~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, December 15, 2010

Pertandingan ayam serama !!

Pelancong asing tertarik melihat kecantikan dan keunikan ayam serama di Sutera Beach Resort & Spa, Merang, Setiu, baru-baru ini.
SETIU 9 Feb. - Kesenian, kecantikan serta keunikan ayam serama akan mula disemarakkan di Terengganu apabila beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama Sutera Beach Resort & Spa akan menganjurkan program itu setiap tahun.

Penganjuran kegiatan seumpama itu yang dianggap sebelum ini seolah-olah 'hidup segan mati tak mahu' akan memberi ruang kepada peminat ayam serama dari seluruh negara untuk mempamerkan kehebatan ayam masing-masing. 

Biarpun suatu ketika dahulu pemeliharaan ayam serama dimonopoli oleh golongan amatur tetapi sejak akhir-akhir ini haiwan yang mempunyai keunikan tersendiri serta pelbagai warna kini menjadi kegemaran profesional.

Bagi mereka dengan memiliki ayam serama yang mempunyai bentuk tubuh, sayap, kaki dan ekor yang cantik bukan sahaja menjadi satu kebanggaan serta keseronokan tetapi mereka sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit disebabkan seekor ayam yang beratnya kurang 500 gram.

Hal ini sudah tentu tidak menjadi kehairanan lagi apabila terdapat haiwan itu yang mempunyai pelbagai ciri istimewa harganya mampu mencecah sehingga RM80,000 seekor. 

Mengikut fakta, ayam serama merupakan ayam paling terkecil di dunia dan haiwan itu dipercayai berasal dari negeri Kelantan manakala namanya pula dikaitkan dengan nama watak wayang kulit iaitu Seri Serama.

Pada mulanya ayam serama juga dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik dan ayam hutan itu dijangka hidup antara tujuh hingga 15 tahun, menjadi peliharaan serta mainan anak-anak raja di istana.

Pengurus Besar Sutera Beach Resort & Spa, Malizan Abdullah memberitahu, pihaknya bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri (Perlancongan) dan Pejabat Kementerian Perlancongan Malaysia bagi menjayakan program itu.

Menurutnya, pertandingan kesenian serta kecantikan ayam serama itu yang turut mendapat kerjasama dari Persatuan Serama Negeri Terengganu bukan sahaja untuk menyemarakkan kegiatan itu sebaliknya ia juga akan menjadi aktiviti tahunan di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun buat masa ini terdapat pelbagai kegiatan lain seperti kesenian serta kebudayaan tetapi dengan penganjuran pertandingan ayam serama yang turut mendapat perhatian dari pelancong asing akan memartabatkan industri pelancongan.

"Biasanya apabila pertandingan ini diadakan ia akan disertai 400 hingga 500 peserta dari negeri ini termasuk negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Ini secara tidak langsung, mereka yang membawa keluarga akan menginap di beberapa hotel sebelum atau selepas menyertai pertandingan itu," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Malizan berkata, sebelum ini ada pihak lain yang menganjurkan pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama di negeri itu tetapi ia hanya melibatkan hadiah keseluruhan bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000.

Bagaimanapun katanya, dalam pertandingan yang diadakan baru-baru ini pihaknya dengan beberapa agensi yang berkaitan telah menyediakan hadiah yang lebih besar iaitu RM40,000.

Menurutnya, pertandingan tersebut disertai hampir 400 peminat serama dari merata negeri itu terbahagi kepada lapan kategori iaitu serama tanpa lawi, serama A, serama B, serama muda, remaja, induk, anak serama A dan anak serama B.  

Para pengadil ayam serama itu akan mengambil kira markah berdasarkan gaya ayam (25 markah), tubuh (15), ekor (13), sayap (7), kaki (5), ciri-ciri (4), kepala balong (8), warna (10) dan bulu (5).

"Kita bercadang menaikkan lagi hadiah itu daripada RM40,000 kepada RM50,000 dalam pertandingan akan datang dan jika tiada masalah kami akan menganjurkan program yang sama pada Mei 2010 depan," ujar Malizan.

No comments:

Post a Comment