~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, March 21, 2011

Ayam Serama : Game Progrem Perpaduan Rakyat Negeri Perlis !

Assalammualaikum dan salam Satu Malaysia,

Hari ini SPB meng-update posting untuk Pertandingan Ayam Serama di Progrem Perpaduan Rakyat Negeri Perlis pada 19 Mac yang lalu. Walaupun sambutan di game perlis kali ini agak kurang menggalakkan namun kemeriahan acara pertandingan tetap menyerlah dengan majlis penutupan progrem Perpaduan rakyat yang sepatutnya di rasmikan oleh Y.A.B. DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU Menteri Besar perlis. Namun disebabkan ada urusan yang lebih penting maka tugas itu diamanahkan kepada Setiausaha Politik beliau.

Pelbagai acara menarik turut diadakan pada hari itu antaranya pertandingan Suara Burung dan pamiran dari agensi kerajaan turut diadakan disebelah pagi. Namun begitu apa yang saya perhatikan penyertaan untuk pertandingan ayam serama tidak begitu banyak, mungkin kerana game kali ini game kecil namun hadiah RM300 untuk setiap Johan Ketagori dan RM100 untuk BOTB dan untuk hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai... SPB rasa kalau promosi all out ramai yang nak join. Namun SPB juga ada dengar yang game kali ni pun, bertembung dengan game kecil di sebelah Pantai Timur jadi penyertaan dari peserta Pantai Timur amat kurang sekali pada kali ini.

Apa-apa pun SPB ada sediakan sedikit foto pada game hari itu jom kita lihat sama-sama...!



Suasana sekitar Pertandingan Ayam Serama

 Meja Urusetia

 Suasana lapang dan selesa....

Meja kiraan Markah



 Antara Pengadil yang bertugas

Peminat Suara Burung masih tidak berganjak biar pun pertandingan suara burung telah lama melabuh tirai.





Kubing Bertuah sedang di nilai.
 

Bincang-bincang petang (Mizi Penaga, Che Mat Kulim, Mie Kebab Penang dan SPB)



Antara gambar pemenang- pemenang....!!







hehehe...... ada jugak ambik hadiah Utama. Alhamdulilah!!

Peserta-peserta Chempion menantikan detik BOTB


Bast Of The Bast !!!


Malang sekali ketika pemenang BOTB kamera dah abis beteri ... so tak boleh nak posting juga gambarnya dan tak teringat handphone murah yang duk ada juga... Jadi sejuta Tahniah kepada Cikgu Putera dari Kedah Johan Ketagori A dan BOTB negeri Perlis... Jumpa lagi di game Perlis pada 2hb April nanti Insyaallah... !




Gambar Kubing Bertuah Ketagori B !

Dengan mata Gaya 22.5

Alhamdulilah!!! rezeki SPB bawak yang ini....!!!



No comments:

Post a Comment