Sudah agak lama SPB tak update blog....
Bukan apa kuata space Blogspot dah penuh... dah melebihi 1GB so terpaksa SPB delate gambar2 lama untuk mengemas kini gambar-gambar baru, jadinya macam takde mood nak menaip panjang-panjang hehehe....
okey lah dah berkesempatan nak update blog kali ni SPB hanya nak berkongsi kegembiraan SPB setelah ayam Ara D rumah berjaya mendapat BOTB untuk edisi game mini Ipoh pada 8/12/12 yang lalu... biar pun hanya Bon pemanas badan namun SPB sangat berpuas hati dengan kejayaan dua ekor ayam tambatan di reban telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori ABS dan Johan Muda dan sekali lagi Johan keseluruhan BOTB untuk ayam ABS. Alhamdulillah..
Dengan membawa 3 ekor ayam tambatan ABS, Muda dan Induk, sayang Induk SPB hanya sekadar cabutan bertuah pasal ayam boleh duduk atas meja makan angin hahahha... takpe lah pertama kali induk muda tu dibawa jalan-jalan.
Okey kita bercerita pasal game mini Ipoh pulak....
Penyertaan kali ini agak banyak jika di bandingkan dengan game mini yang diadakan sebelum ini, yang mana ia telah diadakan di tempat yang sama di Taman Meru Ipoh Perak. Ada juga penyertaan dari sahabat dari KL dan Pulau Pinang bagi menghangatkan Bon kali ini. Apa-apa pun objectif game ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk di ketengahkan pada Bon yang lebih besar akan datang iaitu Bon di Shah Alam 15hb dan Ipoh pada 22/12 akan datang.
Biar pun SPB baru pertama kali ke Bon mini ini tapi rasa begitu selesa dengan layanan tuan rumah serta sahabat-sahabat serama dari kelab serama Perak pada kali ini. Apa lagi dengan kemudahan serta tempat makan yang selesa memudahkan para sahabat untuk makan minum serta berkongsi cerita hobi serama... memang best!
Pada mulanya SPB terbayang Game macam mana bila Wandy beritahu game mini Ipoh bawah pokok jerr!! SPB terbayang mungkin dekat tepi padang bawah pokok-pokok rendang takde canopy bagai... rupanya apa yang dibayangkan tadi meleset jauh memang jauh.... ! SPB siap beli bekalan nak buat makan tu... hahaha
Apa pun... memang terbaik buat geng Ipoh, good job bro...harus diadakan selalu untuk mencungkil bakat-bakat dan mengetengahkan lagi hobi ayam serama ini lebih jauh ke dasarnya... ramai jugak orang baru yang SPB temui pada hari pertandingan itu... teringin SPB nak buat game kecik-kecik buat pemanas bon di Parit Buntar tak tahu lah bila baru terlaksana...
Sedikit gambar yang sempat di ambil dari lensa camera. maaf tak boleh taruk banyak-banyak space tak cukup... hehe
Game bawah pokok pisang ke ape nih... hehehe!
Di bahagian Urusetia...
Piala sebagai pembakar semangat... bon kecik2 pun ada piala... terbaik tue!!!
Pengadil dari Ipoh terr!
Pengadil dari Ipoh terr!
Tahniah kepada pihak penganjur Game Mini Ipoh semoga bertemu lagi 22/12/2012 akan datang. Terima kasih atas layanan anda...!
bye...bye...!
____________________________________________________________________
Update Reban Rinting And Kubing For Sale.. Murah-murah jualan akhir tahun...!
bye...bye...!
____________________________________________________________________
Update Reban Rinting And Kubing For Sale.. Murah-murah jualan akhir tahun...!
Rinting..mas
Ibu rinting bapak kuning
No comments:
Post a Comment