~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, August 28, 2015

Ayam Serama Terkini

Golden terkini!!!

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera!!

Terima kasih kepada semua yang masih sudi menjengah ke ruangan Laman Serama Parit Buntar, biar pun dah lama tidak ada info tentang artikal terkini tips penjagaan dan lain-lain info terbaru.

Apa pun inshaAllah akan menyusul artikal yang mungkin menarik minat pengemar serama tentang perkembangan dunia serama pada ketika ini, SPB masih mengumpul info dan maklumat untuk dibuat posting tidak lama lagi. 
Dunia serama ketika ini dilihat agak sedikit muram mungkin juga antara lain di sebabkan faktor-faktor luar berkaitan dengan ekonomi yang menyebabkan harga serama agak sedikit suram. Mungkin juga disebabkan semakin ramai pemilik ayam serama dan lambakan serama yang menyebabkan pasaran ayam serama semakin agak merundum. Bagaimanapun juga sebenarnya pasaran ayam serama adalah tidak seperti di beli dipasar-pasar, ayam serama masih ada harga namun begitu seperti posting sebelum ini ayam serama adalah suatu hobi dan hobi adalah tidak bergantung kepada nilai wang ringgit, ada pun harga ayam serama adalah suatu yang tidak diberi keutamaan yang penting adalah nilai kesenian dan keindahan serta keunikan ayam serama itu yang menjadi tarikan. Biarpun harga ayam serama merundum jatuh bagi peminat tegar ia tidak menjadi kudis kepada pemiliknya. 
Ayam serama juga mempunyai nilai yang tinggi bagi peminat setia (bukan Newbie) kerana seperti yang kita maklum bagi pengemar baru kebiasaannya mahu ayam yang cantik dan murah..... (Fakta) malahan bukan saja newbie ada juga pemain lama yang mahukan harga yang murah... jadi bagi SPB pekara seperti ini tak perlu lah kita besar-besarkan, andai kena pada cara dan gaya tiada masalah untuk menawar harga cuma kena cara lah.... takkan tuan ayam nak makan modal. Beli mahal pembaka tapi orang minta murah-murah pening jugak... !!! 

Apa-apa pun bagi SPB semuanya bergantung kepada niat. Kalau niat kita nak bersahabat dan nak mengembangkan lagi hobi unik ini inshaAllah tidak ada perkara yang mustahil. Yang penting keikhlasan, SPB dah beberapa kali berjumpa orang yang ikhlas dalam berserama....( Penjual, pembeli dan Peminat baru ) ok lain kali saya akan ceritakan .... kisah benar yang saya rasa menjadi pedoman untuk saya mungkin juga untuk para pembaca. InshaAllah kalau diizinkan saya akan membuat posting baru juga mengenai cerita ini. sehingga itu cukup sekadar disini mungkin akan saya update posting dalam masa terdekat nanti..

Jumpa lagi..... bye..bye!!!



Update Ara Hang Tuah namanya....!

Jalak Anak B (sold out) tq Buyer

Anak B, Zam bagan legacy....! (not for Sale)





Monday, August 3, 2015

Reban mini Single Serama 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu lagi di dalam blog LSPB buat kali ini. Diharap para pemca dan peminat ayam serama semuanya berada dalam keadaan baik sihat semuanya.

Postting saya buat kali ini berkenaan Design reban mini yang sudah mula mendapat perhatian kepada pemilik haiwan exotik cilik ini. Pada kali ini saya mahu berkongsi info dan sedikit cara bagaimana ayam serama dapat di pelihara di kawasan persekitaran rumah yang tidak begitu mempunyai keluasan yg besar... contohnya sekitar Flat atau pun rumah Teres yang mana ruang letak almari agak terhad.

Ada beberapa cara sebenarnya untuk kita gunakan selain reban pemanent yang biasa kita gunakan. ada yang membuat 3 hingga 4 pintu secara bertingkat. Dan kebiasaannya yang mempunyai ruang lebih besar kita gunakan 2 bahagian untuk 6 atau 8 pintu. Namun untuk ruang yang agak terhad ramai peminat serama yang agak kecewa untuk menambah koleksi serama kerana keluasan saiz reban yang agak terhad.

Ramai yang bertanya berapa keluasan Ideal untuk sesebuah sangkar serama untuk pembiakkan dan ada juga yang bertanya berapa pula untuk keluasan ayam serama remaja ke muda atau yang sesuai untuk diasingkan... teritama yang berpotensi Game (Ayam cutting Cantik) Supaya bulu dan assesori tidak rosak bila bercampur dengan induk atau ayam lain.

Biasanya dari Anak B ke Muda ayam akan diasingkan supaya dapat dilihat akan potensi anak ayam tadi melalui proses pengasingan, selain itu tujuan utama ayam diasingkan adalah untuk mempercepatkan proses penggalakkan ayam... selalunya ayam yang galak lebih agrasif dan akan menunjukkan gaya yang hebat dan superb. 

Alasan utama ayam ini di asingkan selain penggalakkan adalah untuk melihat akan assesori ayam ini agar tidak rosak apabila bercampur dengan ayam yang lain dan kadang-kadang proses mencampurkan ayam juga mengakibatkan ayam menjadi alah kepada kawan-kawan yang lain yang lebih kuat terutama ayam jantan, ini membuatkan ayam akan berkeadaan kurang bentuk gaya(form) dan melambatkan proses pengalakkan.. berpunca kerana ayam akan berebut pada makanan dan pergaduhan. 

Jadinya untuk mendapatkan ayam yang sihat dan bergaya adalah perlu pengasingan ini di titik beratkan, supaya perkembangan ayam ini mudah di awasi dan di latih. Untuk pengetahuan anda juga, bukan sahaja ayam jantan yang perlu di asingkan, malahan betina remaja yang mempunyai cutting yang baik dan cantek bulunya juga harus diasingkan... tujuan adalah sama. malahan betina yang diasingkan awal menjadi lebih garang dan bergaya.

Ada beberapa kes yang tidak memerlukan ayam ini diasingkan awal... antaranya:

- Apabila anak ayam nampak tidak serasi apabila diasingkan. Seperti meluru keluar dan tidak mahu makan.

- Sakit apabila diasingkan.

- susuk badan yang terlampau selam dan tarik hingga ada struktur badan dah mula rosak.. kerana terlalu form awal. Seperti keadaan rusuk dan tungku belakang terkeluar.

Sekiranya berlaku masalah seperti ini adalah tidak perlu anak-anak ayam ini di biarkan berasingkan, namun begitu biasanya jika di letakkan sekalipun, cukup sekadar sepasang atau pun betina dengan betina supaya tidak berlaku pergaduhan dan berebut makanan.


sedikit gambar design  reban Mini single.


Bersaiz 2 kaki setengah sahaja.....

Ruang untuk Anak B hingga ke Dewasa

Saiz yang sama Cuma pintu atas Hanya untuk Anak B hingga Remaja adalah sangat sesuai...

Berukuran sama saiz dengan meja lipat bersaiz kecil. Mudah untuk dialihkan.

Dan boleh dicantumkan menjadi 2 Tingkat.....

Ada beberapa lagi design tetapi untuk kali ini adalah Single Design.
 
Ini Contoh untuk single dan double
 
 
Sampai disini dulu info buat kali ini nanti kita Up lagi info baru... semoga terus memberi sokongan kepada LSPB untuk terus bersemangat menulis..!
 
Up Sikit Gambar Ayam direban SPB terkini...!!
 
 
(Golden)
 
 
Ayam Muda... Baru Nak marie form... saborrr sikit lagi.!!


Masih Dalam Latihan.....


Namanya (999)


Masih Muda... ekor tengah menyalin ekor Muda.... Saborrr!!


Okey Geng Jumpa Lagi... Bye.. Bye!!







Thursday, July 23, 2015







Assalamualaikum dan salam Sejahtera......

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan Serama mania yang beragama Islam, sama ada yang mengenali saya mahu pun tidak...

 Agak lama juga saya tidak mengeluarkan posting baru mengenai perkembanggan serama di Malaysia, pada waktu ini... Isha Allah , jika di izinkan akan saya update tentang pekara ini pada posting yang akan datang...

Sehingga itu saya mengucapkan Ribuan terima Kasih kepada pembaca Blog saya yang agak usang ini kerana rajin menghantar email dan msg bertanyakan produk serama dari Reban SPB. InshaAllah juga, akan di update gambar-gambar terbaru anak-anak reban serta pembaka yang mahu dijual pada masa terdekat. 

Untuk itu saya tinggalkan sedikit pencuci haluwa mata untuk tatapan pembaca.... semoga kita berjumpa di lain masa... sekian !!

SeLaMaT Hari RaYa....!!






                                                                           Anak B


Muda Anak dari pembaka Zam Bagan Legacy

                                                                                 Muda





Bye... bye Jumpa lagi!! 



 

Wednesday, April 22, 2015

Jualan Ayam Serama 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk jualan Ayam serama harga Borong boleh datang terus ke reban. Untuk yg baru nak berjinak dengan hobi lumayan ini dipersilakan datang untuk berkongsi ilmu. Memandangkan kali ini banyak yang menetas dan membesar sihat jadi SPB buka jualan untuk yang berhajat. Warna Ara dan Kuning inshaallah ada.... Harga boleh runding sampai jadi. untuk Info Lanjut. 

Call/Msg/ Whasapp ke 0165047301 Naz SPB
















Jumpa Lagiii..... wolaa !!


Friday, January 16, 2015

Poster terbaru koleksi ayam serama Malaysia

Assalamualaikum disini SPB ingin membuat promosi untuk cetakkan Poster terbaru dari LSPB untuk semua peminat ayam serama.. Bagaimana pun stok Poster ini hanya ada sedikit... kepada yang belum lagi mendapatkannya sila dapatkan sekarang kerana stok hanya sedikit... di ulangi.. tinggal sedikit sja lagi... Saya hanya  keluarkan setahun untuk sekali cetakkan...  !



Poster terkini terbaru.... !





DAPATKANNYA SEKARANG SEBELUM HABISSSSS..........!!

Satu Set (A+B+C+D) = RM40
Free postage