~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, December 15, 2010

Ayam serama Zulkifli, Aiman muncul juara !!

Ayam serama milik Zulkifli Ariffin yang menjadi johan kategori A pada Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Antarabangsa di Pasar Minggu Kraf dan Flora di Kota Bharu, semalam.



KOTA BHARU 11 Okt. - Penyertaan sulung ayam serama milik Zulkifli Ariffin, 46, dalam Pertandingan Seni dan Kecantikan Ayam Serama Antarabangsa 2009 di sini semalam membawa tuah apabila menjuarai kategori A.
Selain Zulkifli yang merupakan penternak ayam serama, ayam milik pesara polis, Aiman Mat, 58, pula menjuarai kategori B (saiz lebih besar) dan mereka membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik.

Ayam milik kedua-dua peserta itu menewaskan beratus ekor ayam yang diperagakan dalam pertandingan anjuran Kelab Peminat Warisan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kelantan (Kerisma) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK) itu.

Walaupun pertandingan dibuka kepada penyertaan dari negara serantau, penyertaan cuma datang dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selatan Thailand.

Secara keseluruhan, lapan kategori dipertandingkan membabitkan 450 ekor ayam.

Hadiah kepada pemenang serta hadiah cabutan nombor bertuah yang keseluruhannya bernilai RM27,000 disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Kerisma, Shafii Ismail. 

Menurut Zulkifli, ayamnya itu pernah muncul sebagai johan kategori anak dalam pertandingan yang lepas namun kemenangan kali ini tidak dijangka.

''Kali ini tuah menyebelahi saya kerana walaupun pertama kali mencuba, ayam saya berjaya menewaskan juara dalam kategori muda tahun lepas," ujarnya.

Bekerja sepenuh masa sebagai penternak dan pembekal ayam serama, Zulkifli memiliki hampir 30 ekor ayam kategori A di rumahnya di Pasir Puteh yang dijual purata RM8,000 seekor.

Sementara itu, Aiman pula memberitahu, hobi memelihara ayam serama bermula sejak 2000 yang diakui kini mampu menambah sumber pendapatan apabila memelihara induk dan bapa ayam untuk tujuan pembiakan.

''Anak ayam kategori A dan B boleh dijual sehingga RM500 seekor dan selalunya dibeli oleh peminat tempatan termasuk dari Kedah," katanya.

Info: www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment