~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, December 28, 2011

Sembang Serama: Harga ayam Serama semakin tinggi dipasaran!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi untuk posting sembang serama buat kali ini, SPB bukan nak komen apa.. cuma nak bercerita, kini kegilaan hobi memelihara ayam serama semakin mendapat sambutan di Malaysia malahan demam hobi lumayan ini telah merebak ke negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Dari sumber yang sahih lagi terkini SPB dapat berita yang harga haiwan peliharaan ini semakin melambung tinggi, ini mungkin kerana faktor hobi lumayan ini semakin dikenali ramai dan meluas didada-dada akhbar dan kaca TV. Ianya juga mungkin disebabkan hobi ini yang sudah mula mendapat tempat dihati orang ramai dinegara luar dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

Baru-baru ini SPB ada berjalan-jalan ke negeri Cik Siti Wan Kembang (kelantan) dan berjumpa dengan sahabat-sahabat seangkatan dengan hobi ini, mereka menyatakan bahawa harga ayam sudah semakin tinggi dan mereka juga sudah agak kekurang produk direban oleh kerana banyaknya permintaan sama ada dari dalam dan di luar negara. Bagi SPB ini adalah pekara yang sangat positif mungkin produk Ayam Serama ini boleh pergi lebih jauh sekiranya ada pembabitan pihak berwajib yang mungkin dapat memudahkan proses penghantaran atau export Ayam Serama kenegara luar, seperti haiwan-haiwan perliharaan yang lain.

Berbalik kepada isu harga ayam serama ... kata sahabat lagi, kini ramai pengemar burung turut bertukar angin dengan memelihara ayam serama tidak seperti 2 ke 3 tahun yang lalu, ayam serama nak jual RM30 pun susah nak laku kata sahabat lagi. SPB bersetuju dengan kata sahabat tadi kerana SPB pernah bertanya-tanya di kedai Pet Shop dibeberapa negeri yang pernah SPB singgah dan yang menjual ayam serama, walau pun ayam tak berapa nak elok tapi sekarang dah ada harga. Maka memang benarlah kata sahabat SPB tadi ayam serama semakin berharga.

Okeylah apa-apa pun SPB ucapkan selamat maju jaya kepada semua breeder di luar sana semoga dapat menghasilkan baka yang berkualiti dan terbaek !!

Tetapi satu pesanan SPB nak ingatkan kepada semua pengusaha Ayam serama sama ada besar mahupun kecil, apa yang penting kesabaran dan yang juga paling utama kejujuran dalam berjual beli.....  jangan kerana taik ayam, bunga yang dapat nama....(bunga taik Ayam) hehehe

okey jumpa lagi....Bye..bye!!! wassallam...!



Update gambar ayam sahabat SPB. Serama Seri Nibong




Perggghhh !!! PM Pak berapa mau nie???
 Baka Raja Ara Pure !!!!

 Terbaek Dari Ladang !!






No comments:

Post a Comment