~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, December 28, 2011

Sembang Serama: Harga ayam Serama semakin tinggi dipasaran!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi untuk posting sembang serama buat kali ini, SPB bukan nak komen apa.. cuma nak bercerita, kini kegilaan hobi memelihara ayam serama semakin mendapat sambutan di Malaysia malahan demam hobi lumayan ini telah merebak ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Dari sumber yang sahih lagi terkini SPB dapat berita yang harga haiwan peliharaan ini semakin melambung tinggi, ini mungkin kerana faktor hobi lumayan ini semakin dikenali ramai dan meluas didada-dada akhbar dan kaca TV. Ianya juga mungkin disebabkan hobi ini yang sudah mula mendapat tempat dihati orang ramai dinegara luar dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

Baru-baru ini SPB ada berjalan-jalan ke negeri Cik Siti Wan Kembang (kelantan) dan berjumpa dengan sahabat-sahabat seangkatan dengan hobi ini, mereka menyatakan bahawa harga ayam sudah semakin tinggi dan mereka juga sudah agak kekurang produk direban oleh kerana banyaknya permintaan sama ada dari dalam dan di luar negara. Bagi SPB ini adalah pekara yang sangat positif mungkin produk Ayam Serama ini boleh pergi lebih jauh sekiranya ada pembabitan pihak berwajib yang mungkin dapat memudahkan proses penghantaran atau export Ayam Serama kenegara luar, seperti haiwan-haiwan perliharaan yang lain.

Berbalik kepada isu harga ayam serama ... kata sahabat lagi, kini ramai pengemar burung turut bertukar angin dengan memelihara ayam serama tidak seperti 2 ke 3 tahun yang lalu, ayam serama nak jual RM30 pun susah nak laku kata sahabat lagi. SPB bersetuju dengan kata sahabat tadi kerana SPB pernah bertanya-tanya di kedai Pet Shop dibeberapa negeri yang pernah SPB singgah dan yang menjual ayam serama, walau pun ayam tak berapa nak elok tapi sekarang dah ada harga. Maka memang benarlah kata sahabat SPB tadi ayam serama semakin berharga.

Okeylah apa-apa pun SPB ucapkan selamat maju jaya kepada semua breeder di luar sana semoga dapat menghasilkan baka yang berkualiti dan terbaek !!

Tetapi satu pesanan SPB nak ingatkan kepada semua pengusaha Ayam serama sama ada besar mahupun kecil, apa yang penting kesabaran dan yang juga paling utama kejujuran dalam berjual beli.....  jangan kerana taik ayam, bunga yang dapat nama....(bunga taik Ayam) hehehe

okey jumpa lagi....Bye..bye!!! wassallam...!



Update gambar ayam sahabat SPB. Serama Seri Nibong




Perggghhh !!! PM Pak berapa mau nie???
 Baka Raja Ara Pure !!!!

 Terbaek Dari Ladang !!






Thursday, December 22, 2011

Pengadilan Adil Tunjang Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Perhhh.... ape punya tajuk nie??? lain macam jerr bunyi nyerr!!


Macam ini ajelah di pendekkan cerita SPB cuma nak comment untuk abang-abang pengadil Ayam serama agar lebih berhati-hati dalam pembahagian markah serta cara penilaian mestilah adil dan telus... bukan SPB nak pertikaikan cuma untuk ingat mengingati.... SPB juga tak mahu lihat kejatuhan hobi ini seperti mana di zaman kejatuhannya dulu, apabila ada desas-desus menyatakan cara pengadilan tidak adil dan berat sebelah (contoh: pengadil lebih memihak kepada peserta yang ada nama, khususnya dlm acara BOTB) dan ia sekaligus akan  mengakibatkan kurangnya penyertaan para peserta ke game yang dianjurkan, tak salah rasanya kalau kita saling tegur-menegur demi menaikkan hobi ini ketahap yang lebih tinggi.


ishh... pembuka kata jerr dah panjang...kan?


Arakiranya ada sorang sahabat dari kalangan player juga, memberi tahu SPB beliau ada menyertai game terdekat baru-baru ini.... nak di jadikan cerita apabila di akhir BOTB berlangsung namun pemenang belum diumumkan... terdengar sahabat saya ni ada suara berbisik kepada seorang player BOTB "maaf la masa BOTB tadi saya tak undi ayam awak"

Jadinya terdetik la di hati sahabat ni ... kenapa pulak nak cakap macam tu kat player BOTB ... rasa macam ada connection sebelum pertandingan pulak.... jadi rasa tidak puas hati sahabat tadi di lontarkan kepada SPB untuk bersama-sama kita fikirkan... mungkin benda ni nampak mudah simple tapi bagi sesetengah player tegar, benda ni agak sensitif... para pengadil khususnya tidak boleh terlalu open speech sebabnya banyak mata yang memerhati dan banyak telingga yang mendengar... jadinya jaga-jaga!!!

Oleh itu demi menaikkan lagi taraf pengadilan dan profesional nya maka ada baiknya persatuan yang berkenaan mewujudkan latihan atau kursus-kursus bagi meningkatkan taraf pengadilan untuk lebih mencapai standerd (mungkin di kenakan bayaran utk kursus). Atau mungkin juga dianjurkan kursus lagi bagi pengambilan pengadil baru dan rasanya ada banyak lagi cara yang saya rasa boleh meningkatkan lagi taraf pengadilan Ayam serama ini untuk lebih International dan Profesional. Tambahan ayam serama sekarang pelbagai pattern. Warna dan gaya.

Okey lah... cukup sekadar itu untuk update kali ini mungkin jika anda ada pandangan dan penambahbaikan boleh la ia di kongsikan bersama. Sekiranya penulisan saya kali ini ada menyinggung mana-mana pihak saya meyusun ampun dan maaf sekiranya tersalah kata.. apa-apa pun demi menaikkan lagi nama hobi Ayam serama ini saya bebesar hati sekiranya ada persatuan diluar sana mahu pun orang perseorangan yang betul-betul komited dapat membawa hobi ini kepersada antarabangsa alangkah baiknya.

Okey berjumpa lagi dilain postting

Bye...bye...!!



Lagi sekor anak Pion Kuning lagi...Ayam Muda, Angelo hehehe






Tuesday, December 20, 2011

Aksi Cham Anak Pion...!



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Just nak update Remaja Cham....... anak kepada Pion.. ! Nampaknya projek 2012 untuk hasilkan anak warna kuning sudah nampak hasilnya..... Cham antara anak Pion yang  berwarna kuning dan berpotensi untuk mewarnai BON terdekat......

Posing..!!


Dengan gaya ketar di leher serta aktif di atas meja.... memang antara ciri2 gaya Pion ketika remaja.. kata tuan punya baka asal. Cg. Zul Tg. Piandang



Video pertama kali diambil..... Cham yang begitu aktif di meja.... susah betul nak ambil gambarnya...!!



Okey ini antara video terbaru... hari minggu yang lepas!!





Gambar video Terkini...!!

Okey itu ajerr..... nama kuning ni saja taruk cham kerana bapak nya nama pion...

Cham + Pion = hehehe !! boleh.. ke..??


okey jumperr lagi...! bye...bye



Friday, December 9, 2011

Game: Game Ipoh !!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!!

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi diri... bukan merajuk bukan dah bosan atau pun dah malas-malas dengan hobi lumayan ini, tapi sibuk memanjang dari hari ke hari... namun dalam hati masih kuat nak breeding dan bertanding lagi.

Apa-apa pun namanya juga hobi, jadi kenalah habiskan dulu kerja hakiki baru boleh senang-senangkan diri.. baru nak tengok ayam pun senang hati... tapi kalau sehari tak tengok reban pun SPB dah susah hati... hahaha banyak pulak celotehnya kali ini.

Okey malam isnin yang lalu dalam slot berita TV9 ada cerita tentang pertandingan ayam serama di Ipoh, nampaknya semakin mendapat liputan hobi lumayan ini saban hari. SPB berharap perkembangan seperti ini menjadi satu titik tolak untuk menaikkan lagi nama hobi ayam serama di Malaysia khususnya. SPB pun tak tengok berita di kaca TV tu, cuma ada sahabat antar mesaj kata muka SPB dah keluar berita.... apa kes??

Game di Ipoh baru-baru ini berjalan dalam keadaan suasana yang sederhana meriah ini kerana ramai peserta dari Pantai Timur tidak dapat hadirkan diri disebabkan keadaan musim hujan dan disusuli dengan banjir ditambah pulak dengan kenduri-kendara musim cuti sekolah, jadinya banyak ayam yang tidak sihat dan diikuti pula kesibukan tuan punya ayam mana nak ke undangan kenduri lagi, nak pindah ayam serama dari kawasan yang dilanda banjir lagi... nak ke game lagi.

Dengan penyertaan lebih kurang 220 sangkar ayam, game kali ini dilihat agak merosot jika dibandingkan dengan Bon sebelumnya kerana Bon di Ipoh kali ini adalah menu game besar yang dianjurkan oleh Kelab serama Perak. Namun Syabas SPB ucapkan kerana 'Kata telah dikota' setelah sekian lama perancangan dibuat akhirnya terlaksana walaupun agak kurang sambutan SPB berharap kelab Serama Perak tidak patah semangat untuk menganjurkan acara ini pada masa akan datang. Selamat Maju Jaya !!


Sedikit foto yang di ambil...


Juara BOTB Ayam 'Pok 8'

Kaler Pinang Masak

Antara pengunjung yang hadir

Jumlah penyertaan agak kurang menyerlah kali ini.... akibat musim hujan.

 

Urusetia Geng Serama Ipoh berbaju kuning memerah keringat. Bagi menjayakan game kali ini

Keputusan masih dalam proses.


Meja Urusetia.....


Okey sebenarnya masih banyak gambar yang sempat SPB ambil tapi tak boleh posting semua nanti ada yang kata majlis kenduri pulak... kehkehe.... gambar kali ini mungkin kurang memuaskan maklum saja SPB hanya menggunakan camera Handphone, jadinya kurang menyerlah... apa-apa pun sekali lagi segunung tahniah SPB ucapkan kepada pihak penganjur kerana dapat menyelesaikan game kali ini.  Well Done!! yob boleh...!!

Berjumpa lagi... bye-bye!!!



Monday, November 21, 2011

Serama: Semakin hari semakin sayang!


Assalamualaikum... takde cerita baru... seperti biasa sibuk memanjang dengan kerja seharian.... tapi blog nak kena update juga... sedikit gambar yang diambil... baru-baru ini...!!! oh ya... induk selam kuning dibawah dah betelur 2 biji....! alhamdulilah......... ingat tak boleh betelur.






Kesayangan Tuan Puteri........!

Kalau Saya sibuk puteri ni la yang jadi mangsa kerja bagi makan ayam serama... sebab tu banyak ayam yang jinak dengannya......!! terutama ayam Induk...


okey.. lah jumper lagi!! bye.. bye...





 

Saturday, November 5, 2011

Ayam serama For sale !!! (SOLD)


Assalamualaikum....dan salam sejahtera..!!

Dalam dikesempatan ini SPB ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam yang meraikannya... !!

Disertakan gambar terbaru anak-anak pembaka Utama Peon !!

Kepada yang berminat boleh datang ke reban SPB untuk stok clear reban...!! ada beberapa pasang lagi anak peon yang masih belum di pinang!!! siapa cepat dia dapat... harga boleh kaw team sampai lunyai.. janji jual!!! hahahha..... SPB sibuk tak bleh nak bele banyak2 !!!


 





Bye..bye...!!!

Thursday, November 3, 2011

Ayam Serama Muda Berdarah raja gegar !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....!!

Sudah agak lama jugak SPB tak buat posting... mungkin takde bahan ape sangatnak story jadinya agak slow Blog SPB.. hehe

Okey lah kat sini ada sekor ayam Muda, ayam berdarah raja gegar kata sahabat yang menyimpan pembakanya... ayam ni masa anak B belunjur jerr... tapi sekarang dah ada nampak sikit perangainya... tp agak lambat lagi kalau nak bawak main.... ape-ape pun untuk layan saja...!!!


 Tubuh tinggi.........! slim

 
Takde nama lagi.....





camgini boleh main ke....?

Tuesday, October 25, 2011

Kategori Anak A & Anak B

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama sekali mohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat yang selalu mengunjungi blog SPB kerana dah lama postting baru tak keluar... sampai ada yang talifon ape cita? dah bersara ke? huk..huk... Blog SPB masih ada cuma tak sempat nak online.... nak salahkan masa pun tak boleh jugak tuhan dah kasi 24 jam, jadi kita sendiri la kena pandai-pandai bahagi masa yerr dok...?

Okey lah.... mohon ampun maaf juga pada sahabat geng serama penang... SPB betul-betul mintak maaf. Game kali ni SPB tak boleh nak join.... ada urusan yang perlu di selesaikan... apa hal nanti SPB kena explain dengan tok ayah... Che Mat Kulim sama mie kebab and kekanda Mizi penaga... pasal tak turun game itu hari.. hahaha, jawapan dah siap draf 3 helai muka surat.

**************************************************************



Okey untuk isi posting kali ni SPB nak berkongsi ilmu mungkin pada yang baru-baru nak berjinak dengan hobi ayam serama ni, bekenaan dengan Anak ayam A dan anak B.

Al kisah banyak yang bertanya pada SPB ape benda kategori Anak A dan Anak B ni.... Kategori ikut jenis berat ke? sepisis baka ke? atau kategori anak ikut bapak A atau B ke....? haha.... jawapan nyer adalah:

Tip bagi mengenal Anak Ayam Serama yang dikategorikan Anak A dan Anak B .


Untuk ciri-ciri Anak Serama A seperti dalam gambar:

Anak A

Berat kurang dari 100 g

Bulu tengkok remaja masih belum tumbuh.

Ekor Anak juga tidak luruh.

Sayap Anak

Kredit gambar ayam Cikgu Zul Tg. Piandang






Untuk ciri-ciri Anak Serama B seperti dalam gambar:


Anak B

Berat selalunya akan lebih  101 - 140g

Bulu berwarna di leher sudah keluar

Ekor remaja sudah mula keluar

Sayap Penuh

Kredit gambar ayam Cikgu Zul Tg. Piandang


Ia mungkin ramai yang sudah tahu tapi macam biasalah SPB cuma nak berkongikan maklumat kalau-kalau ada yang masih belum tahu, so sama-sama kita belajar. SPB bukan lah pandai cuma bertanya-tanya. kalau tersilap Otai-otai jangan melenting pulak.... !!

Okeylah lepas ni harap takdelah yang berhajat nak beli ayam tu, tertanya-tanya anak B tu dari ayam kategori B ke??


Okey berjumpa lagi bye-bye!!




Thursday, October 6, 2011

Game Besar Tebengau Meriah !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.............

Maaf sekiranya posting ini keluar agak lewat sedikit... sepatutnya hari isnin dah boleh posting tapi ada urusan hakiki yang agak bertimbun untuk diuruskan .... tapi untuk menebus balik kelewatan itu SPB telah sediakan sedikit gambar ketika acara Pertandingan di Tebengau baru-baru ini untuk tatapan semua, diharap dengan adanya foto ini dapat juga pengunjung blog merehatkan mata.... okey!!

 
Suasana di hadapan khemah... dari awal pg lagi sudah ramai yang setia menunggu.

Untuk game kali ini, SPB perhatikan para peserta tidak lagi berlengah-lengah untuk meletakkan peluru masing-masing, tak macam selalu kena sound dengan urusetia baru nak bawak masuk!! hehehe


Game berjalan dengan lancar dengan kehadiran 8 pengadil yang rata-ratanya sudah banyak pengalaman. (Kelantan & Terengganu)

Dok bisik apa tu cikgu...????

Di sekitar kawasan game... ramai pengunjung yang datang.

 
Persiapan para peserta untuk mengisi peluru masing-masing!!!

Geng Baju Merah ni ada dimana saja......

Khemah Urusetia......!

Pendaftaran...... !!

Urusetia pengiraan markah....

 

Kira betul-betul Cikgu.....!!! mungkin itu yang dibisikkan ....



Okey !!! yang ini nampak cam kureng sikitt!!! keputusan pemenang.... main gantung jerr pakcik??


 
Makan Time............!!!

Makan memang terbaek..... masakan ala kampung... lauk kenduri orang Utara kata...!! Gulai terung ikan masin, Ikan Goreng dan ulam-ulaman serta sambal belacan.... Pehhh!!! memang tak perasan kalau induk lalu kat sebelah.. kekeke!!!


Makan ala kenduri-kendara camgini memang nostalgia abis!!


Ini pula kawasan dalam Cafe Tok Nadoq, dengar cerita dah banyak kali Hot FM datang buat lintas langsung dari sini. Terbaek!!!

Pentas untuk Open karaok pun ada di Tok Nadoq

Permandangan di hadapan pintu masuk... antara breeder yang datang untuk memeriahkan acara. Jualan clearan stok reban!!

Mari...mari.... induk pun ada dijual !! ekhhh induk ayam serama saja ok!!!


Antara Penyeri Majlis.....!


Kunjungan Dari SIC dari Surabaya Indonesia (Serama Independent Club)
Mengikut cerita mereka... sudah dua hari berada di Malaysia untuk urusan mencari baka terbaik untuk di bawa ke Indonesia... Selain itu mereka juga menjemput player dari Malaysia untuk menyertai Kejohanan Kecantikan Ayam Serama Piala Raja-Raja pada 8hb Oktober ini di Surabaya dan juga Piala Asian pada 29hb Oktober 2011.

Untuk Makluman semua, Player dari Malaysia sudah ada 5-6 orang yang sudah confirm untuk turut serta menyambut cabaran itu nanti di Surabaya..... well done!!!

SPB pun nak join juga.... tapi takde orang nak sponser hahahha.... main peringkat kampung saja dulu .

Ayam Kategori Muda.... Best Of The Best ! Tahniah....



Sekian Terima Kasih!!! jumpa lagi dilain posting.

Bye..bye!!






Ayam BOTB Pok8 !