~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Serama Garage Sale !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Disini ada beberapa ekor Ayam Serama milik sahabat yang ingin di lepaskan kepada tuan baru... Jadinya sementara menunggu waktu berbuka puasa bagi sahabat2 yang beragama Islam boleh la cuci-cuci mata melihat benda-benda yang cantik ni harus... tapi jangan yang ayamnya pakai skirt, haram... hahahaha

Okey marii kita lihat....!!!

Yang Pertama... (FOR SALE) Serama Untuk di bawa ke meja Pertandingan @ Untuk Baka !! Ayam muda










 Dengan Markah Gaya Tidak Pernah kurang dari 23. Dari Baka Raja Kuba

Rekod semasa : No. 2 Tanpa Lawi Alor Star

No. 3 Tanpa Lawi Ipoh

Top 5 Tanpa Lawi Alor Star 7/7/2012 (Terkini)



KUNING EMAS 

AYAM UTK TANDING @ BAKA !! Ayam masih muda baru sekali meluruh. warna kemas.. cuma ayam blom bawak mandi ketika sesi bergambar... hehehe





Rekod Terkini... Belum pernah dibawa ke meja pertandingan. Kerana Meluruh!!


ARA SELAM 

 AYAM UTK TANDING @ BAKA !!dari keturunan darah lawan meja,.... assesori tip top.









Top 5 ketika Remaja, tetapi Owner tak berminat untuk masuk pertandingan sekadar hobi & breeding sahajerr!!


2 INDUK DARA SELAM






Baka dari darah terkenal... Warna cream, bulu rapat, kaki kuning, Balung halus. Dan yang pasti DARA SELAM ....Belum bertelur,... tapi tak lama dah ni insyaallah bertelur lerr deme....!!


INDUK SELAM (Waris Raja Kuba)









Induk ini berdarah Raja Kuba.... Induk slam yang sudah dua kali bawa anak. Bertelur cantek dan keras... ayam Halus.... assesori Tip Top 5 Star!! Kaki tinggi, Warna, Leher tengkuk, Balung Terbaikkk..!!



Okey Jumperr lagi............. Yang Call ajerr akan d layan....!!! TQ


Monday, July 23, 2012

Dulu Blackbird kini Thunderbird

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih belum terlewat rasanya untuk SPB untuk mengucapkan Selamat Menyabut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam tidak kira dimana jua anda berada. Sudah agak lama SPB tak UPload gambar-gambar Terkini penghias reban di LSPB... untuk itu SPB ada sedikit Foto untuk tatapan haluwa mata sebelum menunggu waktu berbuka puasa... ! Ayam Biasa2 saja... cuma ada tarik sedikit!!






 Warna yang mana pilihan Anda..............??



 
                                 Thunderbird                              Torres




Selamat Berpuasa..............!

Dan Jumpa lagi...




Friday, July 13, 2012

Ayam Serama Kuzai Group Menganas di Alor Star !!













Ayam yang dikatakan berdarah Submerin pure.... 
Ayam cutting tinggi berdada bidang.... Terbaik!!



Sedikit Foto dari menu game D Alor Star..........































































Cuba komen sikit Ayam ni apa Macam....??





Peluru lepas raya larr... jawab nyerrrr,.

Friday, July 6, 2012

Sembang Serama - Serama USA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam nukilan sembang serama, agak lama tak menaip di ruangan ini tapi rasanya blog sahabat-sahabat serama yang lain masih aktif dan meriah. Apa-apa pun tahniah kepada semua peminat ayam serama kerana ketika ini, hobi unik juga exotik ini semakin mendapat perhatian di mata dunia. Terbaru saya mendapati ada peminat serama dari negara Barat yang juga berminat dengan hobi unik serama ini, negara itu adalah dari negara Uncle John iaitu USA ( United State Of America).







Peminat Serama di negara itu telah pun menganjurkan pamiran serta pertunjukkan dan tidak ketinggalan juga acara pertandingan bagi menarik lebih ramai pengemar hobi Serama ini di dalam komuniti mereka. Dari apa yang saya baca dan perolehi dari maklumat yang ada, mereka bermula dengan komuniti Ayam Seramas serta Bantam kemudian kini secara sah didaftarkan dengan nama Serama - USA . Tahniah saya ucapkan kepada persatuan Serama USA kerana memilih serama sebagai Hobi unik untuk komuniti anda.

Sedikit Foto dari Clab serama USA......









 Pamiran Serama dan Pertandingan







Acara Pertandingan BOTB mungkin...?
 







Player Serama USA punya cerita....! Good Bro...

Okeylah hanya sedikit itu sahaja info yang ingin SPB kongsikan... sebenarnya banyak lagi yang nak di ceritakkan tapi masa tak mengizinkan.. posting ni pun dah lama saya simpan baru hari ni saya dapat postingkan... entah sibuk apa la sangat!! hehehe 
Untuk lebih lagi gambar sila ke :

http://s486.photobucket.com/user/brittbritt101/library/SCNA%20CAJUN%20CLASSIC%202014


 Selamat Maju jaya Kepada komuniti Peminat Serama - USA,  semoga hobi unik ini menjadi ikutan belia di sana... !!!

Adioos...!!


________________________________________________________________


Sedikit Iklan 

FOR Sale!! 


ARa ........ Anak B sepasang dengan Anak Tina ekor kelabu !

RM450.00 (penghantaran)










Msg 0165047301 (NAZ SPB)