~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Monday, September 26, 2011

Game kecil Perlis 24.9.2011 !!! Bhg I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Update terkini Gambar Game Perlis.... maaf mungkin agak terlewat sedikit untuk update kali ni. SPB agak sibuk dengan hal urusan pejabat. Walau bagaimana pun Blog tetap di update.

Okey! untuk game Perlis kali ni kata penganjur ia sekadar game pemanas gelanggang, game kecil jadi penyertaan juga biasa-biasa saja.. untuk sesi pemanas sementara menanti game besar di Tebengau minggu hadapan, rata-rata yang menyertai game kali ini kebanyakkannya adalah muka lama, namun dengan peluru-peluru baru.... mungkin sesi pemanas badan kali ni ramai yang cuba-cuba peluru baru, untuk ditampilkan ke game yang lebih besar... sekiranya peluru baru mencapai tahap yang diinginkan maka berjumpa lagi kita di game Tebengau..

Dengan jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 109 sangkar sudah cukup membuktikan masih ramai peminat ayam serama di kawasan Utara ini. Walaupun jumlahnya agak berkurangan disebabkan game disebelah Selatan yang berlangsung lewat sehari dari Game Perlis di Melaka iaitu pada 25hb September yang lalu. Jadinya ramai sahabat-sahabat di bahagian Selatan dan Tengah seperti KL dan Perak tidak dapat menghadirkan diri ke game kecil buat kali ini... Namun apa yang SPB dapat ceritakan pada game kali ini semuanya berjalan dengan sederhana dan lancar bergaya.....!!! Tahniah SPB Ucapkan kepada pihak penganjur.... 

Untuk itu sedikit paparan gambar di hari pertandingan untuk tatapan peminat serama !












Nanti SPB sambung cerita lagi... ada banyak lagi gambar....!!! ok


Bye...bye!!!





No comments:

Post a Comment