tengah tu  memang bergaya abis... anak kepada Blackbird vS induk Peon!!

 Anak A... kali ni banyak kaler Ara la pulak... semua sekali ada 10 ekor... tiga ibu!! Nanti SPB upload lagi kalau ade masa la.... kalau takde mungkin dah kena letgo... kekekke

Jumpe lagi bye... bye!!






Monday, February 6, 2012

Di Hukum Masuk Neraka oleh Manusia!!!

Assalamualaikum dan salah sejahtera...!!

hehe.... tajuk macam tak bleh blah.... tapi kenyataan pedih walau pun hanya simbolik, SPB meracau lagi. 

okey lah... sebenarnya SPB hanya nak inform yang penganjuran Bon di Parit Buntar Perak ditangguh lagi kerana beri laluan kepada game lebih besar yang akan datang tak lama lagi... dan yang pasti SPB pun tak ada geng yang betul2 nak join, sungguh pun begitu masih ada geng2 yang sedia membantu berdiri dibelakang namun SPB rasa kalau takde betul-betul man power memang jangan harap( apa gilerr nak buat game sorang2) .... namun begitu SPB amat berterima kasih kepada mereka-mereka yang banyak memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada SPB untuk meneruskan usaha ini pada kemudian nanti... Terima Kasih BANYAK-BANYAK!!

Okey lah berbalik kepada Isu berpersatuan.... SPB rasa tibalah masanya untuk SPB berpersatuan dengan lebih jayanya... kalau dulu SPB lebih kepada stand alone mungkin tahun 2012 masanya untuk SPB berpersatuan dengan takde kepada ada.... tapi ade ke persatuan yang nak terima permohonan SPB ni nanti...!!! Kalau takde memang kena la dengan tajuk di atas......hehe

Ada jugak SPB berhajat nak tubuhkan persatuan sendiri... tapi ni pun nampak cam gila jugak!!! gila kuasa... hehe...(apa gila nak buat persatuan taruk nama sendiri.. ape kes??) 

Macam gini lah... sesapa rasa macam nak berpersatuan dengan jayanya pada tahun 2012 bagi penduduk sekitar daerah Kerian, Bandar Bharu atau Daerah P. Pinang Selatan boleh call SPB untuk sama-sama kita fikirkan nak ujudkan group area ni.... tapi jangan pula ingat SPB nak gila babi jadi pengerusi atau macam2... semuanya ditentukan dalam mesyuarat Agong... dan yang pasti ia bertujuan menambah kenalan dan berkongsi pengalaman jadinya untuk mereka yang duduk jauh-jauh jangan cuba-cuba nak call memang nak kena hentak tengah belakang... ape gilerr duduk kat luar negera nak berpersatuan dekat2 sini!!!



Okeylah segala yang buruk datangnya dari saya dan yang baik-baik datang daripada Allah S.W.T, Sekiranya petikkan posting ini telah menggangu pemikiran dan benak hati sanubari anda sila maafkan saya dan bukanlah ia bertujuan sengaja untuk membuat onar.... hehehe peace!




 

Thursday, February 2, 2012

Berpersatuan tingkatkan ekonomi!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Hai...Bertemu lagi dalam sembang serama.. bersama SPB.

Untuk sembang serama kali ini SPB nak berkongsi idea mengenai Trend berpersatuan.

SPB ada terbaca satu rencana mengenai Tajuk "Berpersatuan tingkatkan kemahiran" walaupun dengar macam tajuk tak berapa nak in (masuk) tajuk cerita bunyi lapok tapi okey jugak bila SPB membaca isi ceritanya, mungkin sekarang kita sibuk dengan keje-keje hakiki jadinya kita dah tak berapa nak peka dengan isu sosial cam gini!!!

Walaupun isu yang SPB baca dalam artikal ni lebih menceritakan khusus bagi golongan wanita berpersatuan tapi SPB tertarik dengan beberapa pekara yang dikupas oleh penulis, seperti dengan berpersatuan dapat memperkuatkan jati diri, akan lebih berkebolehan, berkeyakinan serta dapat menambah berkemahiran dan tidak lupa juga isu menambah ekonomi keluarga.

Antara aktiviti yang best dan wajib oleh persatuan seperti perjumpaan yang selalu diadakan.. (bukan setahun sekali) untuk bertukar-tukar pandangan, pembelajaran, bertukar info perniagaan dll. Tak payah lah nak buat perjumpaan besar-besar kecik-kecik pun okey... janji ada perjumpaan.


so... apa pointnyer??

 Ialah.... bagi SPB poin nyer... kenapa kita tak buat camgitu dalam Organisasi kelab Serama Kita hari ini... Ia.... memang ada Kelab Ayam Serama yang aktif malah bergitu aktif tahap super...tapi kelab yang kurang aktif pun ada juga.... 

Macam mana nak kasi meriah persatuan??

Macam yang SPB kata di perenggan atas tadi... kelab buat lerr perjumpaan seminggu sekali ke... sebulan dua kali ke, janji ade perjumpaan... kalau boleh pengerusi carilah port yang menarik.... nak lagi feel kalau boleh ahli datang bawa ayam sekali sorang sekor dua, buat latihan petang kat padang awam ke, taman permainan ke.  Mungkin kalau boleh kelab adakan kursus-kursus atau join dengan jabatan haiwan atau mana-mana organisasi lain supaya kelab ni lebih dikenali dan kalau lagi nak best kelab kita boleh join buat pamiran atau pertunjukan Ayam Serama dikawasan kita.... kalau pamiran kucing boleh buat, kenape pamiran ayam serama tak boleh buat? SPB rasa taik kucing lebih busuk dari taik ayam....!!! okey SPB dah melalut,

Selain dari Pamiran yang nampak suka-suka hati kita je nak buat.... mungkin juga kelab kita boleh dapat pelbagai insentif  lain, iyelah mungkin ada sponsor dari mana-mana NGO untuk adakan pertandingan paling koman sepana pun ada peminat baru yang nak beli ayam dari reban ahli kita.... tak ke itu akan menjadi satu pendapatan sampingan dan mungkin ayam-ayam ahli juga boleh dikumpulkan dah dijual di pasaran luar negara seperti dinegara jiran siapa tahu???

Iya lah ape-ape pun SPB takde lah nak memandai-mandai, nanti ada orang kata... cakap sapa pun boleh, buat la dulu nak tengok... baru tahu ?? Okey SPB tak kata benda ni mesti buat... SPB cuma nak sembang-sembang serta kongsi maklumat dan idea saja... siapa tak suka... boleh tutup page ni... siapa yang suka, Terima Kasih !!!

Seperti biasa mohon ampun dan maaf dipinta.... kalau tersalah taip dan terkata!!

SPB juga menghormati pendirian mereka yang walk alone..... and low profile !


Jumper lagi... bye-bye!!!