~~~~~Selamat Datang~~~~

Kepada Pengunjung Blog Serama Parit Buntar saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah manusia ada melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau pihak di atas penulisan saya. (0165047301)



Selamat Datang dan Terima Kasih

Wednesday, June 1, 2011

Ayam Serama: Beli ayam melalui Blog...!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gambar sekadar  Hiasan

Subuh tadi SPB ke stesen bas Butterworth untuk mengambil ayam yang di pos menggunakan kemudahan bas ekspres. Ini bukanlah kali pertama SPB membeli ayam serama melalui Blog dan tanpa menemui pembeli tetapi alhamdulillah semuanya bejalan dengan lancar dan SPB berpuas hati dengan barang yang dihantar. Terima Kasih kepada Sahabat blogger Seramajiring.blogspot.com 

Okey lah Posting kali ni SPB hanya nak berkongsi pengalaman dalam membeli ayam serama melalui laman Blog atau media eletronik lain seperti dihalaman iklan Mudah, hantar mms dan sebagainya. 

Pertama sekali bagi pengalaman SPB yang turut sama tak terkecuali dari di kencing atau lebih sedap lagi ditipu hidup-hidup dengan penjual yang tak jujur dan bersikap rambang mata dengan duit. Kata ayam bagus ayam cantik gred A dan sebagainya alih-alih hampehh!!!

Banyak juga kes tipu yang SPB dengar tak kira orang baru atau orang lama memang ada yang terkena kencing (tipu). Ada satu kes hantar gambar lain dapat ayam lain ape cerita? Ada pula penjual kata ayam kecil yang nak dijual, alih-alih ayam bapak gajah punya besar yang sampai. Itu belum lagi kes ekor senget, ayam operate,  ayam sakit dan macam-macam hal lagi.

Sudahnya ramai otai-otai dah tak percaya dengan gambar-gambar ayam yang nak di jual dalam blog. Namun begitu bukan semua blogger macam tu, ramai juga blogger yang saya kenal atau pun di perkenalkan oleh kenalan yang menjual ayam yang produk mereka super bagus. (Super Brand)

Saya ada bertemu dan bersembang dengan otai lama-lama dan mereka memberikan beberapa tips untuk mengelakkan dari mudah tertipu dan di kencing oleh penjual melalui pembelian dalam laman web antaranya:


1.) Kenal dengan penjual sekurang-kurangnya ada kenalan kita yang pernah berurusan dengan beliau. Kalau tak tahu cuba-cuba tanya di FB disana banyak kenalan yang boleh beri pandangan.

2.) Pastikan ayam yang anda beli ada video paling tidak pun ada gambar yang jelas. Kalau ayam yang berharga tinggi se-eloknya minta video supaya tak menyesal dibelakang hari.

3.) Minta kepastian ayam dengan terperinci jangan main sedap mata memandang aja.. atau main baka aja, esok ayam sampai mulut telopong duit melayang.


Itu sedikit tips yang sempat dicurahkan oleh otai-otai serama kepada SPB, kata mereka lagi 

"manusia ni rambut sama hitam hati lain-lain, duit boleh mengelapkan hati manusia jadi berhati-hati ketika membeli melalui talian"

Kata mereka lagi bukan semua Blog yang ada sekarang ni breeder sejati, kadang-kadang kutip ayam orang lain kata ayam sendiri... alih-alih pegi game orang lain dah dapat tahu ayam siapa punya "so sendiri mau ingat", ada juga penjual yang kononnya menjual ayam serama tapi entah dia tahu ke tidak ayam yang dia jual tu sebenarnya ayam kapan sudahnya menyusahkan blogger lain nak cari makan.

Banyak lagi lah... kalau nak diceritakan memang banyak dan tak kurang juga ada blogger yang di Ban oleh sesetengah otai serama akibat dari cara mereka berurus niaga, apa-apa pun tepuk dada tanya selera... kalau dah bekenan cuba-cubalah bawa bertanya-tanya tapi apa pun nasihat saya yang sebaiknya terjah terus ke reban penjual baru puas mata memandang siapkan duit je... hehehehe itu yang sebaiknya.

Wassalam.... akhir kata kepada para penjual khasnya, berurusanlah dengan bijak jangan untung sekali, rugi berkali-kali, "ingat bangkai gajah tak boleh ditutup dengan daun nyiru."

"Hati-hati banyak mata memerhati.... "


Jumpa lagi.... bye-bye !!

P/s: Kepada SeramaPos dan Serama Jiring urusniaga yang best ! TQ







1 comment:

  1. salam, saya pun terkena bila order ayam bantam gold melalui online , bila sampai ayam bantam kacuk yg ciri tak sama dgn original.

    ReplyDelete