~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, December 22, 2011

Pengadilan Adil Tunjang Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Perhhh.... ape punya tajuk nie??? lain macam jerr bunyi nyerr!!


Macam ini ajelah di pendekkan cerita SPB cuma nak comment untuk abang-abang pengadil Ayam serama agar lebih berhati-hati dalam pembahagian markah serta cara penilaian mestilah adil dan telus... bukan SPB nak pertikaikan cuma untuk ingat mengingati.... SPB juga tak mahu lihat kejatuhan hobi ini seperti mana di zaman kejatuhannya dulu, apabila ada desas-desus menyatakan cara pengadilan tidak adil dan berat sebelah (contoh: pengadil lebih memihak kepada peserta yang ada nama, khususnya dlm acara BOTB) dan ia sekaligus akan  mengakibatkan kurangnya penyertaan para peserta ke game yang dianjurkan, tak salah rasanya kalau kita saling tegur-menegur demi menaikkan hobi ini ketahap yang lebih tinggi.


ishh... pembuka kata jerr dah panjang...kan?


Arakiranya ada sorang sahabat dari kalangan player juga, memberi tahu SPB beliau ada menyertai game terdekat baru-baru ini.... nak di jadikan cerita apabila di akhir BOTB berlangsung namun pemenang belum diumumkan... terdengar sahabat saya ni ada suara berbisik kepada seorang player BOTB "maaf la masa BOTB tadi saya tak undi ayam awak"

Jadinya terdetik la di hati sahabat ni ... kenapa pulak nak cakap macam tu kat player BOTB ... rasa macam ada connection sebelum pertandingan pulak.... jadi rasa tidak puas hati sahabat tadi di lontarkan kepada SPB untuk bersama-sama kita fikirkan... mungkin benda ni nampak mudah simple tapi bagi sesetengah player tegar, benda ni agak sensitif... para pengadil khususnya tidak boleh terlalu open speech sebabnya banyak mata yang memerhati dan banyak telingga yang mendengar... jadinya jaga-jaga!!!

Oleh itu demi menaikkan lagi taraf pengadilan dan profesional nya maka ada baiknya persatuan yang berkenaan mewujudkan latihan atau kursus-kursus bagi meningkatkan taraf pengadilan untuk lebih mencapai standerd (mungkin di kenakan bayaran utk kursus). Atau mungkin juga dianjurkan kursus lagi bagi pengambilan pengadil baru dan rasanya ada banyak lagi cara yang saya rasa boleh meningkatkan lagi taraf pengadilan Ayam serama ini untuk lebih International dan Profesional. Tambahan ayam serama sekarang pelbagai pattern. Warna dan gaya.

Okey lah... cukup sekadar itu untuk update kali ini mungkin jika anda ada pandangan dan penambahbaikan boleh la ia di kongsikan bersama. Sekiranya penulisan saya kali ini ada menyinggung mana-mana pihak saya meyusun ampun dan maaf sekiranya tersalah kata.. apa-apa pun demi menaikkan lagi nama hobi Ayam serama ini saya bebesar hati sekiranya ada persatuan diluar sana mahu pun orang perseorangan yang betul-betul komited dapat membawa hobi ini kepersada antarabangsa alangkah baiknya.

Okey berjumpa lagi dilain postting

Bye...bye...!!



Lagi sekor anak Pion Kuning lagi...Ayam Muda, Angelo hehehe






No comments:

Post a Comment