~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Saturday, October 20, 2012

Sembang serama & Jualan Ayam Serama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama... dah agak lama SPB tak buat posting pasal sembang serama ni... bukan takda bahan tapi takda masa yang banyak untuk mengumpul bahan. Kebetulan baru-baru ni dah terlanjur ada seorang otai serama ada buat panggilan kepada SPB mengenai isu Lipat ayam!

Ha ... apa ke bendanyerr lipat ayam ni? lipat kaki kebelakang ke?...

Maksud lipat ayam oleh Otai ni tadi berkenaan dengan game ayam serama di BON. Lipat yang dimaksudkan adalah masuk kategori A lepas tu lipat Ayam tanpa Lawi atau pun sebaliknya....! Tak kiralah ayam A atau B bila tak lekat Nombor atau juara jadi pergi la lipat ayam lagi. Kata orang bawa sekor ayam boleh lipat sampai 3 kategori macam mana tu??? hehhe.. panaskan!!! Panas!!!

Tak tahulah lepas SPB buat artikal ni SPB nak kena bannad ke tidak... tapi yang pastinya SPB pun pernah buat benda ni.... selagi tak ada kata putus oleh mereka yang arif kita ikut jerrr!!

Berbalik kepada cerita pemanggil kita tadi... 

Dia menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pertandingan ayam sekarang, kerana salah satu sebab utama adalah berkenaan isu lipat ayam. Katanya tak adil bagi orang yang sepatutnya dapat johan jatuh di belakang disebabkan pemain Lipat ayam. 

Katakan ayam yang dia lipat tu dah no. 3 di kategori tanpa Lawi (ABS) lepas tu disambung ekor jadi ayam A atau B kemudian masuk balik boleh dapat johan. Jadi secara logiknya kata pemanggil lagi bawak ayam seekor bulih 2 hadiah.... orang lain melopong tak bulih apa. Mana keadilannya??? 

Ha amacam?? 

Panas tak...panas tak???

Jadi katanya mungkin untuk memajukan lagi game ayam serama ni... kena hapuskan lah benda camgini... mungkin dah tak sesuai.... 

"yerrlah ayam tu memang hebat tapi kalau hadiah semua dia nak sapu ayam kita yang tak seberapa nak bulih apa?" baik kita tak payah masuk bagi kat dia semua. hahaha"

Kata pemanggil berseloroh......

Katanya lagi pengadil jangan lah berat sebelah... kalau pengadil dah tahu ayam yang sama, potong la markah kita pun puas hati..." tapi kalau pengadil tak cam ayam, kira pengadil tak berapa cekap lagi lah ... " kadang pengadil tahu ayam tu dah masuk tadi kategori lain, pastu bagi markah jugak yang kali kedua.... jadi kita ayam tak hebat ni... takat tunggu cabutan lah jawabnya.

Ha lebih kurang begitulah sedikit coretan alkisah yang dapat SPB ceritakan.... sebenarnya panjang lagi tapi kita cerita bab yang ini jerr dulu, bab lipat ayam.... Sapa nak jawab ni....???

Kalau tanya penganjur sure tak bleh nak kata apa, pasal penganjur sekadar punggut wang penyertaan... lagi banyak... lagi bagus...! tak tahu lah pulak kalau ada penganjur yang tak benarkan masuk lebih dari satu penyertaan untuk sekor ayam... kalau aderr rugi kut!!!


okey lah SPB tak nak jawab soalan tu biar tergantung.... kalau aderr mereka yang perihatin mungkin benda ni harus dipandang serius.... demi memajukan hobi dan pertandingan ayam serama.

sekian.... 

_______________________________________________________________________________


UPDATE Reban.....









Lady D


______________________________________________________________________________

For Sale........










Tina...








Berminat datang rumah ada laginak letgo.... harga bleh runding...

Anak A ada 10 ekor lagi... hahahaha......

siapa cepat dia dapat ... harga borong kita kira lain...!!! ok

Bye-bye....!!!





No comments:

Post a Comment