~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, September 14, 2011

Format Pembahagian markah Pertandingan Ayam Serama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.........

Tip hari ini untuk Format markah Pertandingan Ayam Serama....... !

Kali ni SPB nak berkongsi dengan peminat ayam serama tentang skema pemarkahan pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama. Pada kebiasaannya, inilah pembahagian markah untuk pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama. Ini dikirakan basic format. !!




Markah gaya adalah yang paling tinggi kerana Ayam bergayalah yang paling susah nak dicari. Kadangkala walaupun ayam cantik dan cukup segala assesori namun belum tentu boleh menjadi pemenang, ini kerana ayam yang kurang aktif selalunya akan kalah pada Gaya. 

Ciri-ciri Ayam Bergaya adalah seperti lonjakkan dada, Selam, mengibas sayap dan cara berjalan semasa di atas meja pertandingan (bak kata sesetengah orang macam pertandingan bodybuilder lah). Kemudian diikuti dengan Tubuh 15 %, Sayap 7% yang mana sayap jika terlalu labuh atau terlalu singkat juga akan diambil kira dan sayap tak berserabut bulu serta pecah-pecah... 

Kaki pula di nilai 5%, okey kalau zaman era 90an kaki pendek tak berapa nak kisah, namun pada masa sekarang kaki antara yang menjadi perhatian para pengadil ini kerana kaki memainkan peranan yang boleh menyebabkan markah sayap akan terjejas, selain daripada kaki yang kuat dan tegap yang akan dinilai. Malahan pada masa sekarang ayam berkaki tinggi dianggap ayam era terkini, sejauh mana kebenaran pekara itu kena tanya otai lagi. Seterusnya Balung Kepala 10%, Warna 8%, Lawi 10% dan akhir sekali Bulu 5% .Bagi kriteria-kriteria yang lain tu, Akan SPB kongsikan bersama pada masa akan datang. okey!! Diharap anda mendapat sedikit Info dari LSPB buat kali ini.

Contoh Pemberian Markah Untuk Kategori Ayam A


 Klik Untuk Gambar lebih Besar !!!



Okey !! Bye...bye........ Datang Lagi !!







1 comment:

  1. Pihak pengadil di malaysia patut mengubah column scoresheet dimana markah tertinggi didahulukan sehinggalah markah yang terendah .kerana apabila markah sama column sayap dan kai yang jadi penentu ,padahal ekor dan kepala balung markah lebih tinggi.Kalau column tu tak penting tak kan markah tinggi pulak. Renungkanlah...

    ReplyDelete