~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, December 20, 2012

Review Game Shah Alam !! (Ayam Serama)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 KUMKUM

Bertemu kembali dalam ruangan review ayam serama, kali ni SPB nak bercerita tentang game di Shah Alam dan ada serba sedikit corat-coret SPB ketika berada di BON kecil ini berlangsung.


Penyertaan bagi BON Shah Alam kali ini sebanyak 120 penyertaan standart game kecil, macam gini jerr puratanya ... namun kalau melebihi 150 adalah suatu pencapaian yang sangat baik. Apa-apa pun game di Shah Alam memang grand di tambahkan lagi dengan 1 penyertaan baru iaitu acara Raja Kebas/kibas,

 Acara Raja Kebas/ kibas buat julung kalinya di adakan pada kali ini nampaknya memberikan impak dan dimansi baru dalam dunia ayam serama di tanah air, dari kaca mata SPB acara ini patut diadakan selalu kerana pertandingan Raja kebas/kibas ayam serama ini merupakan satu tarikkan yang unik kepada para pengunjung selain beri peluang kepada peserta men-joki ayam seperti acara BOTB. Cuba anda bayangkan para joki ayam serama masing-masing bertepuk dan bertempik kuat memberi semangat dan perangsang kepada ayam jagohan mereka untuk terus bekibas ia memjadikan khemah pertandingan menjadi gamat-gempita dan secara tidak langsung menarik perhatian ramai pengunjung expo pada hari tersebut. Cuma SPB nak komen sikit lah... kalau boleh ayam yang nak masuk bertanding acara ni sekurang-kurangnya bagi mandi lah dulu yerr... bukan apa mungkin ada orang-orang baru yang berminat nak bermain ayam serama tapi bila lalu tengok ayam tak berseri tak best la kan.... ayam berlunjur takpa... janji cun hahaha.... acanerr tu??? okey untuk game kali ini sebanyak 15 penyertaan telah diterima oleh pihak penganjur... syabas SPB ucapkan kepada pemenang dan juga pihak penganjur keep it up!









Okey dari acara raja Kebas/kibas acara lain turut di tambah adalah induk remaja apa pun acara ini bukan lah pekara baru so SPB takde nak highlight sangat lah kan... Selain itu ada sedikit perubahan dalam format pemarkahan dalam semua acara kalau tak silap SPB kena tengok semula lah... kalau anda peserta ada perasan... dalam acara kategori Muda SPB perasan markah di kurangkan dalam kolum gaya dan beberapa kolum lagi selain itu susunan kolum juga berubah jadi SPB ada risik-risik juga kenapa format biasa ini diubah? so... kata penganjur ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan penipuan atau pengadil berat sebelah.... so sejauh mana keberkesananya SPB masih belajar... jadi jangan tanya SPB kena tanya pihak penganjur.... Okeys!

Penganjuran kali ini adalah tajaan bersama dari pihak jabatan Veterina dan kelab serama Selangor & KL yang diadakan di tapak expo kanival di Shah Alam ia berlangsung selama 2 hari sahaja. Banyak acara diadakan walaupun SPB tak sempat nak ke semua khemah namun dari perbualan SPB dengan peserta expo atau lebih dikenali dengan macik Esah (yang menjual nasi ayam dan beranika sup kat situ, memang best... ) katanya ditengah padang ada persembahan artis, futsal, game untuk kanak-kanak, pertandingan kucing dan macam-macam lagilah persembahan yang menyeronokkan... amboi cara makcik ni sembang macam expo seminggu pada hal 2 hari jerr kekeke! achanerr tu??

okey last balik kepada pertandingan ayam serama kita tadi semula keseluruhan acara berlangsung dengan jayanya... walaupun ada sedikit kelewatan dalam pemberian hadiah utama kepada pemenang (tunggu Y.B okeys nak beri hadiah) jadinya alhamdulillah semuanya lancar dan meriah walaupun hampir kesemua hadiah cabutan betuah dapat kepada abang mie kebab... hahahaha... iya la dah bertuah badan kita nak kata apa lagi.. yerr dokk?? Tahniah SPB ucapkan... tak lupa juga setinggi tahniah kepada para pemenang dan Pihak Penganjur. Semoga hobi kesenian ayam serama ini terus berkembang keserata dunia... ok jumpa lagi di lain masa.....

Bye-bye..!!





No comments:

Post a Comment