~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, December 23, 2013

JUALAN AYAM SERAMA YEAR N SALE!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk penutup 2013, SPB buat jualan akhir tahun untuk mengurangkan produk di reban LSPB ada beberapa pembaka dan induk reban yang mahu di lepaskan. Juga beberapa pasang anak dan dara tina juga mahu di letgo dengan Harga mampu milik.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubunggi Saya di no. 0165047301 





Antaranya induk warna Jalak Kuning dan putih...


                                                            Bidin Al-Zaifa turut di lelong!!







Gotik untuk game dan pembaka.... Darah baka Submerin







Terima Kasih dan Jumpa lagi....Bye2!!







Monday, December 2, 2013

Info: Harga operation(bedah kecantikan ayam 2014)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 Berikut Adalah kos untuk kosmatik bagi kecantikan ayam serama yg telah di persetujui oleh sebilangan besar pakar-pakar kosmatik & bedah kecantikan ayam serama. Bagaimana pun harga sebenar adalah mengikut kerumitan dan kehalusan hasil kerja... (Untuk Makluman) - Serama Aqsa
 
Harga operation(bedah kecantikan ayam 2014). 
 1) Bedah balung keseluruhan + ubat antibotik-benang jahit, antiseptik,upah   bedah- RM 50, 
2) Upah balancing rusuk , RM 50++, 
3) Ekor turunkan 2 side RM 50, 1 side RM25
4) Lawi -  harga RM50 - RM120,
5) Ekor 1 set RM100 ,
5) Sayap 1 set RM 100 kiri kanan
harga untuk semenanjung Malaysia dan dipersetujui dari juru bedah kosmetik kecantikan ayam Malaysia
 
 
 

Pall Mall berhasil d Bon Langkawi !






:
"Pall Mall

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Perjalanan ke Langkawi untuk menyertai Bon pada 30hb yang lalu berbaloi, biar pun penat memunggah barang naik turun troli.... huhu buat pertama kali main anak B dapat tempat teratas biasanya sekadar kedua dan ketiga... jadi satu rekod baru untuk SPB untuk di catatkan dalam catatan selama hobi berserama.... Alhamdulillah semuanya rezeki Allah. Biar pun sekadar game kecil namun ini penambah semangat untuk menaikkan lagi minat dalam hobi serama. 

Sedikit komen untuk penganjur dan yang ingin menganjurkan game selepas ini di langkawi, sekiranya di buat selepas ini, jika kawasan Bon yang agak jauh dari Jeti minta ada kiranya perkhidmatan penggangkutan.... sebab nak sewa kereta pada musim cuti memang tinggi kosnya... teksi pun boleh tahan tinggi harga. Adalah pekara-pekara ini di pertimbangkan.

Okey lah... yang lain overall memuaskan cuma hadiah kalau boleh dikaji semula mungkin ditambah cendera hati piala iringan pun comel. hehehe

Tahniah diucapkan dan kepada sahabat-sahabat di Langkawi.. terima kasih banyak saya ucapkan atas keperihatian anda, tak terbalas jasa anda semoga allah membalas dan merahmatinya... inshaallah jika ada umur yang panjang dapat kita bertemu lagi...

Sekian coretan SPB seperjalanan di Bon langkawi dengan kenangan manis....


Sekian Bye!


Wednesday, November 27, 2013

Serama Gothik SPB !

 Gothik !


Assalamualikum dan salam sejahtera....

Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama, agak lama tak ada posting sembang serama ni.... apa pun bila musim cuti sekolah ni banyak kenduri kendara yang perlu dihadiri yang mana tak sempat nak sampai tu mohon maaf dipinta. Bagaimana game serama pula...? yang terdekat ada dua game yang di anjurkan serentak tarikhnya... so bagi player-player serama sekalian pandai-pandai lah nak membuat percaturan... Satu game di Air Hitam Johor Baharu dan satu lagi di Langkawi pada 30hb November yang akan datang ini...

Ada beberapa Tips: Game Johor 4 Star rating dan di langkawi 2 1/2 star rating.... bagai mana nak tahu rating ni? dari segi hadiah dan cabutan bonanzanya. Apa-apa pun sama ada game besar atau kecil kedua-duanya pasti ada kelebihannya... kedua-dua acara di tempat yg berbeza jaraknya... satu di Selatan dan satu lagi di Utara... dan persamaannya kedua-duanya dah lama tak anjurkan game..... Langkawi last game rasanya dah dekat 2 tahun takda game serama begitu juga dengan Johor... so, pasti kedua-duanya akan ada kemeriahnya dan keunikkan tersendiri.

Seterusnya pada bulan  Disember nanti, game akan bersambung ke Pantai Timur di Kelantan 4 star rating, maklumat lanjut akan di beritahu dalam masa terdekat dalam posting yang lain. Apa-apa pun kepada semua player berhati-hati di jalan raya semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

 Sedikit foto stok serama D' Rumah (LSPB) update.... Inshaallah akan mewarnai game-game yang terdekat!!

Majulah Serama untuk Semua... !



"Pall Mall"


"GorGon"


  "Geboy "



"Bidin Al-Zaifa" Otai hehehe


Jumpa lagi bye... bye!!!




Tuesday, November 19, 2013

Game AIR HITAM Johor!!

                      SALAM SEMUA PEMINAT AYAM SERAMA SEMALAYSIA                                       

                                      Game Bagi Bulan November 2013                                        




Bersama Kita memeriahkannya....................................!









Thursday, October 24, 2013

Game serama Terkini !! 2013

SALAM SEMUA PEMINAT AYAM SERAMA SEMALAYSIA....

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA( BON KAJANG) SIRI KE-2
(BON KECIL) KAJANG SELANGOR

DATE : 27 OCTOBER 2013 (AHAD)
MASA: 9.00 AM HINGGA 2.00 PM

TEMPAT: TAMAN PUTRA KAJANG, SG CHUA KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN.
ANJURAN: KELAB KESENIAN SERAMA KAJANG (KKSK)


KETAGORI :
1) SERAMA A & B
2) SERAMA MUDA
3) SERAMA REMAJA
4) SERAMA ABS( TANPA LAWI)
5) SERAMA ANAK A & B
6) SERAMA INDUK ( IBU AYAM DAN INDUK REMAJA SIAP)

HADIAH SETIAP KETAGORI:
JOHAN : RM 100
N.JOHAN:RM 80
KETIGA : RM 60
SAGUHATI: RM 40
BOTB : RM 50
BAYARAN PEYERTAAN : RM 30
* Hadiah 30% drpd peyertaan setiap ketagori
CABUTAN BERTUAH : WANG TUNAI DAN HEMPER

PENGANDIL : POK NIK KELANTAN

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI;
 
CGU ZAHARI : 013-3962669
ABG YUSRI : 016-2900705
ABG SAYUTI: 013-6070910
BERIE : 012-3264612



____________________________________________________

Game Kelantan 




_______________________________________________________________


 Game KL (Keramat)




 Bersama Kita memeriahkannya!!!



 
 

Wednesday, September 18, 2013

Harga Ayam Serama Semakin bernilai tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan September dan Oktober sememangnya bulan yang agak sibuk bagi player ayam serama khususnya, bila mana setiap minggu ada saja pertandingan dianjurkan dan alhamdulillah rata-ratanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. SPB sendiri bersama Sps Group telah dengan jayanya menganjurkan satu Bon kecil pemanas bagi Bon besar antaranya yang bakal berlangsung adalah Game tahunan tasik Kenyir iaitu pada 21hb September 2013 ini.

Alhamdulillah sekali lagi Sps Group berjaya menganjurkan Bon dan kali ini di Parit Buntar dan berlanjutan kemudian Bon seterusnya di adakan di Kelantan, Pokok Sena, Kajang serta kemuncak adalah di peringkat Antarabangsa iaitu di Tasik Kenyir Terengganu.

Apa-apa pun semakin hari semakin panas hobi serama ini dengan pelbagai aktiviti anjuran pertandingan. Apa bila sudah panas dengan Bon,  secara langsung ia mempromosikan lagi hobi lumayan ini di mata umum dan dunia luar dengan hobi unik bernilai tinggi.

Secara umumnya penawaran harga ayam serama juga kini menjadi semakin meningkat walaupun tiada kena-mengena dengan kenaikan harga minyak yang telah di umumkan oleh kerajaan... hehehe (ok ayat tu memang tak bleh blah....)

Realitinya kini harga ayam semakin meningkat biarpun semakin ramai breeder yang mengeluarkan produk namun yang pasti harga semakin melonjak di pasaran. Tinjauan di buat di beberapa kedai pet shop ayam reject pun dah ada harga, apatah lagi kalau di rumah breeder sememangnya berbaloi-baloi....  Biar pun SPB sekarang agak kurang buat posting sejak kebelakangan ini namun SPB masih ada mengeluarkan produk dan turut serta ke acara Bon. (bukan semua tempat)

Dan yang lebih SPB tidak jangka semakin banyak email yang SPB terima dari peminat seramas di dalam dan luar negara yang sangat berminat dengan serama Malaysia. Jadinya pendedahan hobi ini kini semakin meluas dan menjadi satu tarikkan untuk negara khasnya. Jika kena dengan promosi dan jalannya SPB rasa tidak mustahil Ayam serama akan dapat dipasarkan ke lebih banyak negara luar.

Ok lah cukup untuk posting kali ini.... berjumpa lagi dilain posting...


Maju bersama serama Malaysia

bye!

Sedikit selingan gambar Anak A..... No.3 dan saguhati game Parit Buntar.
 
 
Unlog sudah di lamar..... Tq Buyer

 
 
 

Tuesday, September 17, 2013

Serama For Sale !!

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera.

Tiada apa yang nak di cerita cuma nak posting iklan sikit...ayam muda, baka peon for sale..
sila hubungi saya seberapa segera....  0165047301

oh ya....

pat-pat siku lipat,... siapa cepat dia dapat.

Ayam saiz mini AA sepasang. Bulu kilat warna ara ... Pure baka Peon!

Tq Blogspot... walau pun dah tak bagi kuata free utk upload banyak gambor.. hehehe!!








Induk kecil comel.... blom betelur, silap2  gaya boleh bawa turun Bon.


okey... bye-bye!!



Wednesday, August 14, 2013

Pertandingan Ayam Serama Di Parit Buntar 31 Ogos

Assalamualaikum..... 

Ada sedikit Perubahan pada menu pertandingan.../ Harap maklum!!
 

Dijemput semua peminat ayam serama untuk menyertai pertandingan kecantikan Ayam Serama sempena Merdeka Day Anjuran SPS serama Group.

Bersama kita memeriahkannya...... jumpa di sana!!









Saturday, July 20, 2013

Permbaka Kuning Dan Ara

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat menjalani ibadah puasa semoga keberkatan dan keaampunan diperolehi dibulan yang mulia ini... 

Projek terkini SPB adalah upgred reban .... agak banyak pembaka yang nak di simpan, nak dilepas sayang pulak jadinya simpan aje lerr .... kita tengok hasil lepas lebaran nanti...



Pembaka.. Reban.... !





Harap-harap berhasil....!



Sunday, June 30, 2013


 Kokuro

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah hampir 4 bulan Spb tidak update blog sampai ada sahabat yang sms tanya dah tak aktif serama ke?
Sebenarnya masih aktif malah banyak juga produk reban Spb yang keluar dan dah nak habis di lamar kawan-kawan sahabat serama Alhamdulillah, cuma kerana urusan kerja serta masa yg terhad menyebabkan Spb dah tak sempat nak menaip.... tapi yang pasti masih aktif dalam hobi serama.

Selain dari masa yang agak terhad ditambah dengan memori dalam kuata blogspot pun dah terhad menjadikan Spb lagi malas nak upload gambar.... Kalau sahabat yang sudah biasa dengan blog seramapb ini memang mungkin dah tahu Spb sememang suka upload gambar di Bon, tapi bila kuata dah terhad jadinya berabuk la camera kat dalam bilik... hemm

Oklah apa cerita terbaru tentang dunia serama yerrr? dalam 2 bulan tak ada update blog sebenarnya banyak story tentang serama... terutama pertandingan di Bon... sememangnya dari bulan 5 hingga bulan 6 bersusun Bon boleh dikatakan tiap-tiap minggu diadakan memang meriah.... dari kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Penang hingga ke Terengganu.... huh memang penuh jadualnya... ! namun tak semua juga Spb dapat turun.. apa pun sebahagian besar dapat sampai alhamdulillah.... dan SPS group juga semakin menyengat.. Tahniah kepada sahabat yang berjaya!

Sedikit dulu update kali ini nanti kita sambung lagi......


Wednesday, April 10, 2013

Ayam Serama untuk dijual (For Sale)



Anak B

Anak A (anak2 pembaka Peon)

Muda

Induk Dara ada banyak nak di lepaskan induk tarik2 RM250 ke atas.


Ara Lelong-lelong ... harga murah2

Ada banyak lagi yang nak di lepaskan SPB tak dapat nak post gambar semua kerana kuata Gb blogspot dah  limited.... kalau rasa nak harga murah-murah boleh ke reban terus.... okey! TQ


Video anak Ara...

Klik Link ini



                                                                   
 GAME Terkini :



BON KUALA NERANG ,KEDAH DARUL AMAN... DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.
 
 
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama tak update blog.. bukan menyepi diri tapi sibuk gitu-gitu la... apa pun hari ni nak buat posting mengenai sebuah lagi group serama akan di ujudkan bagi memeriahkan dunia serama di Malaysia khasnya. Group ini adalah hasil perbincangan saya dan beberpa orang sahabat di sekitar Seberang Prai Selatan tujuannya hanyalah untuk bersama-sama memeriahkan lagi dunia serama di Malaysia ini... selain itu bertujuan menambah lokasi menu acara Bon.

Apa-apa pun ini adalah hasil gabungan orang-orang baru, minda baru mungkin group ini perlu lebih banyak pendedahan diharap group ini dapat memeriahkan lagi suasana game dimasa akan datang serta mendapat sokongan dari sahabat dunia serama.

Inshaallah... dalam masa terdekat group ini akan mengadakan Bon kecil sementara menanti Bon Kenyir, sesi pemanas Bon ini akan di adakan selewat-lewatnya pada bulan Mei nanti bergantung kepada jadual Bon yang akan datang.

(Penyertaan ahli bagi Group ini masih dibuka kepada mereka yang tinggal disekitar area SPS, Bandar Baharu Kedah, Taiping, Daerah Kerian dan Kulim... jauh-jauh sangat kita tidak galakkan kerana akan timbul masalah bila buat perjumpaan nanti. )


Gambar Ara lagi.....








Bye...bye...!


Tuesday, March 19, 2013

Standart markah gaya ayam serama

 Ayam tak mandi hehe


Assalammualikum dan salam sejahtera

Apa khabar agaknya geng serama semua, diharap berada dalam keadaan sihat semuanya. Agak lama jugak blog Spb tidak di upload cerita baru... sebenarnya ada banyak info baru, serta jadual pertandingan yang SPB dapat maklumat, tapi tak berkesempatan untuk dikongsikan bersama... namun apa pun SPB rasa banyak blog serama lain yang telah terlebih dahulu memberikan update informasi pertandingan.. Tahniah dan semoga Kesenian ayam serama terus dimartabatkan sebagai warisan negara.

Oh Spb tak nak menyentuh isu pertandingan walau pun ada dengar-dengar cerita yang kurang enak tapi apa pun kita bersama-sama duduk berbincang .. jangan gaduh-gaduh kita bincang ma... hahaha

Seperti kata Papazola... "kebenaran tidak akan kalah kepada kejahatan" Boiboiboy.

okey itu selingan sahaja.

Spb ada minta pandangan Otai lama dan bekas pengadil, tentang format pemarkahan dari sudut gaya ayam ini...  Apa kata beliau?

kata beliau"

"pengadil seharusnya mempunyai penanda aras untuk mengadili tiap seekor ayam serama yang dipertandingkan...."

Pertama sekali kita kira markah pada gaya.... seharusnya pengadil tahu format markah gaya pada hari itu setelah duduk berbincang dengan ketua penyelaras, berapa maksimum markah gaya pada hari itu... adakah 24 atau 23 atau bawah lagi...? (mungkin penganjur dengan pengadil kena duduk berbincang sebelum game)

Ok....Katakan paras maksimum gaya pada hari itu adalah 24.... Bila mana seekor ayam naik sahaja atas meja... pengadil tadi harus melihat kepada struktur tubuh ayam dahulu... kemudian adakah dia aktif, kalau dia mengibas sekali... pengadil kena letak gaya 20 atau 21... bukan muktamat tapi kita peggang dulu markah yang itu, kemudian sambil melihat pada warna, sayap, balung dan yang lain-lainnya, kemudian ayam tadi mengibas lagi untuk kali kedua dengan gaya yang baik... maka markah tadi dinaikkan kepada 22 atau 22.5... pengadil tak payah tulis la.. kena ingat dalam kepala baru profesional, dalam tempoh 2 minit... katakan ayam tadi mengibas lagi dan lagi serta gaya yang elok dan cantek... maka markah hendak lah dinaikkan had biar pun sehingga had maksimum yang ditetapkan... kalau dah ayam buat kerja atas meja kena bagi la jugak, walau pun kita tak suka warna dia....!

Jadinya... pengadil sudah ada satu standart yang betul dalam mengira gaya dan kibasan....jadi takda lah masalah sangat bila tengok ayam orang buat kerja tapi gaya 20.5 atau 21 ajerr.... banyak yang kita dengar macam tu..... Ayam kita pun biasa kena....! hahaha

Bab gaya ni memang banyak yang dipetikai sebab agak subjektif... jadi kena ada standart la... jangan sampai ada yang berpatah arang tak nak main ayam pulak... kita tak nak macam tu lagi.... meh..kita duduk berbincang muzakarah kalau ada yang baik kita tambah yang tak elok kita tinggalkan apa yang penting hobi ini akan terus di angkat dan dimartabatkan... 

note: Pandangan diatas adalah dari temu ramah saya dengan Bekas pengadil dan saya rasa beliau pun tak bersara lagi cuma beri laluan kepada orang baru.... Jadinya jangan lak nanti ada yang kata SPB ni memandai-mandai....pulak!

Kalau rasa ada betulnya pandangan otai ini sila kongsikan... kalau rasa tidak sesuai.. mana-mana pengadil boleh beritahu apa yang sepatutnya... kita boleh kongsi bersama...!

Akhir kalam dari SPB yang dah 4 minggu takda posting baru....

"Kebenaran akan mengatasi kejahatan..." Paparoza.. hahahaha



Jumpa lagi bye...bye!!



 P/S: Ada beberapa ekor ayam nak letgo... harga bawah paras syiling.... tapi stok buat baka jerr la...!! minat?? datang reban ambik.... penghantaran tidak disediakan!!! TQ











Sunday, February 17, 2013

Ayam Serama For sale !

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Kalau ikutkan Tajuk maknanya ada ayam serama yang nak di lepaskan... Kini dalam Proses membesarkan reban Mini LSPB (Laman Serama Parit Buntar) oleh itu sesiapa yang berminat dengan baka Peon ada beberapa ekor lagi yang masih dalam simpanan SPB... Ayam anak Ara juga ada di reban lagi... dari anak A ke anak C kalau tengok pada potensi ada beberapa ekor yang boleh di ketengahkan.... (Datang Reban Harga boleh ejas) Induk remaja juga ada 4-5 ekor yang nak letgo... jadi kepada yang berkesempatan boleh datang ke reban SPB... 

Sedikit Foto yang dapat di Upload tak boleh nak taruk banyak-banyak... pasal Blog tak upgred lagi...!

Pemangku Romeo!! Anak B


Anak A .. Anak Ara dan Peon! (For Sale)

Lagi waris anak Peon.... baru seminggu !! (Not For Sale)

Dara Remaja.... Ada beberapa ekor yg gaya mcm nie...!

FOR SALE !



Romeo... Not For Sale!
 

 



Okey Jumpa lagi.... Byebye!!



Wednesday, January 30, 2013

Game Ipoh 2013! Ayam Serama Megat Panji

 Panji Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Update blog lagi... takde apa cerita sangat nak di hebahkan.. cuma mungkin kalau jadi Game Ipoh boleh bawak ayam, kalau ayam sempat siap turun lah.. haha!

Oh ya.. dapat info dari geng Serama Ipoh akan berlangsung bon kecil (Bon Bawah Pokok) di Taman Meru tempat biasa pada Tahun Baru Cina ni... so kepada sahabat-sahabat serama terdekat, yang dah lama tak turun Bon boleh datang dan bawa sekali ayam serama tambatan yang ada tu, bagi memeriahkan acara... Apa pun SPB mungkin turun biar pun ayam tak siap.. untuk bantu apa yang patut tolong tengok-tengok ayam pun takpa... haha bukan apa sekarang kes curi ayam pun dah makin berleluasa.. Semenjak ayam serama ni dah melonjak harganya makin kerap pulak SPB dengar kes kecurian ayam... kepada empunya ayam yang hilang harap bersabar... Inshaallah yang tumbuh hilang berganti... ! 

Sedikit Update foto Romeo dan Ara Megat Panji alam... keduanya ekor tak siap ha...! Apo Kono Janggg?

Romeo Adik Kandung kepada Torres !




Gaya terkini Ayam Remaja




Okey...! jumpa lagi ..... bye-bye







Sunday, January 20, 2013

Sembang Serama !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama harap-harap pembaca blog SPB tidak bosan dengan penulisan suka-suka hati SPB selama ini.... biar pun sekadar suka-suka tapi Alhamdulillah agak ramai yang dapat SPB pelajari sepanjang menaip didalam blog antaranya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai sahabat baru dan Otai dalam dunia serama.. dan SPB amat berbesar hati dengan semua kenalan baru dan lama yang bersama bergiat dalam hobi memelihara ayam serama... piss Yo!

Okey lah untuk sembang serama kali ini SPB masih lagi tak dapat nak upload gambar-gambar terbaru di game Penang yang telah berlangsung dalam suasana yang meriah. Biar pun Sekadar Game kecil, Bon pemanas, namun sambutan di game Penang agak ramai dengan jumlah melebihi 170 penyertaan untuk game "kecik-kecik anak" namun ia meninggalkan kesan yang baik buat permulaan tahun baru bagi kelab serama Penang khususnya.

Walaupun ada sedikit haru biru bila mana ayam salah seorang sahabat iaitu Saudara Hairi Sik (salah seorang Otai Utara) telah kehilangan ayam tambatan yang telah memenangi banyak game di Semenanjung Malaysia... Ayam yang bertaraf legend ini telah di curi ketika berlangsungnya acara Raja Kebas/Kibas bila mana semua peserta dan orang ramai sedang asyik melihat acara yang sedang berlangsung dan ketika itulah ayam milik saudara Hairi Sik di rembat (dicuri) malah ketika kejadian SPB duduk bersebelahan Saudara Hari yang turut sama bertanding dalam acara Raja Kebas. (takziah saya ucapkan kepada saudara Hairi Sik)

Ayam Ara Khairi Sik

Ayam Ara kepunyaan Saudara Khairi ini pernah ditabalkan BOTB di beberapa Game termasuk di Kelantan pada tahun lepas. Gambar yang tertera adalah BOTB di game Ipoh RTC juga tahun lepas.

Jadi isunya di sini adalah selepas ini semua player-player kena lebih berhati-hati dengan keselamatan ayam ketika di Bon-bon yang berlangsung bukan nak kata apa... sekadar ingat-mengingati ayam yang dibeli bukan lah sedikit nilainya.. jadi berhati-hati lah semua selepas ini. Mungkin pekara ini terpencil namun ia boleh menjadi luka yang dalam kepada pemilik ayam. Kepada player semua berjaga-jaga. Mungkin sebelum ini kita kurang ambil kisah tapi selepas kejadiaan ini ia menjadi pengajaran kepada semua.

Sampai disini dulu SPB menaip berhenti untuk makan malam...
InShaallah ada kelapangan akan di upload gambar-gambar di Bon Penang. Memandangkan Space memori blogspot SPB masih blom upgrad jadi tak banyak yang boleh diupload mungkin bila dah upgrad nanti SPB dapat berikan gambar yang lebih banyak.

Oh ya... Untuk Tahun 2013 SPB dalam perancangan untuk membuat Poster terbaru iaitu Poster "Best Of The Best 2013!" yang mana semua ayam-ayam lagend yang pernah dinobatkan BOTB tahun 2012 inshaallah akan di cetak. Tunggu dan sabar yerrr!!


Terkini di reban SPB Baka Peon adik kepada Torres ayam Anak C. Romeo



Tuesday, January 8, 2013

Ayam Serama : Argotek

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Selamat menyambut Tahun baru SPB ucapkan... walaupun agak terlewat untuk SPB ucapkan dah pun 7 hari berlalu... Pejam celik kita telah masuk ke tahun baru dan ramailah yang berazam sama ada azam baru atau memperbaiki azam lama walau apa sekali pun diharap kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik biar pun tidak sempurna namun percaya dengan apa yang dilakukan inshaAllah akan menemukan kejayaan....

Perhhh... pembuka kata yang agak boring... kan?? 

Biarkan... entah kenapa pagi ni menaip keluar benda-benda ni semua... mungkin disebabkan SPB jadi MC di pembukaan perhimpunan bulanan di jabatan pagi tadi kut... hahaha terbawa-bawa lagi.

Apa-apa pun SPB hari ini masih mahu fokus pada breeding ayam serama dan pelaburan ternakan serama,

Sudah agak lama SPB tak buat isu bual serama... so kali ni SPB nak berkongsi dengan pembaca dengan isu Serama sumber pendapatan lumayan.

Pagi ni SPB ada terbaca Harian Metro dalam ruangan Argotek. dengan tajuk "Arowana Ong" memang tidak dinafikan penjualan Arowana telah mendapat pengitirafan pihak kerajaan khususnya dalam mengeksport ke luar negara antaranya China, Thaiwan, Jepun, Vietnam, Thailand dan Singapura dengan nilai Eksport RM444j tahun lalu. Boleh dikatakan setiap bulan kira-kira 2,000 benih anak ikan dieksport ke negara China dan secara tidak langsung ia menjadi penyumbang sebagai satu bidang berkepentingan tinggi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara sehingga tahun 2020 dalam kategori Ikan hiasan.
 (Arowana Ikan hiasan Lumayan)

So... jadinya apa yang nak SPB kongsikan adalah kenapa agaknya Industri Ayam serama kita ini tidak dapat diketengahkan ke dunia luar seperti industri Arowana....? 

Sememangnya kita sedia maklum ada negara yang tidak membenarkan haiwan yang boleh menyebabkan wabak penyakit seperti bird flu dan sebagainya menular, okeys kita faham! namun sekiranya melalui proses yang betul atau saluran tepat dan pembabitan pihak kerajaan SPB rasa ia lebih mudah diterima dan diiktiraf dunia. Sekiranya Arowana Malaysia dapat menyumbangkan RM600 juta kepada pendapatan kasar negara selain mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan mengapa Ayam Serama Malaysia tidak boleh menyumbang kepada Pendapatan negara dan membuka peluang pekerjaan.

Okeys...! tak perlu jawab persoalan itu, cuma tepuk dada tanya selera... SPB juga tidak memerlukan  cadangan di sini ... nama pun isu sembang serama... namun begitu SPB hanya menyuarakan pandangan SPB mengapa tidak Hobi Ayam Serama Malaysia ini di ketengahkan kepentas dunia seperti Arowana... jangan nanti bila sudah ada negara lain yang telah mendahului kita baru nak tepuk dahi.... ingat Ayam Serama mudah dibiak.... sekiranya Malaysia bersikap sambil lewa mungkin produk Ayam Hiasan ini akan hanya menjadi lagenda seperti nama Jalak Lenteng akan hilang baka Tok uban, baka Ara, Lanun dan lain-lain ia akan terus menjadi sekadar hobi mainan orang kampung sahaja.... wallahhuaklam...!

Sebagai penutup mungkin ada pembaca blog SPB membuat bermacam andaian dan tak kurang juga yang mengutuk artikal ini... well itu semua tak jadi hal pada SPB, selagi penulisan ini jujur dari hati SPB untuk melihat perkembangan dunia serama ke persada dunia... kata lah apa pun ia tidak merubah pandangan SPB. Bermula dengan persatuan... kuatkan persatuan negeri masing-masing, jangan ada yang berpecah belah.... hangatkan BON yang dianjurkan... ramai-ramai kita bersatu dan kepada kelab yang menyinar jangan sembunyi diri.... dedahkan kepada umum akan kewujudan anda supaya membuka mata semua pemerhati.... semoga ia menjadi realiti.... di tahun 2013..!!


Terkenang dekat ayam kita nie...! 
Apa jadi lerr sekarang ni.... yg pasti mesti jadi ayam.