~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, December 27, 2012

Game Serama 23/12 Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 
Mat ghaddar

Bertemu lagi dalam review pertandingan ayam serama yang telah di anjurkan oleh kelab Warisan Serama Perak yang telah diadakan di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak pada hujung minggu yang lalu....

Penyertaan pada kali ini agak kurang memberangsangkan sedikit ini mungkin berikutan petukaran tarikh menu yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu iaitu 22hb dan terpaksa di tunda kepada 23hb sehari lewat disebabkan masalah teknikal dalaman. Biar pun begitu sebanyak 217 penyertaan telah direkodkan dan boleh dilihat hampir setiap negeri ada menghantarkan wakil untuk penyertaan kali ini. Tahniah kepada semua pengemar kesenian ayam serama Malaysia kerana sambutan yang diberikan. 

Semua acara berjalan dengan jayanya... penyertaan ayam dalam kategori A dan B juga di lihat mempunyai peningkatan berbanding Bon sebelum ini di Shah Alam, ini mungkin kerana game kali ini adalah  Bon besar jadi penyertaan juga memang dijangkakan lebih.

sedikit Foto dari lensa SPB...

Geng Penang...











BOTB Ara

Okey kali ni Johan untuk "Best Of The Best" adalah dari Kategori B, pesaingan sengit diberikan dari ayam kategori remaja dengan keputusan 3-2.
Okey sedikit sahaja review buat kali ini.. memandangkan Bon kali ini adalah menu Bon yang terakhir pada tahun 2012 ini jadi SPB ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan Azam yang baru.. semoga cita-cita dan azam sahabat-sahabat semua telah tercapai dan terlaksana, Bagi SPB pula tahun 2012 rekod yang cemerlang dalam dunia serama dan diharap pada tahun-tahun mendatang Reban Serama Parit Buntar dapat melahirkan lebih banyak anak-anak serama yang berbakat. Akhir kalam dari SPB majulah Hobi serama di seantero dunia, semoga pengiat hobi ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukwah sesama insan didunia... Peace yo!!


_____________________________________________________________

Update sedikit hasil reban!!! 

Jualan Hujung tahun terrr "FOR SALE"

                           Anak -anak Peon dengan ibu tumpang... ada 5 ekoq lagi Alhamdulillah...!













Anak-anak Ara




Anak kuning pun ada... okeys!!!


Jumpa lagi update tahun depan Inshaallah ! Bye...bye






No comments:

Post a Comment