Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dah lame SPB tak berjalan-jalan ke reban-reban Otai, baru-baru ni aderr singgah ke rumah seorang Otai lama yang namanya tak payah la nak taip kat sini tapi memang hasil dari breeding di rebannya diakui ramai kualitinya. Dengan modal permulaan yang kalau di bandingkan dengan kemampuan poket SPB rasanya jauh sangat.
Otai ni walaupun dah lama dengan hobi serama ni namun tak lokek dengan ilmunya.... malah sangat mudah bertukar-tukar pandangan dengan SPB yang hanya setahun jagung, sangat senang dengan caranya. Walaupun sebelum ni kami jarang-jarang berjumpa dan selalunya hanya di Bon. Pernah SPB kerumah beliau masa buat terjah reban tahun lepas... tapi masa tu banyak ayam Otai ni dalam RnD so memang dia tak jual hanya simpan dan buat main di rumah jerr!
Namun pertengahan tahun 2011 sudah ada yang dapat bawa keluar ayam dari reban beliau dan terbukti ada yang menempatkan nama bagi hadiah utama di Bon-bon pada hujung tahun lepas. Terbaekk wokk!!
Okey!
Sebenarnya SPB bukan nak cerita pasal benda tu tapi just nak kongsi maklumat yang SPB pelajari dari otai ni mengenai ciri-ciri Induk yang baik dan terbaik... tapi sebelum tu untuk makluman ini adalah dari pandangan beliau (Otai ) yang telah bergiat lama lebih dari 10 tahun pengalaman dalam hobi Ayam serama dan ni bukan pandangan dari saya. Ini hanyalah tips yang diberikan oleh beliau untuk kita kongsikan bersama.
Induk Serama
Otai berkata ada 3 jenis ayam induk yang kita boleh jumpa dan ia terbahagi kepada :
Terbaik
Baik
Biasa-biasa.
Terbaik
Okey macam mana yang otai boleh kata terbaik atau baik?? Cantek ke? Bulu rapat ke? Badan panjang ke?
Okey bagi pandangan pertama beliau terbaik adalah dari segi penghasilan benih.... ada ayam yang cukup cantek dan bergaya tapi belum tentu boleh buat benih dan kalau dapat anak pun belum tentu boleh dapat ciri-ciri macam ibu induk yang mempunyai perangai gaya dan assesorinya. Dan ada pun juga induk yang terbaik ia akan menghasilkan anak yang ikut gaya, perangai serta ciri-ciri istimewa Pembaka... tak kira ikut Ibu atau Bapa yang pasti Kalau ikut bapa pembaka itu lebih baik. Ini dipanggil Induk Fotokopi.... macam mana Bapak yang di sulam anak pasti akan ikut ciri-ciri Bapa. Itu yang Terbaik dan selalunya ayam induk macam ni hanya boleh kita jumpa di reban Otai-otai serama yang dah lama dalam bidang ni... mereka dah masak induk mana yang mempunyai ciri-ciri ini ... kena buat RnD ok!! dan selalunya induk fotokopi ni tak semestinya selam.... banyak juga SPB jumper di reban-reban otai lain yang berlunjur jerrr. Orang kata kalau jual murah-murah pun takde yang nak.
Induk Baik
Induk ini sama jugak, yang penting penghasilan benih yang baik... namun ia tidak seperti yang terbaik kerana ia hanya akan menjadi bila kena dengan blood line nya.... kalau tak kena darah memang tak jadi... kasi lah selam mana bapak pun memang tak jadi. Ia terhad kepada aliran darah atau keturunanya... kalau lari dari aliranya boleh jual timbang kilo la jawabnya.
Induk Biasa-biasa
Haha.... induk ni mungkin kita biasa jumpa... buat telur memang boleh, tapi anak keluar tak tentu hala... kadang jadi kadang memang cap pisau jerr, ... Kalau ade rezeki kali petama cantek... kali kedua boleh buat makan kenduri jerr. Ape kes???
okey lah sebenarnya banyak lagi tips yang di berikan oleh Otai ni... tapi ialah ada yang boleh dikongsikan dalam blog ade yang tak sesuai, jadi kalau sesapa ada masa tu datang-datang lah bertandang dengan Otai-otai serama yang sekarang ni kita boleh jumpa ramai di Facebook... rasanya dunia kita memang semakin kecilkan...? Bersama-sama kita eratkan sillaturahim dan muhibah antara kita... tak payah lah nak bermasam muka nak kondem sana sini. Lebih baik kita mencari ramai kawan dari kita mencari ramai musuh yerr dok...! okey dah melalut lagi...
Berjumpa lagi dilain Tips kalau ada la... insyaallah yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tersilap dan buruk datangnya dari saya... saya memohon Ampun dan maaf kalau ade yang tak kena dengan tulisan ini... saya bukan wartawan yang sentiasa nak kena bawa buku nota, hehe... ini adalah pandangan lisan saya dengan Otai yang saya temui... jadi kalau ade kilafnya... mohon maaf sekali lagi....!!!
Jumperr lagi bye... bye!!!
No comments:
Post a Comment