~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Friday, December 9, 2011

Game: Game Ipoh !!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!!

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi diri... bukan merajuk bukan dah bosan atau pun dah malas-malas dengan hobi lumayan ini, tapi sibuk memanjang dari hari ke hari... namun dalam hati masih kuat nak breeding dan bertanding lagi.

Apa-apa pun namanya juga hobi, jadi kenalah habiskan dulu kerja hakiki baru boleh senang-senangkan diri.. baru nak tengok ayam pun senang hati... tapi kalau sehari tak tengok reban pun SPB dah susah hati... hahaha banyak pulak celotehnya kali ini.

Okey malam isnin yang lalu dalam slot berita TV9 ada cerita tentang pertandingan ayam serama di Ipoh, nampaknya semakin mendapat liputan hobi lumayan ini saban hari. SPB berharap perkembangan seperti ini menjadi satu titik tolak untuk menaikkan lagi nama hobi ayam serama di Malaysia khususnya. SPB pun tak tengok berita di kaca TV tu, cuma ada sahabat antar mesaj kata muka SPB dah keluar berita.... apa kes??

Game di Ipoh baru-baru ini berjalan dalam keadaan suasana yang sederhana meriah ini kerana ramai peserta dari Pantai Timur tidak dapat hadirkan diri disebabkan keadaan musim hujan dan disusuli dengan banjir ditambah pulak dengan kenduri-kendara musim cuti sekolah, jadinya banyak ayam yang tidak sihat dan diikuti pula kesibukan tuan punya ayam mana nak ke undangan kenduri lagi, nak pindah ayam serama dari kawasan yang dilanda banjir lagi... nak ke game lagi.

Dengan penyertaan lebih kurang 220 sangkar ayam, game kali ini dilihat agak merosot jika dibandingkan dengan Bon sebelumnya kerana Bon di Ipoh kali ini adalah menu game besar yang dianjurkan oleh Kelab serama Perak. Namun Syabas SPB ucapkan kerana 'Kata telah dikota' setelah sekian lama perancangan dibuat akhirnya terlaksana walaupun agak kurang sambutan SPB berharap kelab Serama Perak tidak patah semangat untuk menganjurkan acara ini pada masa akan datang. Selamat Maju Jaya !!


Sedikit foto yang di ambil...


Juara BOTB Ayam 'Pok 8'

Kaler Pinang Masak

Antara pengunjung yang hadir

Jumlah penyertaan agak kurang menyerlah kali ini.... akibat musim hujan.

 

Urusetia Geng Serama Ipoh berbaju kuning memerah keringat. Bagi menjayakan game kali ini

Keputusan masih dalam proses.


Meja Urusetia.....


Okey sebenarnya masih banyak gambar yang sempat SPB ambil tapi tak boleh posting semua nanti ada yang kata majlis kenduri pulak... kehkehe.... gambar kali ini mungkin kurang memuaskan maklum saja SPB hanya menggunakan camera Handphone, jadinya kurang menyerlah... apa-apa pun sekali lagi segunung tahniah SPB ucapkan kepada pihak penganjur kerana dapat menyelesaikan game kali ini.  Well Done!! yob boleh...!!

Berjumpa lagi... bye-bye!!!



1 comment:

  1. coba sekali2 jelaskan beda ayam kate jepang dengan ayam serama... lebih bagus bang...tks ya

    ReplyDelete