~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Inkubator

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Hari ini sedikit posting tentang kaedah penetasan Mengunakan teknik Inkubator. 

Secara psikologinya memang anak ayam yang dinetas oleh induk cenderung untuk mempunyai ciri-ciri induk bapanya. Sementara itu penjagaan anak ayam yang ditetas itu juga tidak lagi rumit dan lebih terjamin kadar untuk hidup.

Walau bagaimana pun ada beberapa kebaikan dan keburukan dalam mengunakan kedua-dua kaedah ini.

inkubator Vs ibu induk antaranya adalah:

Kekurangan Inkubator:-

- Harga agak mahal antara RM200 - RM1000
- Jaminan penetasan hanya sekitar 75% - 89%
- Anak ayam yang dihasilkan agak lemah.
- Memerlukan penyelenggaraan.

Kebaikan Inkubator

Meningkatkan Produktiviti dan telur tidak terbuang begitu sahaja.


Kebaikan Induk:

- Biasanya memcecah 80-90% penghasilan.
- Anak ayam lebih tegap dan cergas.
- Lebih mesra ayam... (arrhh ...ape benda ni) mungkin menurun perangai baka ...

Keburukan Induk.

- Produktiviti juga kadang-kadang rendah
- Telur pecah akibat terpijak....
- Induk tak pandai jaga anak (mati)

Okey kalau kita perhatikan sebenarnya kedua-duanya ada kelebihan dan kekuranganya apa-apa pun kita sebagai breeder kena perihatin dan peka terhadap telur ketika proses penghasilan anak ayam antaranya:

- Induk terlalu muda benih kurang menjadi (benih pertama selalunya otai2 buat goreng jerr)

- Lihat benih pada telur, ketika 1-2 minggu selepas proses mengeram suluh telur dengan lampu suluh. Anda boleh nampak tompok hitam didalam telur menandakan ada benih yang lekat (menjadi)

- Ketika hari ke 19 atau 20 jika menggunakan inkubator, perhatikan telur jika ada kesan lubang tebukan kecil pada telur, sekiranya ada cuba bantu untuk anak ayam bernafas kadang-kadang ada anak ayam yang tidak dapat oksigen dan mengakibatkan kematian diketika proses penetasan.

Ada beberapa lagi Tips untuk penghasilan benih ayam yang lebih efektif serta teknik proses penetasan ayam, untuk itu anda boleh mendapatkannya di Laman Serama Parit Buntar dengan membeli Inkubator dari SPB.

Buku Panduan penggunaan serta tips penghasilan benih ayam yang betul akan disertakan. Percuma!!

RM 290.00 dengan kos penghantaran !!