Salam satu Malaysia, untuk segmen terjah reban kali ni saya masih meneruskan perjalanan di kawasan Utara Semenanjung Malaysia iaitu ke lokasi Kulim Kedah. Reban kali ini tidak lain dan tidak bukan Terjah Reban otai Serama dari Group Penang.. Che Mat Kulim.
Walaupun kedudukan daerah Kulim di Negeri Kedah namun disebabkan kedudukanya yang bersepadan dekat dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang jadi Che Mat Kulim lebih senang dan akrab bersama group dari negeri Pulau Pinang. Beliau juga antara mereka yang dulunya pernah menyinari dunia ayam serama di zaman kegemilangannya di era hujung 90an, kemudian berehat sebentar dan kini kembali aktif dalam menyertai pertandingan serta turut sama membantu dalam mengganjurkan pertandingan Kecantikan ayam serama ini di sekitar negeri Pulau Pinang.
Pandangan Otai lama... memang banyak petua dan rahsianya.
Che Mat yang juga mempunyai ramai kenalan rakan Serama antaranya di Kedah,Kuala Lumpur, Terengganu dan di Kelantan khususnya. Menurut cerita beliau pada setelah aktif semula, banyak juga rintangan yang perlu dihadapi oleh Che Mat antaranya kena tipu, kena main dengan harga dan macam-macam hal lagi. Ini semua untuk mendapatkan ayam yang benar-benar menjadi.
Membersihkan dan membelai ayam adalah rutin untuk ayam bawa main game.!
Katanya dulu masa mula main balik semula kita melabur berhabis-habisan...dengan mencari baka yang terbaik untuk dibawa balik rumah kemudian tunggu baka bertelur nak dijadikan anak lepastu nak dibawa main atau buat jadi baka sendiri alih-alih tak jadi-jadi. Beliau menyatakan bahawa duit yang dilaburkan mencecah angka puluhan ribu ringgit demi hobi yang dianggap lumayan.
"Kerna minat kita tak berhenti mencari... kita terus jugak cari yang betul-betul baka baik" jelajah ke Kelantan terengganu untuk mencari baka.... "orang la ni mudah sikit. Tak macam kami yang baru nak mula dulu... berpuluh ribu habis. Pasal kami kurang ilmu dan takda sapa nak tunjuk ajaq, la ni mudah...." komen Che Mat bila ditanya bagaimana diawal pembabitan semula selepas berehat sebentar dari hobi ini.
Chet Mat memberi penerangan mengenai baka ayam kepada SPB
Che Mat juga antara Otai yang aktif dalam menyertai Pertandingan Kecantikan Ayam Serama, Ayam-ayam Chet Mat memang ada class nya yang tersendiri ini terbukti dengan beberapa kejohanan yang diserta jarang sekali tak bawa pulang hadiah Utama... memang berbaloi dengan wang dan masa yang lama untuk mendapatkan baka dan pattern yang terkini......!!!
Antara sebahagian ayam Che Mat Kulim..
Rating ****
No comments:
Post a Comment