Gothik !
Assalamualikum dan salam sejahtera....
Bertemu lagi dalam ruangan sembang serama, agak lama tak ada posting sembang serama ni.... apa pun bila musim cuti sekolah ni banyak kenduri kendara yang perlu dihadiri yang mana tak sempat nak sampai tu mohon maaf dipinta. Bagaimana game serama pula...? yang terdekat ada dua game yang di anjurkan serentak tarikhnya... so bagi player-player serama sekalian pandai-pandai lah nak membuat percaturan... Satu game di Air Hitam Johor Baharu dan satu lagi di Langkawi pada 30hb November yang akan datang ini...
Ada beberapa Tips: Game Johor 4 Star rating dan di langkawi 2 1/2 star rating.... bagai mana nak tahu rating ni? dari segi hadiah dan cabutan bonanzanya. Apa-apa pun sama ada game besar atau kecil kedua-duanya pasti ada kelebihannya... kedua-dua acara di tempat yg berbeza jaraknya... satu di Selatan dan satu lagi di Utara... dan persamaannya kedua-duanya dah lama tak anjurkan game..... Langkawi last game rasanya dah dekat 2 tahun takda game serama begitu juga dengan Johor... so, pasti kedua-duanya akan ada kemeriahnya dan keunikkan tersendiri.
Seterusnya pada bulan Disember nanti, game akan bersambung ke Pantai Timur di Kelantan 4 star rating, maklumat lanjut akan di beritahu dalam masa terdekat dalam posting yang lain. Apa-apa pun kepada semua player berhati-hati di jalan raya semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Sedikit foto stok serama D' Rumah (LSPB) update.... Inshaallah akan mewarnai game-game yang terdekat!!
Majulah Serama untuk Semua... !
"Pall Mall"
"GorGon"
"Geboy "
"Bidin Al-Zaifa" Otai hehehe
Jumpa lagi bye... bye!!!
No comments:
Post a Comment