~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Thursday, February 2, 2012

Berpersatuan tingkatkan ekonomi!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Hai...Bertemu lagi dalam sembang serama.. bersama SPB.

Untuk sembang serama kali ini SPB nak berkongsi idea mengenai Trend berpersatuan.

SPB ada terbaca satu rencana mengenai Tajuk "Berpersatuan tingkatkan kemahiran" walaupun dengar macam tajuk tak berapa nak in (masuk) tajuk cerita bunyi lapok tapi okey jugak bila SPB membaca isi ceritanya, mungkin sekarang kita sibuk dengan keje-keje hakiki jadinya kita dah tak berapa nak peka dengan isu sosial cam gini!!!

Walaupun isu yang SPB baca dalam artikal ni lebih menceritakan khusus bagi golongan wanita berpersatuan tapi SPB tertarik dengan beberapa pekara yang dikupas oleh penulis, seperti dengan berpersatuan dapat memperkuatkan jati diri, akan lebih berkebolehan, berkeyakinan serta dapat menambah berkemahiran dan tidak lupa juga isu menambah ekonomi keluarga.

Antara aktiviti yang best dan wajib oleh persatuan seperti perjumpaan yang selalu diadakan.. (bukan setahun sekali) untuk bertukar-tukar pandangan, pembelajaran, bertukar info perniagaan dll. Tak payah lah nak buat perjumpaan besar-besar kecik-kecik pun okey... janji ada perjumpaan.


so... apa pointnyer??

 Ialah.... bagi SPB poin nyer... kenapa kita tak buat camgitu dalam Organisasi kelab Serama Kita hari ini... Ia.... memang ada Kelab Ayam Serama yang aktif malah bergitu aktif tahap super...tapi kelab yang kurang aktif pun ada juga.... 

Macam mana nak kasi meriah persatuan??

Macam yang SPB kata di perenggan atas tadi... kelab buat lerr perjumpaan seminggu sekali ke... sebulan dua kali ke, janji ade perjumpaan... kalau boleh pengerusi carilah port yang menarik.... nak lagi feel kalau boleh ahli datang bawa ayam sekali sorang sekor dua, buat latihan petang kat padang awam ke, taman permainan ke.  Mungkin kalau boleh kelab adakan kursus-kursus atau join dengan jabatan haiwan atau mana-mana organisasi lain supaya kelab ni lebih dikenali dan kalau lagi nak best kelab kita boleh join buat pamiran atau pertunjukan Ayam Serama dikawasan kita.... kalau pamiran kucing boleh buat, kenape pamiran ayam serama tak boleh buat? SPB rasa taik kucing lebih busuk dari taik ayam....!!! okey SPB dah melalut,

Selain dari Pamiran yang nampak suka-suka hati kita je nak buat.... mungkin juga kelab kita boleh dapat pelbagai insentif  lain, iyelah mungkin ada sponsor dari mana-mana NGO untuk adakan pertandingan paling koman sepana pun ada peminat baru yang nak beli ayam dari reban ahli kita.... tak ke itu akan menjadi satu pendapatan sampingan dan mungkin ayam-ayam ahli juga boleh dikumpulkan dah dijual di pasaran luar negara seperti dinegara jiran siapa tahu???

Iya lah ape-ape pun SPB takde lah nak memandai-mandai, nanti ada orang kata... cakap sapa pun boleh, buat la dulu nak tengok... baru tahu ?? Okey SPB tak kata benda ni mesti buat... SPB cuma nak sembang-sembang serta kongsi maklumat dan idea saja... siapa tak suka... boleh tutup page ni... siapa yang suka, Terima Kasih !!!

Seperti biasa mohon ampun dan maaf dipinta.... kalau tersalah taip dan terkata!!

SPB juga menghormati pendirian mereka yang walk alone..... and low profile !


Jumper lagi... bye-bye!!!

No comments:

Post a Comment